Thursday, March 31, 2011

Jauhnye Jalan....(Part 1)

(T-T)..puteri mana juga ni..cerah sangat r...

Hehehe...cak...aku wak cak r pulak...lama dah tak update new entry..yela,..busy sikit minggu ni...pegi bengkel pengumpulan data negeri sabah kat Tenom..Hehehe..

KUDAT , KK, PENAMPANG, TAMBUNAN , KENINGAU...DAN TENOM...

hmm..ekspedisi aku start jam 9.30 malam, Sunday..bertolak dari Kudat..sampai kat Penampang jam 12.45 pagi, Monday, lepas tu rehat jap kat restoren India,..minum..terus pegi Tambunan, Keningau dan Tenom...Hmm..Jam 3.45 a.m gitu dah sampai r kat citu...Kitaorang menginap kat Hotel Orchid..Orchid ma..(T-T)..yang penting mata dah ngatuk..tido dulu sebab sesi bengkel berlangsung jam 8.00 pagi..

Banyaknye corak..(#-#)

Ni ape murid - murid (^-^)

hehehe...kat Tenom ni,...keja aku kat sini...sambil menyelam minum air.yela, aktiviti dilakukan selepas semua urusan kerja beres..kata orang....aku ni tak pernah jejak kaki kat Tenom ni..so ambik kesempatan..kira bos kitaorang memang sporting so dia yang bawa jalan..very besst...thanks jugak wat kak shida yang sudi layan karenah aku ni..hehehe..

Pose sikit...(*-*)
Luasnye...(&-&)

Antara tempat yang aku lawat kat Daerah ni ialah Pusat Kebudayaan Murut dan Taman Pertanian Tenom...Ala - alang ba lawat...kalau tak rugi...

Baca jangan tak baca yer..(^-^)

So diceritakan lah...Pusat Kebudayaan Murut ni terletak di Kg Pulong, 10 km dari Pekan Tenom.Pusat ni mula beroperasi pada 1 Januari 1998 dibawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan berfungsi sebagai pusat dan pentadiran, sejarah dan perkembangan budaya bangsa Murut, tempat pementasan kebudayaan dan tempat mensyuarat, bengkel atau seminar. kepada uols yang berminat nak pegi ke sini, boleh melalu jalan Kota Kinabalu - Tambunan - Keningau dan berhenti sebelum sampai di Pekan Tenom..Yang suka naik keretapi boleh juga berkunjung ke sini melalui jalan Tanjung Aru dan berakhir Stesen Keretapi Tenom. Anyway, perjalanan aku kali ni kiranya berbaloi sebab sambil keja sambil rehatkan diri..hmm..gambar aku ni pun uols pepaham r yer..kabur cikit sebab kamera Hp je..(^-^)..heheheh..

Pasu paling besar...ada lagi besar dari ni....tempat nak letak orang yang dah pergi..(-_-)

Sunday, March 27, 2011

Yum Yum Yummmy..Tofu Jepun..

Huhuhu...lama benar tak bukak blog ni...hehe..so aku kembali..ala - ala chip more..thanks for uols yang bagi komen kat entry - entry aku...i luv it..hmm..entry baru kali ni pasal makanan..Hmm..biasalah Jalan jalan cari makan with my Frens..Miss Norin..hehehe.(^-^)..so tempat yang aku nak introduce kat uols ni sebuah tempat permainan..hehehe..bukan tempat permainan kanak - kanak..tempat main golf...Kudat Golf Club Restaurant..masakan kat sini..memang sedap.Ada dua pilihan sama ada western or kita punya stail.Tapi tekak aku nak makan nasi..huhuhu..ramai juga dorang bawak family dorang kat sini...yela..sambil tengok orang lain main golf..sambil makan..makanan kat sini..harganya berpatutan dan yang penting..menjilat jari..Jom layanz...

my frens...tengah tunggu order dia ni...

jus carrot tetap jadi pilihan

nasi putih with tofu jepun sama chicken beef sauce..

Huhuhu..but dipendekkan cerita uols..myiesha kelam kabut mamam sama norin coz..raket badminton papa myiesha tertinggal dalam keta..so lepas mamam..balik umah...(*-*)

Tuesday, March 22, 2011

Mata Nampak Cantik Walaupun Berspek..Try This!

Entry simple jer...hmm..pasal make up...korang yang pakai spek reti ke nak pakai make up kalu dah pakai mr spek..hehehe..mesti tak reti kan..aku pun salah seorang pengemar make up ni but aku pakai spek..hehehe..tak caya ker aku pakai spek..(^-^) hehehe..bila jalan - jalan aku pakai lens r...tu pasal korang tak nampak aku pakai spek..hehehe..Miss Spekky ..(kahkahkah)..

So uols mesti nak try juga bermakeup walaupun pakai spek..ni tutorial MichellePhan...Very Nice..Mudah..dan senang nak wat sebab dia kasi terang satu persatu teknik makeup kat mata uols walaupun pakai spek tetap cantek..wa caya sama luu..

ENJOY

Monday, March 21, 2011

Kenapa Aku Masih Solo?

Hmm..di sekolah hari ni aku kena tanya soalan cepu emas la dari Guru Besar aku...

"Bila mo kawin cikgu..lama suda ko single ni..ko nda ada calon ka..saya kasi cari.."Guru Besar

"Ohh ,, cikgu..belum ketemu calon yang sesuai..."Aku kata.

"Bah, kalu gitu cepat - cepat la..jangan tunggu lama - lama" Guru Besar

"Yela Bos...kalu ada jodoh takkan kemana" Aku kata.

Terdetik di hatiku,..kenapa selalu orang di sekelilingku bertanyakan persoalan sedemikian..adakah dorang risau melihat keadaan ku..aku ok ba..masih waras lagi...namun..pada usia ku...hmm.mak bapa aku tak bising pun...kekadang terfikir kenapa la orang lain tak nak kat aku..hahaha..persoalan bodoh, pelbagai jenis benda dalam kepala otak ni,,aku ni tak cukup sifat ker..atau tak cantek,berharta or sebagainya..kenapa dorang takut kat aku..hahaha..takut..or aku jual mahal ka..cuma aku terfikir satu benda...

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan..aku percaya padanya kalu nak dipaksa pun kalu bukan jodoh camna juga..Jodoh ni kalu dikira bagaikan jambatan ..Kalu jambatan tu singkat..maka cepatlah jodohnya..kalu jambatan tu panjang makan lambatlah jodohnya...Semua orang mau yang terbaik dalam hidupnya..begitulah juga aku..Mo kata aku memilih..tidak.Aku nda memilih. semuanya terletak di tangan Allah S.W.T dan diterima oleh keluargaku...

Aku akui aku sebagai manusia biasa ni selalu tersilap mentafsir kehidupan ini..Aku selalu sangka akan bahagia bila mendapat yang ni..Namun , sangkaan aku meleset..

Hakikatnya bila keinginan aku itu tinggi mengunung untuk mendapatkannya , ia juga mendatangkan masalah buat diri ku...Aku faham..fitrah semula jadi ciptaan yang kata semua benda kat dunia pasti ada baik dan buruknya..seperti juga bahagia ada juga dukanya..terpulang pada kita menilai sama ada mahukannya atau sebaliknya..

Aku andaikan disini seperti kita punya keta besar...Aku pakai juga..Orang lihat cantik ja dari luar..wah..bergaya...ada class..Namun..bila dah rosak..maintainence tinggi..banding keta kancil..huhuhu..walaupun kebaikannya banyak seperti boleh jalan jauh.., bawa ke hutan, jalan balak..keburukkannya ongkos pun kena banyak bila dah rosak..so samalah juga dengan jodoh ni..korang faham jugalah.takkan aku nak paksakan..jika ada alhamdulilah..aku bersyukur padamu....

Aku bukan untuk menidakkan takdir..namun, jika jodoh dah sampai takkan kemana..Kata iluvislam, berkahwin itu adalah sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia - rahsianya.jika dah sampai, jemputlah ia dan bukalah lorong untuknya supaya mudah...kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya - tanya, kemana menghilangnya sinar, rupa - rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..huhuhu..(-_-)

So, kehadiran Mr.Right yang dinantikan tu sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak dari Alam Luh Mahfuz lagi, sesungguhnya dia mengatur bila kita bakal bertemu, bertunang dan diijabkabulkan..

yang penting aku positifkan diri..buat sesuatu yang memajukan diriku..chayok..lah tahzan..

Salam sayang dari Myiesha Miya wat uols yang support My Blog.. My Journey will never be stop..

Saturday, March 19, 2011

Sabar kalo gak, mo gimana lagi..

Sabar...selalu terdetik tiap kali melakukan sesuatu yang tergesa - gesa atau dalam keadaan marah..atau terdesak..Aku selalu berada dalam situasi ini..Bukan hanya aku tapi semua manusia di muka bumi ini..Namun, tidakkah kita dapat bayangkan jika ketiadaan sifat sabar dalam diri setiap manusia..Bayangkan.... Walhal, sabar itu perlu setiap masa.....Sifat ini boleh membantu menunjukkan arah yang betul dalam kehidupan..Kalau nak dikata, banyak sangat manafaatnya..
  • Dengan sifat Sabar seorang guru terus menjadi seorang guru..lihatlah para pendidik di sekolah memerlukan kesabaran memberikan pengajaran kepada murid - muridnya..padahal murid - murid mempunyai pelbagai ragam dan karenah..dengan sifat sabarnya ini mampu membentuk murid - murid itu menjadi orang yang berguna di masa hadapan.
  • Dengan sifat Sabar ibu bapa mampu membesarkan anak - anak, lihatlah para ibu bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah untuk membesarkan anak - anak mereka..Mereka gembira jika anak - anak mereka cukup pakaian, kelengkapan, makanan dan sebagainya..Jika dilihat pengorbanan mereka begitu besar menjadikan anak - anak berguna di masa hadapan, namun masih juga terdapat anak - anak yang tidak mendengar kata dan melawan ibu bapa.
  • Dengan sifat sabar mampu mengekalkan persahabatan sesama manusia..Sememangnya dalam persahabatan kita diuji ..jadi dengan sifat ini mampu membentuk persahabatan kita kekal abadi dan mampu mengelakkan kawan kita berkecik hati.
  • Dengan sifat sabar juga mampu menjadikan manusia hebat dan berjaya..Manusia mengalami pelbagai kesusahan hidup dalam mencapai ilmu untuk berjaya.
  • Dengan sifat sabar juga mampu mengekalkan hubungan suami isteri supaya tidak bercerai berai dan bahagia sehingga ke akhir hayat walaupun diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan..(sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri)
Sabar bukan pada waktu - waktu tertentu sahaja..tetapi dalam setiap kehidupan kita mesti ada sabar kerana kita akan diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian.Teruskan langkah ke hadapan dan jangan menoleh ke belakang ..Fahamilah diri dan bertolak ansur dengan orang lain supaya orang lain bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain supaya orang lain tidak mencari salah kita.Muhasabbah..nak info lanjut klik sini..aku sekadar berkongsi..ada kurang ker sila tambah yer...credit tu iluvislam.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)