Showing posts with label Artist.. Show all posts
Showing posts with label Artist.. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Johan Raja Lawak akan kena saman oleh Ogy Ahmad Daud..!

ingatkan berakhirnya FFM24 tak de kontroversi...but ader jugak.terbaru aku baca dari beautifulnara..Ogy Ahmad Daud akan saman Johan Raja Lawak kerna menghinanya..So, kesimpulannya di sini..berlawak tu biarlah ader sensor ...jangan pandang sebelah mata, kerna hanya aku seorang wanita...korang tak caya..hmm.baca ni..kredit to MKstreet n beautifulnara..

Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.

actually , bagi aku uols yang tengok FFM24,tidak nampak pun kak ogy atau Fauziah Ahmad Daud sedang menahan perasaan malam itu, tetapi dia kata:-

Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.

Kak Ogy juga menambah yang Johan turut datang lewat 3 jam untuk latihan:-

Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

As a result , kak Ogy juga nekad dengan keputusannya untuk menyaman Johan:-

Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.

Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

keputusan terletak kat tangan kak ogy...dia buatla apa yang patut..tapi bab tahun gajah tu memang tak patut dipersendakan...berfikir dulu sebelum berkata - kata..:)

Saturday, October 15, 2011

Christina Aguilera dah Gemuk 2011,..Before and After

Gambar semasa membuat persembahan di Concert tribute Micheal Jackson 2011

Lama dah aku tak dengar tentang penyanyi bersuara lantang ni..Christina aguilera.Pada awal kemunculannya sekitar tahun 200o gitu.. memang hot ler.ngan lagunya yang top dan suara yang sedap gitu.Aku suke sangat ngan lagunya yang masyuk tu...hot jugak minah ni sebelum dia kawin n body dia punya cantik, kurus gitu..

Terkini , all fansnya memang terkejut ngan perubahan badan penyanyi latin ni..macam lagunya your are beautiful no matter what they say....berisi....at least dia sihat walaupun dah berisi uols..Ni aku nak tunjukkan ngan uols perubahan bentuk badan penyanyi ni sebelum dan selepas dia bertambah berat badan..kredit to www.twirlit.com...what women really want..

Gambar sebelum berat badannya bertambah

Gambar selepas berat badannya bertambah

Thursday, September 15, 2011

Terbaik! Yuna jadi Duta Produk Olay

“Kebanyakan wanita Asia teruja dengan produk pemutihan sehingga terlupa bahawa kulit memerlukan pelembab, pelindung sinar UV dan pemakanan yang sihat agar kulit tampil cantik. Dan, produk Olay Total Effects mengandungi ramuan yang mampu melawan 7 tanda penuaan dalam sebiji botol,” kata Yuna...

Memang murah rezeki Cik Yuna kita ni..baru ja jadi Duta Produk Canon, lepas tu jadi Duta Produk Olay..Kelas Gitu....

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble produk Olay , Ellie Xie , pemilihan Yuna sebagai Duta Produk Olay adalah amat bertepatan sekali kerana Yuna mempunyai karisma yang tersendiri dan mencerminkan imej wanita Olay iaitu wanita yang mempunyai peribadi, yakin dan proaktif.

Jadi, sebelum berlaku penuaan better cari penawar dulu..hargailah diri anda kerana produk Olay Total Effects mengandungi ramuan yang mampu melawan 7 tanda penuaan dalam sebiji botol...pesanan Belog ini..(^-^)

Friday, September 9, 2011

Tahniah buat Aqasha dan Fazley

Tahniah diucapkan kepada Aqasha dan Fazley sebab timang cahaya mata..Bagi En Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli merasa sangat bertuah dengan kelahiran cahaya mata pertamanya pada 6 september 2011. Isterinya selamat melahirkan anak lelaki dan diberi nama Alehandra Ahmad Bin Firdee Aqasha.Ni muka anak aqasha..memang ikut bapa..hencem..

cuma berbeza sedikit dengan Fazley Yaakob dan isterinya Azrene Soraya yang menyambut ketibaan anak ketiga mereka pada 9hb September 2011 (bersamaan 11 Syawal 1432).Bayi lelaki En Fazley ni berlesung-pipit di pipi seberat 3.3kg ini, diberi nama timangan ‘Piyush’....comelnye...Piyush dilahirkan secara caesarian hari ini di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Isteri Fazley melalui pembedahan Caesarian kerana kelahiran dua orang anak sebelum ini juga menggunakan prosedur yang sama. Nama penuh ‘Piyush’ akan diumumkan setelah didaftar kelahirannya nanti...

Saturday, August 27, 2011

Kumpulan Sepah dah Berpecah..(-_-)

Oh..noo...betul ka berita ni..jangan wat kenyataan gitu Jepp..Sedihnye peminat - peminat sepah..termasuk aku la uii..nak raya dah ni...kecewa cik Myiesha..Hmmm..kenyataan yang dinyatakan oleh ketua Kumpulan Sepah ,Jepp ni pada Berita Harian hari ini amat - amat mengecewakan semua pihak..Hmm..dah la uols baru je menang Maharaja Lawak..lepas tu berpecah,...hancus...kenapa ni Sepah...last - last jadi bersepah...

Punca utama perpecahan dorang ni kerana tiada sudah persefahaman dan masalah peribadi..Adus..bincang la elok - elok ba...hmm..sedohnye...minta tisu leh..(^-^)..kredit to Abang Nara yang membongkar kemelut yang melanda kumpulan dorang ni...

Berikut adalah kenyataan Jepp dan Shuib...

Jepp Kata : Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Keputusan yang diambil oleh ketua kumpulan sepah ni amat - amat mengejutkan Shuib..

Kata Shuib : Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Aku harap lah sangat - sangat semoga dorang berbincang balik dan cari jalan penyelesaian yang bagus..Tak pun tubuhkan kumpulan baru ker..jepp dan shuib..sodihnye..dah la pelawak kat Malaysia ni tak ramai...huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)