Saturday, December 29, 2012

Kalender 2013


Salam semua....lama benar cik myiesha tak update belog..kali ni nak cerita pasal mengakhirkan diri di bulan akhir tahun 2012...semestinya banyak kenangan yang tinggal di bulan ini.......dan jugak Tahun 2012...Jadi kepada bakal pendidik macam saya...sesi persekolahan nak bermula ...jadi persiapkan diri anda...kereta aku lagi yang belum siap kena baiki...hmmm....nak bukak sekolah dah ni..alahai...so...ni cik myiesha nak share kalender 2013..semoga yang lain dapat merancang percutian semasa berada di tahun 2013 nanti....dan apa azam baru korang...semoga tahun 2013 membawa kebahagian kepada kita...amin...








Sunday, December 2, 2012

Tinggal tapak kaki

Dari naik gunung hari tu cik myiesha belum sempat update gambar di gunung kinabalu..so, ni dia my memory di gunung kinabalu.keja tangkap gambar.

Saturday, December 1, 2012

Hasil tangkapan hari ini.

Alhamdulilah akhirnya tercapai juga hajat cik myiesha pakai samsung galaxy note 2.syukur. sekarang ni cik myiesha tengah adjust 2 hp baru.first time ..hp lain? Ehem.masih lagi ada.   ...... jadi koleksi.terima kasih ya .  ..
Allah atas rezekimu.amin.

Sunday, November 25, 2012

KLCC Convention Centre...


Entry kali ni simple jer..sebab lama dah aku tak update belog aku ni...tak juga banyak sangat pic yang sempat aku ambil kat Kuala Lumpur..bandaraya ....


Exspecially kat KLCC ni...jauh juga nak pegi sini...almaklumlah, sebelum ni naik cab , namun,  nak sangat guna Public Transport..Semua nak ditest...LRT, Komuter, Bas...


Sepanjang kat sana, tak jugala aku ni shoping sakan, ada juga bawa ole - ole kat family di umah..just nak pegi Konvensyen New Image kat KLCC Convention Centre pada 18 November 2012.. Aku tak menang pun, cuma aku nak rasa suasana kat sana...n bagi aku semangat tuk memajukan bis aku ni...Insyaallah, May 2012.. aku mesti capai ..Tak pun dapat diamond, janji dapat selendang merah atau biru ..ok r..Aku harap aku berjaya....Come On Myiesha U can do iT....

Myiesha miya tak lama kat sana.. Menginap pun hotel area 2 kat KLCC... Traders Hotel ngan Impiana KLCC.. Paling best makanan kat hotel... Kat Traders.. Cik Myiesha suka makan Sandwic dia.. Kat Impiana KLCC Hotel..Puhhh... I like nasi Goreng Kampung n Mee Goreng Mamaknya..sedap......hingga menjilat diri..








Monday, October 8, 2012

Badan berangin, Kaki Kejang..Apa Ubatnya..???








OMG,...bila dah turun dari Gunung...Hmm..memang Happy sangat..tersangat Happy..
 (senyum ke telinga)bilang urang..tapi nda pun sampai telinga...biasala dah dapat menawan puncak kinabalu...
Almaklumlah, bila dah excited , nak turun dari gunung tu tak hirau dah dengan kaki..Hmm..menyebabkan...(kaki krem)..kejang..tekanan dan tak hiraukan sangat sebab hati dah happy, semua main langgar je..redah jer..5 jam dah sampai di kaki gunung..di Pondok Timpohon, National Park.

Hmm,  sampai Kudat..Masyaallah, sakitnye..Sabor je la...Pepagi Bangun...Huhuhu..tak leh jalan...kiranya kaki dah jem..Namun, aku gagahi jua..(Ayat..mengalahkan novelis)..Mak aku kata : " Siapa kah suru cari penyakit p panjat GUNUNG.."...huhuhu..Namun, ku tebalkan muka..kerana Aku dapat juga bha Sijil Sampai p puncak Kinabalu...Wah...Hensssss...(kembang kempis hidung) tapi kaki ubat sendiri la yer..

Jadi sebagai penyelesaiannya..Aku p SPA..aisyemen ..banyak duit ko Myiesha..Ala.. Nak cari tukang urut takut lagi sakit dia picit.So , dipendekkan cerita..Aku p Aromatherapy massage...with Herbal Sauna.Total rm 75 ringgit..Puh..2 jam treatment..Alhamdulilah..aku dah boleh jalan..walaupun terkedek - kedek..yang penting badan aku kembali segar..Syukur..terima kasih Nur Beauty Line..Alhamdulilah..


Wednesday, September 26, 2012

No Pain No Gain..Mount kinabalu....



Salam semua, lama dah cik myiesha menyepi, disebabkan sibuk dengan urusan kerja dan bisnis. Sehingga terlupa untuk mengisi ayat - ayat cinta kat belog comel ni... Banyak sebenarnya nak cik myiesha kongsikan kepada para pembaca setia belog cik myiesha..namun, dik kesibukan , uols tak dapat update terkini dari belog cik myiesha..


Untuk pengetahuan uols semua, cik myiesha first time mendaki gunung kinabalu..Uuuh...first  time ni..Doakan cik myiesha semoga berjaya yer guys..doakan juga semoga semuanya selamat..Cik Myiesha akan mendaki Gunung Kinabalu pada 29. September . 2012.. dan turun pada 30. September.2012...dan akan bertolak ke Kundasang hari jumaat ni.



.......Inilah laluan yang bakal Aku Lalui....
 ....Suasana di atas sana...

Cik myiesha berharap agar dapat merakamkan pemandangan indah dan dapat melihat kecantikan dan keagunggan ciptaan Allah S.W.T ..dan  berharap dapat mengabdikan kenangan semasa di sana nanti.. Amin..


Monday, August 13, 2012

Ramadhan Buatku Penuh Ujian






Sebagai seorang hamba di muka bumi Allah S.W.T ini , kita tidak lari daripada Ujian.Ujian yang datang ada kala payah untuk dilalui adakalanya menguji ketahanan mental dan fizikal kita dan ada kalanya terlalu halus sehingga kita tidak menyedarinya ianya  ujian dari Allah S.W.T . Pelbagai corak kehidupan yang kita tempuhi sama ada dalam keadaan sedih mahupun gembira. Cuma ku harapkan agar apa kita lalui termasuk aku membuatkan kita makin dekat kepada Allah. Dan ingatlah, janji Allah itu pasti....Jangan lah bersedih...kerana setiap ujian yang diberikan olehnya adalah yang mampu kita buat dan kita hadapi. Yang Pasti DIA tidak menyusahkan umatnya..dan ada HIKMAH di sebaliknya.


Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT. Credit to ILUVISLAM

Sunday, August 5, 2012

Berbuka Puasa Bersama Chef Zam




Alhamdulilah , f irst of all bersyukur kerna masih mampu menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ni..Entry kali ni..Cik Myiesha buka puasa ngan CHEF ZAM ...hehehe..korang tak caya ker..Thanks a lot to My Bf Muhammad Azirul for the lovely sungkai kat Novetel Hotel..hmm...banyak sangat yang sedap ..sampai makan pun tak ingat. .hehehe..tapi yang penting, dapat  jugak makan free...hehehe...Alhamdulilah..SO uols yang nak buka puasa bersama Chef Zam ..masih sempat lagi  yer...cuma kat Novetal hotel ni selalunye ke book awal supaya korang tak gigit jari nanti sebab ramai sangat nak buka puasa kat sini..Makanan..SODAPPPPPPPPPPPP...harga Rm 78++ perperson..so book awal - awal..siapa tak tau Novetel kat mana..senang jer Kat 1 Borneo...(saya rindu sama desertnya..)..huhuhu..:)

 Ni muka  tunggu buka puasa...hahaha..cam orang sakit..












Sunday, July 22, 2012

Sihat Bersama ALPHA LIPID SD2 dan SD2


PRODUK ALPHA LIPID SD2  PALING LARIS (Hot Sells)

Salam dan selamat berpuasa di hari kedua Ramadhan ni uols..sempena Ramadhan ni, cik Myiesha wat bisnis MLM lah kiranya, bisnis susu kesihatan..Mesti uols pernah dengan SLIM DIET 2 atau ALPHA LIPID SD2..hmm, ramai yang dok buat bisnis ni sekarang,, termasuklah aku...Aku bukan apa uols, teruja dengan testimoni pelanggan - pelanggan yang ingin menguruskan badan..

Kelebihan produk ALPHA LIPID SD2  dan SD2ni uols..








INFO SLIM DIET 2 (SD2)
**********************

SD2 adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. 

SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.

Ramuan Aktif:
Campuran komprehensif (75%) protein soya non GMO yang diasingkan, serat, vitamin-vitamin dan mineral-mineral termasuk: 9 asid amino utama, 11 vitamin, 12 Mineral.






INFO ALPHALIPIDSD2

Manakala produk Alphalipidsd2 yang baru ini telah ditambah fiber, ditambah lagi dengan green tea extract, lebih protein dan diformulasikan lagi dengan Alpha lipid formula untuk membantu meningkatkan penyerapan (efficacy) dan tindakan yang lebih cepat. Kesan kekenyangan yang lebih lama kerana telah ditambah fiber dan membantu sistem perkumuhan selain mencuci dinding usus. Diperkayakan juga dengan 11 vitamins dan 12 minerals. Juga mampu menghasilkan penurunan yg lebih pantas dari sebelum ini (sehingga 3-5 kg seminggu)!


Kepada sesiapa yang berminat atau ingin menjadi ahli bersama Cik Myieshamiya, boleh hubungi Cik Myiesha di emel :ashleyslimdiet@yahoo.com atau FB Cik Myiesha seperti banner di bawah..
KLIK BANNER DI BAWAH 




Ni gambar testimoni yang dah berjaya menurunkan berat badan...






Saturday, July 7, 2012

Tahniah ELLA....Selamat Pengantin Baru





Tahniah buat penyanyi Rock Tanah Air, kerana menamatkan zaman bujangnya pada hari ini dengan jejaka bernama Azhar Ghazali yang berasal dari Muar, Johor..., comel juga, Cik Ella kita ni pakai inai, walaupun berinai tetap nampak rock gitu...:-)





Semoga berbahagia hingga ke anak cucu...Gambar dari Ministry Of Moment..



Friday, July 6, 2012

Peraduan Sabah Bah..Jom Join..



Kali ni aku nak share ngan uols, tentang satu Peraduan kat TV3, alah yang iklannya tu pasal ambik gambar,..hehehe,..kepada peminat - peminat yang suka ambik gambar ni, mai lah join peraduan ni..berbaloi - baloi, mana tau, korang antara pemenangnya...yang pernah bercuti kat Sabah tu, atau orang sabah sendiri bole ikut peraduan ni...mudah aje hantar gambar dalam bentuk CD..


Syarat - syarat penyertaan .

 1. Terbuka kepada semua dan tiada had umur.
2. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak foto (tiada had penyertaan). Bagaimanpun hanya satu(1) foto sahaja yang layak untuk dipilih sebagai pemenang.
3. Foto hendaklah hasil kerja sendiri & belum menyertai mana-mana pertandingn serta belum disiarkan dalam mana-mana penerbitan.
4. Setiap foto yang dihantar mesti disertakan dengan imej digital iaitu dalam bentuk CD (softcopy).
 5. Gambar yang ditambah baik menggunakan software adalah dibenarkan dan ukuran setiap foto adalah 12R.
 6. Tarikh mula penyertaan ialah pada 1 Julai 2012 sehingga 31 August 2012 iaitu selama 1 bulan.
7. Tarikh tutup penyertaan 1 September 2012.
8. Semua foto yang telah dipilih menjadi pemenang akan menjadi hak milik Sabah Tourism dan Media Prima Berhad dan keputusan pengadil adalah muktamad.
9. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana kategori, jika bilangan peserta tidak mencecah 10 orang atau tiada pemenang yang layak untuk menang.


So apa tunggu lagi..Layarilah link ini Peraduan Sabah Bah ...

Cantik kan...

Photoshot Tudung Tiara Hatiku



Keminatan cik myiesha dengan fashion - fashion ni memang sejak kecik lagi walaupun uols aku ni BRUTAL bilang urang...hehehe, namun, namanya perempuan mesti suka bergaya juga...Jadi dipendekkan cerita uols, pada hari isnin yang lalu telah selesainya photoshot untuk Tiara Hatiku Blogshop, just ambik yang simple jer..memandangkan model cik Myiesha , Da Sweety White dah start Praktikal , so , for this session , terpaksalah Cik Myiesha bidang terjun sekejap, walaupun muka ku "MUKA KETAT" huhuhu, tak pandai sangat beraksi depan kamera nak photoshot sana sini..ingat senang jer pose ni, rupanya alahai, bagus lagi aku photographer dari jadi model..mau ada tuisyen atau class modelling kali ah,.baru aku berjaya menjadi model..perasaannnya bah kau..Myiesha...hahahaha...saja kasi suka ati, siapa lagi mau puji klu bukan diri sendiri..kan..


Dan setelah kerja - kerja photoshot selesai..this is the result....


sesiapa yang gemarkan hijab dan fashion muslimah terkini...lawatilah Blogshop Cik Myiesha





Sunday, July 1, 2012

Thanks U a Lot...



Tiramisu Cake...Yummmy...

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah Swt kerana masih diberikan umur yang panjang, sihat, dan masih mampu meneruskan kehidupan dimuka bumi Allah Swt ini.. Aku bersyukur..kerana hari ini aku suda berusia 29 tahun..Amin...My wish harap semua yang dibuat akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin..


 Muka 29 year old, nak tudung bawal cam cik Myiesha pakai, lawati Tiara Hatiku Blogshop yer girls..

Sememangnya, setiap sesuatu dalam kehidupan kita ni perlukan perubahan,.Aku pun gitu....cuma perubahan dari segi diri sendiri yang menceburi dunia bisnis ni...Alhamdulilah, semakin mendapat sambutan..

Project pertama Cik Myiesha ni ialah Tiara Hatiku Blogshop.. Kira share ngan patner cik myiesha , Cik Zuhana..Alhamdulilah mendapat sambutan, namun masih di tahap awal..kira kena berusaha lagi majukan bisnis ni..datang r ke Tiara Hatiku Blogshop.yer..

Project kedua, Cik Myiesha menjual produk pelangsingan badan yang paling berkesan , Alpha Lipid SD 2, bersyukur juga cik myiesha mendapat sambutan, if u ouls berminat dengan produk ni..PM cik Myiesha kat FB CIk Myiesha yer..for detail n produk.


 ada image duta kecantikan ker uols..hehehe..

dan project Cik Myiesha yang seterusnya, rasanya cik myiesha nak jual produk kecantikan ni..hehehe..insyaallah jika ada rezeki lebih...Amins..

Uols dah wish ker Cik Myiesha..hehehe..jahat..muka tembok..memang pun ..kahakaha...Anyway, thanks a lot to all my frens yang wish di FB like Cik Zuhana, Cik Ina, Cik Sab, my beloved family, and my special one , Mr Muhammad Azirul ..thanks for the tiramisu cake dear.. very nice..luv it.. :-)



Action ja lebih cam artis..payah jugak uols nak pakai bulu mata palsu ni.hehehe..


To all my followers, thanks a lot  sebab support cik Myiesha dari awal sampai kini...and hope till the future..xoxo..Don't stop support me guys, uols semuanya Cik Myiesha sayang..



Wednesday, June 20, 2012

Tiara Hatiku.....

Selamat Malam semua...mesti sekarang ni ada yang rehat - rehat depan TV sambil buka lappy..macam cik myiesha r tu..biasa , kesibukkan kerja, dan daily life Cik Myiesha yang tak menentu..terkadang penat sangat..namun, aku gagahi jua..demi mengejar impian ku...waduh..berfilsafat suda..hehehe..:

Bah, uols...sebenarnya cam ni, Cik Myiesha baru buka satu Blogshop yang ownernye Cik Myiesha n Patner Cik Zuhana...Almaklumlah, mek - mek berdua ni gila sangat shoping, sampai tak ingat nak menyimpan...Jadi, dipendekkan cerita, lebih baik Cik Myiesha mula sekarang, untuk perancangan masa depan..:)


Jeng..jeng..jeng...


Nama blogshop Cik Myiesha tu = Tiara Hatiku...lebih kepada jual tudung, kain, aksesori muslimah gitu....So sudila datang ke blogshop CIk Myiesha yer..Buat masa ni Cik Myiesha just update weekly, mungkin lepas ni daily ..sebab kena bagi dua dah badan ni..satu komitmen kerja .... satu lagi bisnis...insyaallah..Chayok..boleh ba kalu ko...

sebenarnya Cik Myiesha sangat berterima kasih kat uols semua sebab dah support Belog Cik Myiesha Miya ni..Sayang sangat Cik Myiesha kat uols...bertuah dapat kawan - kawan baek seperti uols semua..Don't Stop to Support Me ..guYs...banyak lagi perancangan cik Myiesha lepas ni....Coming Soon..Doakan semoga segalanya dipermudahkan ,...Amin..


Happy shopping di Blogshop Tiara Hatiku...Assalamualaikum...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)