Wednesday, December 28, 2011

Kita pekerja kategori Mana !

Love u like a love song baby

Jom layannz lagu Selena Gomez....(^-^)

Bila salji turun

Indahnya pemandangan salji kat negara orang...hmm, cik myiesha teringin jugak nak pegang salji..tapi nanti r yer..ada rezeki bole jugak merantau kat negara orang...travel gitu...so uols tengok r yer koleksi gambar salji cik myiesha....sejuknye...adios...(^-^)

Cara cepat dan jimat hias Bilik Tidur (^-^)

Memang semua orang mendambakan kamar tidur ala - ala lima bintang macam kat hotel gitu...jadi camna nak ubah bilik tidur korang cara yang jimat dan cepat..kira berubah jugaklah kamar tidur korang walaupun dalam bajet yang ciput..namun menghasilkan dekorasi yanng awesome gitu..sekurang - kurang nya tak r uols boring tengok bilik uols yang rupanya gitu - gitu jer..so cuba tips kat bawah ni..

1. Cat semula..yela cat bilik uols gitu - gitu jer rupanya, apa kata uols cat baru.mesti ceria ..

2.Gantikan set cadar dan set langsir -tumpukan pilihan tema warna yang bersesuaian .gunakan warna yang menonjol yang contrast dengan cat dinding uols..mesti menyerlah..

3.Letakkan hamparan atau permaidani - pilih dengan bijak hamparan yang ingin digunakan agar kewujudannya mampu memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur anda. Contohnya, jika bilik tidur anda berkonsep kontemporari, pilih corak geometri pada hamparan korang.

selamat mencuba (^-^)

Tanda kucing kita Sakit

Almaklumlah, Cik Myiesha ni pengemar kucing, jadi kena la tau tentang cara jaga kucing..hmm..tip - tip nak tau sama ada kucing kita ni dah sakit...seperti di bawah :-

  1. Lelah dan lesu
  2. Menggelengkan kepala secara berlebihan
  3. Kurang selera makan
  4. Kurang minum air
  5. Adanya cairan abnormal yang keluar dari organ - organ badan seperti hidung,mata,telinga dan sebagainya.
  6. Susah buang air besar
  7. Berat badan dapat naik ataupun menurun dengan mendadak
  8. Menjadi lebih agresif dan hiperaktif
  9. Susah untuk berjalan atau berdiri
  10. Terdapat bahagian - bahagian tubuh kucing yang membengkak
sekirannya simptom - simptom di atas ditemui, silalah bawa kucing kesayangan anda berjumpa doktor haiwan....(^-^)

Monday, December 26, 2011

Calon Suami ???

Aku Copy Paste dan Share dari FB Page Jangan Bersedih Apabila ditimpa Dugaan ..

CALON SUAMI ???

Tak minta yg SOLEH ,sebab aku pun tak lah SOLEHAH sgt... Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab aku lg jauh utk bergelar USTAZAH... Nak minta yg KAYA, aku pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada... Nak minta yg HENSEM, aku tak la CANTIK, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan... Nak minta yg BERPANGKAT, aku hanya seorg HAMBA... Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya sebagai ISTERI... Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina... Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia.. AMIN ;)

Saturday, December 24, 2011

SEsaPa nAK wIDGET cOOL NI..cunn

Hmm, klik shoutbox terjumpa belog hebat ni..so uols yang sukakan widget cool ni cik myiesha suggest satu barang yang cool tuk belog uols...Smart Mood Widget ..Status yang boleh ditukar dialognya ikut kemahuan korang ! So KLIK SINI..terus uols dibawak ke belog Ayeem Ayam...:) selamat mencuba....

Mission Impossible gHOST pROTOcOL bEST!!!!!

hMM, kira puas ati jugak aku tengok movie jam 11.40 malam semalam..sampai jam 2 pagi..hehehe..ble tahan jugak Cik Myiesha berjaga..Namun sebenarnya mata aku Nak tercabut dah time tu, nak rasa sangat tengok movie malam - malam sampai ke pagi..Ambik ko..bengkak mata..hahaha...

Namun, dari awal penceritaan sampai ke akhirnya aku puas Ati..Agen - agen yang ganteng cam Tom Cruise...<highlight cikit >.dan Agen pempuan yang so sexy plus Ganas....Babak lucu pun ada walaupun filem ni berunsur ganas cikit...So sesiapa yang lum tengok..Tengok r yer tak rugi tiket uols beli ...Confirm mata kat skrin je..tapi yang tak minat filem aksi..alamat r terlentok...hehehe...Cik Myiesha bagi 5 bintang tuk filem ni..

Tuesday, December 20, 2011

Teka Teki : Lirik Lagu Siapa Kah ini...?

Ku rujuk hati nan rindu Melihat engkau berlalu Terpegun bagai bermimpi Hilang kau dari sisi Kini ku bersendiri Bersama membelai badai Bersama menyusur pantai Dan aku menyedari Kini kau tiada lagi

Kejujuran mu kesetiaan ku Kata akhir darimu Bersama cindai putih Kau bawa bersama Kasih tak kesampaian

Kejujuran mu kesetiaan ku Kata akhir darimu Bersama cindai putih Kau bawa bersama Kasih tak kesampaian

(*-*)

Monday, December 19, 2011

Siti Nurhaliza Vs Madonna dalam Glam 2012

Sungguh teruja aku tengok gambar Datuk Siti Nurhaliza menjadi Madonna dalam cover Majalah Glam Januari 2012..cantik...hitam putih gitu..bole jugak dia tiru gaya madonna ek..jadi Cik Myiesha satukan Datuk Siti Nurhaliza ngan Madonna punya gambar...amacam sama tak...tuk tatapan uols...Pissss..(^-^)..ngeeeee..kredit tu AbangNara and IzmanHawk

Sunday, December 18, 2011

Serius Cute: Singa Pakai Shampoo!!

kredit to Poorly Dressed.Com..

Friday, December 16, 2011

FaceBOOK ...aku jarang UPDATE ???

Tengah orang lain sibuk bertweet , berFace book..aku pulaK lain...jaranG dah Update Muka Buku Aku...bila ada benda baru yang aku Nak hebahkan satu Dunia..baru aku nak Update..hmm..napa aku jadi gini ek...Cik Myiesha kena demam Borink kali. sebaaab tak de benda menarik dia nak update..Takkan nak Update selalu..lain la klu aku ni Muka Tembok, semua aku nak kasitau ..sampai Nak ker Mr.T pun aku nak Habaq.....harap r aku leh Update Benda Menarik kat FaceBOOk aku tu.....(~_~)..

Siapa popular, Ombak Rindu ker, Pelakonnya..!

Fuh,..panas sungguh pawagam ngan Filem Ombak Rindu..sesungguhnya, aku pun dah tengok..Bagi aku filem ni kalu tak hayati betul - betul memang tak nagis..hehehe..sebab dok makan pop corn aje cik myiesha...Pada permulaan babak , aku slumber rock ajer..ketawakan orang sebelah menyebelah aku dah mengalirkan air mata, namun, aku tewas jugak uols, babak Maya karin kena marah oleh Aaron Aziz..memang sadis..aku nagis jugak...cuma mencuit hati jugak aku tengok Lisa Surihani mengamuk..macam bukan marah...tomel sangat..hehehe...

bagi aku , aku rasa Ombak Rindu ni best sebab novel dia memang best .. 10 tahun lalu aku pun tergolek - golek nagis baca novel ni.mungkin tu first impression yang buat aku nak tengok sangat filem ni..lagi satu sebabnye orang terjah pawagam berduyun - duyun sebab lakonan mantap Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bron ..tu pasal orang nak tengok....kiranya walaupun filem ni dikritik hebat di akhbar kerana memaparkan tragedi murahan sebagai subjek utama filem..namun aku seronok tengok filem ni....(^-^) walaupun Pop Corn aku tak habis,...gara - gara melayan emosi...hahahaha..so sapa belum terjah panggung, pi r yer..masa tayangan di seluruh negara dianjakkan seminggu lagi ...sebab sambutan hangat..

Baru 10 juta, rasanya bleh kot filem ni dapat 12 or 13 juta lagi...sama - sama kita saksikan sama ada filem ni dapat mengalahkan pungutan filem KL Gangster .but uols, kedua - dua filem ni dilakonkan oleh pelakon yang sama, sapa lagi klu bukan Aaron Aziz...hehehe..tahniah bro..Ganas dan Romantic bole jugak ko lakonkan..

Tuesday, December 13, 2011

Aku jumpa Adam AF kat Wedding Cousin Aku (^-^)

Alhamdulilah, akhirnya my cuzzy selamat melansungkan perkahwinannya ngan sepupu Adam AF yang bertempat di Inanam ..Huhuhu...ramai jugak yang hadir termasuk aku ngan family aku... dari majlis akad nikah , majlis berinai dan majlis bersanding..3 hari ...huhuhu..semua suku sakat aku duduk kat Condotel Likas, manakala aku...huhu..terjauh sikit...menginap kat Sabah Oriental Hotel..hehehe..aku suka sangat menu breakfast kat sini...tak rugi..kenyang aje...sedop....so uols ..layanzlah gambar Syam and Awien Wedding....

Nila sepupu Adam AF,panggilan manja Awien ngan my aunty, Samiah....

My cousin, Syamrizuan..serius eh...

Upacara membatalkan air sembahyang

Ni ngan kakak pengantin my cousin jugak..risha..

bergambar bersama hantaran pengantin..

ambik kesempatan gambar ngan adam

my jiran , noorshabiha pun ambik gambar jugak..senyum

maroon gitu...tudung tu,...(^-^)

Majlis berinai...hijau gitu

sama cantik..

Majlis bersanding...gold gitu..sama cantik sama padan

Monday, December 12, 2011

EL Marino...aku pun nak Cantik Jugak...(^-^)

Kebanjiran pelbagai suplemen kecantikan di pasaran online mahupun pasaran realiti, mengamit jiwaku untuk mencuba...almaklumlah, umur pun dah 28 ni, nak jugak jaga kecantikan...macam celebrity gitu...hehehe...so, 3 hari aku kat Kota Kinabalu, menghadiri majlis perkahwinan cousin aku Syam dan pasangannya Awien..jadi, namanya perempuan, klu tak sHOPINGGG tak sah kan..hehehe...

Dipendekkan cerita, aku pun pegilah cari Stokist Elken kat Karamunsing Shopping Kompleks..tup ..tup..dah pindah pegi Kompleks star City...nasib baik dekat ajer,...Akhirnya aku dapat lah benda ni....hehehe El Marino dan Probyo...

Jadi sekarang ni aku baru makan 2 sachet, so far ..kulit muka aku rasa lembut ajer...belum lagi sampai 28 hari gurls..so, nantikan testimoni dari aku pasal produk ni....sebab aku tengok testimoni pengguna lain memang marvelous..mana tau aku leh promote benda ni kat uols yang nak cantik...Cantik dalaman mahupun luaran...(^-^)....layan youtube kat bawah ni yer..

Monday, December 5, 2011

Takziah buat En Khairul Fahmi dan keluarga

Berita pemergian adik Penjaga Gol Kebangsaan iaitu Mohd Amirul Izzat akibat demam denggi ,mula tersebar...Sedih nampaknya Khairul Fahmi sekarang ni...jenazah adik Khairul Fahmi atau gelarannya Apek ni selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab..semoga roh allahyarham dicucuri rahmat..Al - Fatihah

Sunday, December 4, 2011

Wanita Pelihara 1,000 ekor kucing di Fresno, California

Gambar dari Kami Pencinta Kucing

Seorang wanita di Amerika Syaikat memelihara 1.000 ekor kucing di rumahnya di Fresno, California.

Perempuan bernama Lynea Lattazio itu menamai rumahnya Cat House on The Kings, yang disebut-sebut tempat penampungan kucing tanpa kandang terbesar.

"Saya tidak gila, tapi yang saya lakukan memang gila," ujarnya.

Biaya pemeliharaan kucing-kucing itu mencapai 40.260 dollar AS per bulan. Wang sebanyak itu untuk membeli makanan dan ubat-ubatan buat mereka.

Dia mulai memelihara kucing sejak tahun 1981. Kini, di Cat House yang dikelolanya itu terdapat 800 kucing dewasa, 100 kucing titipan, dan 100 anak kucing. Lattazio dibantu 23 staf untuk merawat kucing-kucingnya.

Besarnya biaya yang diperlukan untuk memelihara kucing-kucing itu tidak membuatnya gentar. "Waktu kecil saya tidak boleh memelihara kucing. Padahal, cuma itu yang saya inginkan," ujarnya.

"Kucing itu mandiri, mereka lucu, dan tidak manja seperti anjing. Saya benar-benar suka kucing," katanya.

Lattazio memulai projek gila-gilaan ini dengan merawat 15 kucing yang sakit. Padahal, awalnya dia hanya berniat mengambil dua saja untuk ayahnya.

"Dalam satu tahun saya sudah menyelamatkan 86 ekor kucing yang akan dibunuh," kenangnya.

"Dalam tiga tahun berikutnya, saya sudah memiliki 350 ekor kucing. Akhirnya, yang saya lakukan itu tersebar dan orang-orang mulai meletakkan kardus berisi kucing telantar di depan pintu rumah saya."

Lattazio menamai semua kucingnya, meskipun dia tidak hafal nama mereka satu per satu. "Waktu jumlah mereka masih 350, saya masih hafal. Sekarang tidak lagi," katanya.

Rumah luas yang kini digunakan sebagai rumah kucing itu merupakan bagian dari harta gono-gini saat bercerai dengan suaminya yang jutawan. Namun, untuk biaya pemeliharaan, dia merogoh dari kocek sendiri.

Meskipun mendapat dana bantuan dari masyarakat, tak urung dia harus mengupayakan sendiri pembiayaan utama kucing-kucingnya.

"Saya harus menjual cincin kahwin berlian dan kereta Mercedez untuk mencukupi keperluan mereka yang terus melambung," ujarnya.

Aku copy benda ni dari KAMI PENCINTA KUCING FB..nak share kat uols..

kredit to KAMI PENCINTA KUCING..

Aku Potong Rambut Style Adira Rihanna

Keseronokkan bercuti ni perlu diisi dengan benda - benda yang tak memborinkkan..Huhuhu,,hujan aje kat daerah aku ni..musim lah katakan..jadi sebelum aku leka menarik selimut dan terus memasuki alam Alice in the Wonderland..aku ...nekad dengan keputusan aku..aku nak wat style rambut baru...huhuhuhu..Aku nekad...(cam nak bunuh diri punya ayat..hahaha..cik Myiesha dan borink ngan rambut sendiri)..

Jadi aku bersama adik angkat aku, kira adik jugak la walaupun bukan sedarah sebab aku tunggal anak perempuan dalam family, jadi kami pun pegila saloon..Hmm, adik aku ni, namanya A'a..dia punya rambut fuh..cantik..panjang n tebal jer..dia just cuci rambut jer..hmm.rambut aku pulak, panjang n nipis...memang aku ni mempunyai kulit kepala berminyak..hmm, jadi masa akak saloon tu nak potong, hmm, dia kata aku kena makan ubat tuk suburkan rambut..huhuhu...jadi dia pun ambik keputusan just bentukkan rambut aku cam adira or rihanna..pendek simple n nice..sesuai r ngan jenis aku ni yang pakai tudung..

Cut....

Cut....

Cut....

Alamak...napa cam ni....!!!!!!

Tara....ni lah rambut terbaru Cik Myiesha....jangan jeles....hehehe

Cantikkan rambut Adira

Ni pun smart..rambut Rihanna

Pss...gambar sebenar tak leh nak tayang..hehehe..sebab mirip gambar di atas..jangan marah...adios...

Drama Nurain TV3 banyak pengajaran..

siapa dah tengok cerita Nurain di Tv3 ...hmm, aku tengok kat FB komen - komen tuk cerekarama ni sangat baik..hehehe..tahniah TV3 , penerbit dan pengarah drama ni..sebab Cik Myiesha suka sangat tengok cerita ni..A simple story but ada pengajaran yang berguna buat masyarakat..Gandingan Fahrin Ahmad sebagai Papa, dan Fasha Sandha sebagai mama, memang sesuai..pelakon berbakat..ditambah ngan pelakon Eyka Farhana yang sweet ..menjadi jugak drama ni...

Dari jalan cerita, memang mudah sangat difahami dan penonton bole meneka ending cerita ni macam mana, namun, bagi aku selaku penilai bagi drama ni, memang tak sarat la ngan adegan yang pelik - pelik dan berat BUT ada MESEJ..itu yang sebenarnya kita nak. Good job....(^-^)..bukan apa uols, sebab cerita - cerita yang selalu kita tengok kat TV ni macam - macam, kes bergaduh laki bini la, berdendam, bermusuhan, cinta, hantu dan sebagainya....Anyway, drama ni very simple and niCe dan tak memeningkan kepala .......(^-^)

Saturday, December 3, 2011

Misteri Suami Syella Kamaruddin Terjawab!

gambar beautifulnara.com

Hmm, kecoh jugak diperkatakan tentang suami Cik Syella ni..sampai ada yang mengaitkannya dengan Tan Sri Musa ..Hmm..sungguh misteri..Jadi, sekarang ni terungkap suda misteri tersebut..bekas ketua polis negara , Tan Sri Musa Hassan bukan suami Syella Kamaruddin.

Kecoh jugak ..apa taknye, kalu kawin takat 7 ribu ringgit..orang tak bising dik..ni 15 juta..mesti orang nak sangat tau kan..Kontroversi...hehehe...bagi yang melihat gambar di atas, tengok betul - betul yer..mungkin bagi Cik Myiesha sama tang Hidung jer kot...hahahaha (^-^)..

Namun, Utusan Malaysia telah merungkai permasalahan ni dengan penafian dari Tan Sri Musa sendiri..So uols, misteri sudah terbongkar...

Petikan dari Tan Sri Musa Hassan : Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama.Haa, tengok foto ni. Langsung bukan Tan Sri Musa, muka suami Syella ni. Kalau tengok, muka irasnya pada hidung jek kot! Hehe. ( copy dari Beautifulnara.Com )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)