Sebagai seorang hamba di muka bumi Allah S.W.T ini , kita tidak lari daripada Ujian.Ujian yang datang ada kala payah untuk dilalui adakalanya menguji ketahanan mental dan fizikal kita dan ada kalanya terlalu halus sehingga kita tidak menyedarinya ianya ujian dari Allah S.W.T . Pelbagai corak kehidupan yang kita tempuhi sama ada dalam keadaan sedih mahupun gembira. Cuma ku harapkan agar apa kita lalui termasuk aku membuatkan kita makin dekat kepada Allah. Dan ingatlah, janji Allah itu pasti....Jangan lah bersedih...kerana setiap ujian yang diberikan olehnya adalah yang mampu kita buat dan kita hadapi. Yang Pasti DIA tidak menyusahkan umatnya..dan ada HIKMAH di sebaliknya.
Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT
kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang
yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan
ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian
ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang
Maha Pencipta.
Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara
anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang
ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri,
malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang
masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol
keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.
Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu
dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan
bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan.
Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar
kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu
berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT. Credit to ILUVISLAM