Sunday, July 31, 2011

Don't stop believin It....It is True

Aku bukan nak cerita lagu kumpulan Journey cuma aku nak cerita pasal Esok...Sebab apa aku kata begitu uols.....
  1. Don't stop believe yang esok kita dah masuk bulan puasa..Selamat Berpuasa Semua..
  2. Don't stop believe yang sebab kita berpuasa bukan takat nak berlapar dahaga sebab nak menginsafi diri bahawa insan yang daif tak makan dan minum hari - hari nun kat Afrika dan Somalia sana....
  3. Don't stop believe bahawa berpuasa mampu memperbetulkan dan memberikan kesihatan pada badan dan merehatkan sistem pencernaan manusia selama 12 jam sehari.
  4. Don't stop believe yang bulan puasa ni banyak kueh - kueh dan makanan - makanan yang sedap ketika berbuka..(^-^)
  5. Don't stop believe yang manusia boleh berpuasa 1 bulan.
  6. Don't stop believe yang bukan kita saja yang merayakan hari raya, seluruh umat islam di dunia.
  7. Don't stop believe yang puasa merupakan ubat segala penyakit.
  8. Don't stop believe yang bulan posa ja ada solat terawih tiap - tiap malam.
  9. Don't stop believe banyak hikmah puasa ramadhan..
  10. Don't stop believe bulan puasa jer dapat tengok anak bulan..marvelous..
Gambar dari Blogserius

Thursday, July 28, 2011

Pemenang Make A Wish Contest With Myiesha Miya

Alhamdulilah, kerana support uols pada contest ini...Terima kasih sangat - sangat kerana menyertai...Hmm...jika di RECORD dan DIRECAP situasi sebelum ni...Huhuhu..amat serius..kehkeh..Cik Myiesha menganalisis 14 peserta yang menyertai kontest ni...amat - amat payah jugak..sebab uols..semuanye best..huhuhuhu..kepada yang tak berjaya leh cuba lagi di kontest cik myiesha miya yang lain pula...(^-^)

Terima kasih tidak terhingga kepada Cik Miela, Fie_qar, Meaw, azatiesyg,abazilah, Cik Rose Cute, Intan Berlian, Jaa, Luz Claritta, Alya Sayg, Kak Nida, Syura Shii, Fiq'ra dan Baby yang join contest ni..Luv u all guy..

Bah, daripada aku berceloteh panjang -panjang ..aku kasi umum la uols pemenang bertuah yang akan mendapat Angpow Raya RM 50.00 dan Patung dari Sun & Bear....Jeng..jeng......

First Place : Kak Nida dengan wishnye "Apple Mac Book"

Second Place : Fiq'ra dengan wishnya " Sony Ericson"

Kepada pemenang kontest ni, silalah berhubung ngan Cik Myiesha yer tuk mendapatkan hadiah uols. ...Emel Cik Myiesha : myieshamiya83@gmail.com..

Sekian , terima kasih

Wednesday, July 27, 2011

Mornink uols..

Aloo ha..wokey uols, entry yang ringkas ja..

Hari ni merupakan hari penutup bagi contest Myiesha Miya ..Hopefully kepada sesiapa yang tak berjaya tu, bole cuba lagi tuk Contest Myiesha Miya akan datang yer..(^-^) All contestant akan diadili oleh Cik Myiesha sendiri .. So wait for da result tomorrow...(^-*)...

Peserta yang berjaya akan diberitahu esok..Keputusan adalah muktamad.Adios...(^-^)

Thank U for u all support , Luv U all

Tuesday, July 26, 2011

Janganlah Dengki,..persaingan itu sesuatu yang sihat

Aku tertarik dengan entry daripada Blog Charming Umi .. Persaingan itu adalah sesuatu yang sihat..Hmm..apasal pulak aku kata kat belog aku ni,..cuma bila kita lihat situasi kita hari ini, macam - macam ada..sesungguhnya bangsa kita sendiri orang Melayu..aku bukan cakap melayu sahaja ah..Bangsa aku sendiri BUMIPUTERA Sabah bei..mesti ada hasad dengki dan jeles yang melampau - lampau bila tengok orang lain lebih senang atau lebih kedepan dari uols..yela, situasi ni bukan takat dalam bidang perniagaan namun dalam bidang lain juga termasuk dalam kehidupan kita seharian..ada saja orang yang nda senang dan ingin mencari kesilapan kita dan memanipulasikan keadaan..

But, bila dah sampai kekemuncakknya ...asyik orang tu ja senang dan maju dari diri sendiri, ada yang tak ingat dosa sanggup guna Mambang ato Genie in da Bottle dan seangkatan dengannya,...Hmm..Insaflah uols, sementara masih berada di muka bumi Allah S.W.T ni.

Aku kagum dengan semangat orang Cina yang tak cepat melatah dan tak takut persaingan..Dia akan cuba selagi dia mampu untuk bersaing dan hebat dalam mana - mana bidang terutama sekali PERNIAGAAN..salut La..

"So many times people are afraid of competition, when it should bring out the best in us. We all have talents and abilities, so why be intimidated by other people's skills? "~ Lou Holtz

Jadi uols, aku juga nak ingatkan diri aku,...jadikan la persaingan itu satu cabaran atau latihan buat diri kita bagi mempersiapkan diri dan buat yang lebih baik di masa hadapan. Sebenarnya nda ada juga guna kita berhasad dengki yang nda - nda.jeles sana sini, tengok dia lebih kita yang pikir bukan - bukan dan ingin menjatuhkankkannya..hmm.alih - alih kita yang rugi..bagus kita fikir positif dan ambil benda tu sebagai satu cabaran dan buat yang lebih baik tak kira di mana kita berada dan pada tahap mana dan siapa kita.Lastly, persaingan ini sebagai satu persediaan untuk kita menghadapi persaingan yang lebih besar lagi di masa akan datang..Be Prepare.Noted.:)

Senyum Satu Sedekah

Jadilah kita orang yang sering melemparkan hadiah buat teman-teman, buat sahabat-sahabat, juga untuk semua jiran tetangga kita.

Sunday, July 24, 2011

Dug Dug Dag ..3 Day To Go

Alhamdulilah, semakin bertambah peserta Make A Wish Contest With Myiesha Miya .. Hmm...Teruja sangat - sangat dengan uols punya support..Dihargai sangat - sangat... kepada yang belum menyertai lagi dialu - alukan sangat - sangat yer....

Tarikh tutup penyertaan ni 27 Julai 2011..

..sila rujuk sidebar bagi senarai peserta yang menyertai contest ni..

Saturday, July 23, 2011

Kehodohan Azali yang Perempuan dan Lelaki Tak Nak...

PERUT BUNCIT A.K.A BOROI..betul ba...sapa nda mo badan kurus dan langsing bagi pempuan la..klu lelaki paling -paling pun perut mesti 6 pack ala Kevin Zahri, ...Fuh....i salut la...
Flat Tummy

Flat Tummy memang diidam- idamkan..Aku pun ba..Namun, akibat tabiat pemakanan ManusIa yang RAKUS..dan sama juga ba kita uols suka Makan apa MAKANAN paling sedap di DUnia semua dibedal..Kecuali yang nda buli tu..tut..tut...HARAM la...dilantak..Last - last..ukur lilit pingang semakin bertambah...huhuhuhu...Menangis DARAH Bila Tengok Cermin...Alamak Why My Tummy BOROI..aduish...camna mo pakai baju KEB or KETS ni.bUT..Sangkaan uols MELESIT..jangan Pandang pada baju yang dipakai k..pandang pada perut yang semakin BUNCIT.Baju KURUNG pun bole menampakkan PERUT BUNCIT juga.bila kena tiup angin..HOHOHO..HORROR kan..Luluh hati uols bila mendapati Baju Yang Dibeli nDA muaT..

Dan yang Paling Pantang lagi Uols, bila Perut Buncit a.k.a Boroi ni ditegur atO berada di Kawasan yang berangin...Ayat paling Pantang didenGar..." Aik, Mengandung Ke !"..Ni la senario nya...Dan buat pengetahuaN uols.kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.....Aduish.Bikin Mati Awal.Membawa Maut.

Perhhh... nak camni..

Atasinya sebelum terlambat ..Mencegah Lebih Baik dari menGubati... Pakar Fitness Kevin Zahri kata ...Skuangnye..kurang sikit 1 inci atau 3 inci...10 TIP FOR GREAT ABS..

JOM JOIN NI..

selain tu , bagi menaikkan Semangat Aku dan Kamuorang Semua Mengatasi KeBUNCITAN ini..Marilah kita Motivate diri ngan kisah dorang dalam BIZZY BODY CHALLENGE bersama KEVIN ZAHRI...journey dan testimoni 5 Ladies Bertuah menjadi KURUS.. semoga aku BerseMANGAT untuk BesenaM ni.Kasi BizzY BODY LUK.dan harapla time RAMADHAN ni kurang SIKIT melantaK ..Semoga TUMMYku Sihat dan seperti yang kuidam - idamkan..CHAYOK...

Thursday, July 21, 2011

Sesi Fulus Mania

Cek...cek..buat list..nak beli apa yer bila menjelang nak hari raya ni..hahaha..belum pun ba berpuasa suda gatal - gatal nak fikir raya mo pakai apa, mo hidang biskut apa, rumah hias camna, style baju apa...atukoi.....(Inila satu tabiat yang memang nda bule lupa selagi uols hidup kat bumi malayxzi ni...)..

Sana sini aku tengok sale, belum pun posa, suda buat sale gila - gila..a.k.a Crazy Sale..almaklumlah, nak beraya sakan kan...But uols tahun ni, hmm aku rasa aku nak kurangkan la beli benda yang nda patut - patut ni.(Diharap Cik Myiesha Stick ngan janji ini...hahaha..ketawa biawak) sebab bole - bole juga langgar perjanjian...ni la Cik Myiesha...kehkehekeh..ketawa kambing yang Cun..

Di akhir kemenjadian entry ni, aku pesan tuk diri aku jugak la..belanja yang perlu, merancang sebelum bertindak dan jangan membazir....wink2

Tuesday, July 19, 2011

Diva J Dan Divorce

Jlo ngan Marc Anthony

Alahai, kenapala aku sinonim benar dengan huruf J dalam post aku sejak beberapa bulan lalu..Biasalah Artis...Dari En Jimmy Shanley sehingga Post yang ni aku cerita juga pasal empunya nama yang berhuruf J..Tapi ni kali uols namanya J.Lo..Atopun Jennifer Lopez..Uols kena benar ngan minah ni .Dia ni kira sebati dah ngan divorce mendivorce orang ni...Dikenali sebagai juri American Idols, penjual minyak wangi yang aku sangat gemari selain dengan single terbarunya Im Into You..dah Divorce...Tapi uols memang dah faham ngan situasi divorce dia ni..dah biasa dari dia ngan laki pertama sehinggalah dia dah melahirkan si kembar yang comel bersama suaminya Marc Anthony cerai jugak...Hmm..kecian anak dia yang comel tu..

Saat Bahagia bersama Si kembar

Dikhabarkan dia ni ada kekasih baru.Hmm ? sapa..William Levy pelakon gandingannya dalam klip video Im Into You..Biasalah artis, senang - senang ja cari yang baru dan lupakan yang lama.. Dorg disahkah rasminya breakup pada 15 July lalu..bebaru ja uols, but sumber ni pun aku dapat dari yahoo, celebs.gather.com.

Aksi Mesra..

Namun, bagi aku uols, mungkin salah satu sebabnya selain dia ada kekasih baru, dorang ni terlalu sibuk dengan jadual keja memasing. Jadi punca juga tu uols, sebab dorang jarang bersama - sama..alih - alih cerai..but, klu ditengok kat media dan tV, cam loving couple jer..kira tak da masalah je..last - last break.

Pssssssssssst....Laki mana juga tak meroyan klu tengok aksi dorang ni..(wink2)

Sunday, July 17, 2011

My Inspiration

jadi post lepas dah introduction tentang team Cik Myiesha Miya yang give their full support to this project. Sekarang tibalah masanya untuk saksikan hasilnya..Jeng..Jeng..Jeng..:)

Glitter Graphics

Awana Atua Atria...
... ... ... ... ... ... ... ... ...
What A Big Present..

Saturday, July 16, 2011

Bila Si Kucing Mengaum

Tangan Sapa ni..?

Bila si kucing mengaum..pernah ke uols tengok kucing mengaum..hehe..ni bukan kucing just katun kucing ajer..ni la cik Myiesha nak kenalkan, my supporter n yang banyak bantu project cik Myiesha.Uols still remember, yang 1st July cik myiesha punya post penah sebut benda ni..(keh..keh..keh..) ketawa ala unta..:).. My 1 project still berjalan..tunggu 27 Julai baru nak umumkan sapa pemenang.so yang masih lum ikut Contest cik Myiesha...Jom r ikut..

Cik Bayjura
Ni project Myiesha yang kedua, Hai Kucing.@ Hello Kitty..Betul ke aku kata ni..latak la..yang penting uols reti.. Bila uols amati, ni la keja aku n all my team .. Tanggal 7.7.2011 siap...Syukur alhamdulilah..segala yang aku nak become reality..mula - mula lakaran aje..but now, it become real..not fantasy..hohoho..(bangga kunun, sambil kembang kempis idung cam hypo dalam air..)..Jadi uols, ni la barisan kita..

Cik Anisah

En Bowby..penyelaras projek

Tuesday, July 12, 2011

12 Kartun Paling Femes

Cartoon a.k.a katun ...banyak benar jenis katun, dari aku kecik - kecik sampai la sekarang berbagai - bagai fesen atau jenis kartun untuk menghiburkan hati peminat c cilik...Malahan, orang dewasa macam aku ni pun gila juga kat kartun ni..namun, disini, aku nak share entry pasal 12 kartun yang paling femes, dari kecik sampai aku besau..Disini, aku combine kartun yang uols semua kenal, sama ada dari Jipun Ka, Us ka dan negara - negara lain, kalu ada la...(^-^)..wink- wink..
The Simpson
Popeye
Mickey Mouse
Naruto
Garfield
SpiderMan
Archie
Scooby Doo
Tom N Jerry
Flintstones
Doremon Bug Bunny

Monday, July 11, 2011

Hot Chick Korean Singer

Hmm, nampaknya unsur kekorean tu bak cendawan kat Malayzi..ni..apa tidaknya, dorang ni hot ngan tarian yang cool dan muka cumil - cumil belaka...Bila dilihat dan diamati di kalangan dorang ni, semuanya sama fesyen..dari rambut sampai ke kaki. Yang mengusik naluri.badan dorang semua kurus bak kerengga..but...alahai,..muka dorang yang cumil - cumil dan kulit mak oooiiiiiii...kena injection kali tau baru dapat kulit bak dorang ni...hahaha..sental pun tak guna..paling koman pun uols kena telan pil kecantikan tu setanding dan se hot dorang ni..lagi senang inject..tapi Cik Myiesha tak r suka inject - inject ni..hehehe takut..:p..

But , semua tu nda mustahil asal lagu - lagu dorang ni best ditambah ngan tarian dorang yang COOL ni, membuatkan semua pendengar terhibur..Cik Myiesha ni bukan gila sangat kat K Pop Singer Ni, cuma lagunya sweet dan cumil...Wat aku terhibur..walaupun bahasa Aku kurang Faham..Almaklumlah, Aku ni Sabahan..Land Below da Wind..Klu Jimmy Palikat kali buli - buli juga dipaham..

Nah uols, kat entry ni aku bukan nak berceloteh banyak pasal K Pop Singer ni .Just nak gitau hot Chick yang aku minat tengok je..Come On..I wanna Tell Uols..

Secret :4 orang anggota yang cumil - cumil.Dorang ni under TS Entertainment.Asal dorang ni Dari Korea Selatan.Terkenal dengan lagu , Madonna ,Shy Boy dan Secret Time lalu menaikkan popularity mereka pada 2010. Anyway, lagu dorang ni ada kat Belog aku ..Starlight Moonlight.dengar yer.tarian dorang memang aku suka kat video klip lagu ni..So cute..like Kitty.

Girls' Generation (SNSD) : Kumpulan ni sinonim kat Asia ni dengan Lagu Genie, Hoot, Oh and Gee..Kumpulan ni dianggotai oleh 9 orang ahli, Hyoyeon, Jessica, Seohyun, Sooyoung, Sunny, Taeyeon, Tiffany, Yoona dan Yuri. Kira Dorang ni Korea Selatan Most Popular Female Group la..

Hot Summer : Kumpulan ni dibawah SM Entertainment.Wujud pada tahun 2009.Ada 5 orang ahli..Lebih kepada rap.Ahli kumpulan, Victoria , Amber, Luna, Krsytal dan Sulli.Single pertama dorang ni "La Cha Ta".Lagu dorang yang pakai kereta kebal warna pink....very cool..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)