Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Sesi Fulus Mania

Cek...cek..buat list..nak beli apa yer bila menjelang nak hari raya ni..hahaha..belum pun ba berpuasa suda gatal - gatal nak fikir raya mo pakai apa, mo hidang biskut apa, rumah hias camna, style baju apa...atukoi.....(Inila satu tabiat yang memang nda bule lupa selagi uols hidup kat bumi malayxzi ni...)..

Sana sini aku tengok sale, belum pun posa, suda buat sale gila - gila..a.k.a Crazy Sale..almaklumlah, nak beraya sakan kan...But uols tahun ni, hmm aku rasa aku nak kurangkan la beli benda yang nda patut - patut ni.(Diharap Cik Myiesha Stick ngan janji ini...hahaha..ketawa biawak) sebab bole - bole juga langgar perjanjian...ni la Cik Myiesha...kehkehekeh..ketawa kambing yang Cun..

Di akhir kemenjadian entry ni, aku pesan tuk diri aku jugak la..belanja yang perlu, merancang sebelum bertindak dan jangan membazir....wink2

Sunday, April 24, 2011

Panasnya..Tips yang perlu dan tak perlu ?

Hmm..anugerah Allah S.W.T . Terdetik di hatiku. Sebelum ni hujan memanjang.semua orang bising, sekarang panas memanjang pun orang bising juga.. Rahmat Tuhan. Jadi sebagai hambanya kita patut bersyukur..Syukran..(^-^)..Jadi, dikala aku dan uols sibuk dengan aktiviti memasing, marilah kita jaga kesihatan sama - sama. Bukan apa, buli - buli juga penyakit timbul pabila cuaca panas ni..Jadi Benda yang perlu kita wat dan Tak Perlu..Aku bagi credit kat Lanun SePet..Bole jadi dr la Luuu..Thanks..

Sebelum tu kita cek dulu kesan haba ni pada tubuh.

Kesan Haba Pada Tubuh

  • 20 darjah celcius- selesa, denyutan nadi normal.
  • 25 darjah celcius- peluh biasa.
  • 30 darjah celcius- ketidakselesaan.
  • 40 darjah celcius- kepanasan melampau,denyutan nadi pantas, letih.
  • 45 darjag celcius- kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.
Tips Perlu Anda Buat

  • Minum air yang banyak.tanpa mengira aktiviti apa yang uols buat. jangan sampai tunggu uols dahaga baru nak minum air.
  • Minum minuman isotonik kerana minuman ini dapat mengantikan garam mineral yang hilang di badan akibat berpeluh.
  • Lepak kat rumah or dalam bangunan..sure tak kena panas.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Berehat dengan kerap.
  • Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.
  • Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang.. sejukla badan.
  • Jangan lupa pakai topi ato payung ketika keluar dari rumah.
  • Ubahsuai diet anda:.Masa cuaca begini, elakkan lah makan pedas - pedas ye, and makanan berat. Makan lah makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi terutamanya salad dan buah - buahan.

Yang Tidak Perlu anda Buat

  • Minum minuman yang berkafien, alkohol, berkarbonat, yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Benda ni membuatkan uols kehilangan lebih banyak cecair dalam badan.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup..Hehehe, ni mesti ada yang buatkan.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
  • Elakkan minum minuman berais.

Selamat Mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)