Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Saturday, December 7, 2013

Travelog Indonesia : Trip to Bandung (Day 3)(Part 1)



Alhamdulilah perjalanan berjalan dengan lancar dari Jogjakarta ke Bandung menaiki Kereta Api Turangga. Namun, Cik Myiesha tak berkesempatan melihat pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan kerana kami bertolak pada sebelah malam.Cuma, apabila matahari mula memancarkan cahaya pada pukul 6 pagi..barulah Cik Myiesha nampak pemandangan sawah padi di lereng - lereng bukit serta gunung - gunung berapi dan jurang yang agak dalam..Terfikir sejenak bagaimana mereka membuat jalan kereta api melalui jurang - jurang yang dalam di lereng - lereng bukit yang tinggi ...Anyway...sepanjang perjalanan ke Bandung memang menyeronokkan..walaupun Cik Myiesha penat dek tidur dalam keadaan duduk....Tapi dapat juga Cik Myiesha tengok petugas - petugas yang menjaga kereta api dari yang menjual makanan, cek tiket, cleaner tandas dan kutip sampah. Semuanya smart.. ala - ala Airasia gitu.. Makanan dan minuman pun murah dan sedap.. Sebelum kami tiba mereka juga menjual barang - barang berupa manisan untuk dibawa penumpang sebagai cenderahati..harganya 30 ribu rupiah je satu kotak. Setibanya di Bandung , jam 7.02 minit pagi... Keluar dari  kereta api..terus kami cari TANDAS.. huhuhu..Tandasnya bersih dan sekali dengan Musalah ..cuma masuk kita kena buka kasut dan stokin yer....Selesai je, kami terus membeli tiket untuk ke Jakarta. Ni kira awal lagi, supaya tak re lewat macam  Jogjakarta . Sebelum beli tiket tu, kita isi borang dulu dan terus ambil nombor . Sistem kat sini cepat dan harga tiket dari Bandung ke Jakarta 100 ribu rupiah seorang dengan menaiki Kereta Api Agro Parahyangan dan berhenti di Stasium Gambir iaitu stesen kereta api yang terakhir di Jakarta. Kat Jakarta bukan satu stesen kereta api je..banyak...



Suasana Hotel Amaris Bandung

Seterusnya kami cari teksi dan menuju ke Hotel Amaris Bandung.Breakfast disediakan bila uols menginap kat sini.Tambang ke sana  60 ribu rupiah. Setibanya di sana, punyala ramai orang kita...Ingat kami - kami ja.so uols tak soh takut sangat.. Kat Bandung ni ramai rakyat Malaysia bercuti. Tips kat sini, bila uols awal sampai memang bilik uols belum siap..paling bagus uols check in jam 2 petang  sebab bilik dah ready..Kami yang masa tu dah sampai terpaksalah tunggu jam 1 petang untuk cek in disebabkan masa kami sampai ramai yang menginap baru nak cek out.. Hmm..Hotel ni ada wifi percuma..cuma mereka akan ubah ID dan Passwordnya setiap hari. Jadi, uols kena minta kat reception...Percutian di Bandung mengambil masa 2 hari..

 
 
 Pasar Baru Bandung . Cikit jer ambik gambar.. rambang mata

Disebabkan lama lagi nak tunggu jam 1 petang, kami tinggalkan barang kat reception dan terus menempah teksi untuk menjelajah Bandung. Teksi yang kami sewa tu harganya 650k dalam 12 jam.Nak tempah tanya reception yer. Jadi kemana kita pergi bagitau ja Supirnya namanya Pak Nana. So tempat pertama kami explore ialah Pasar Baru.Fuh..punyalah sesak dan jem jer masuk kat sana..Memang besar bangunan ni dah bertingkat - tingkat . Supir tu akan park kat dalam bangunan . Jangan lupa ongkos parkingnya ya..Masuk ja..hmm..memang mata jadi rambang terutamanya kaum Hawa.. sebab benda  favourite bersepah kat sini..murah dan banyak..beli borong lagi murah. Macam - macam ada..kata Astro..

 
 Nasi Ayam Penyet Madu

Yang sempat Cik Myiesha rembat kain baju  kebaya yang berkerawang, tudung bawal, tudung biasa, baju - baju tshirt dan jaket kulit. Tips kat sini uols kena pandai tawar menawar dan anda akan dapat harga yang lebih berpatutan. Paling bagus beli BORONG.Para peniaga kat sini memang pandai speaking Malaysia..ala - ala semenanjung gitu..Tak menang tangan dibuatnya..Namun, langkah berjaga - jaga perlu diberi perhatian. Duit uols kena simpan tempat yang selamat sebab penyeluk saku kat sini terror..tambah - tambah mereka tau kita ni orang Malaysia..memang dorang berminat..Setelah penat membeli belah..kami cari makanan kat tingkat atas bangunan. Hmm makan yang kami makan Nasi Ayam Penyet Bermadu yang lengkap 1 pakej tuk makan berdua. Kalu 4 orang makna dua set la kan. Harga 1 set 50k dengan supnya, ayam , ulam, tempe, tauhu dan sambalnya yang KAw KAw PEDAS UOLS>>> Cik Myiesha tak suka pedas namun makan je la..janji lapar ni hilang.. Satu benda baru yang kami belajar kat sini Jus Carrot . Mereka kat sini tak tau apa tu jus carrot ..Uols kena sebut Jus WALTER.. baru mereka bagi Jus Carrot ..Lucu - lucu...ntah kenapa namanya gitew..Selesai makan, singgah kat kedai kasut. Beli sandal. Harganya 30k.. Cuma ni lagi lucu... Masa Cik Myiesha nak bayar, Cik Myiesha hulurkan 100k. Tiba - tiba peniaga tu tanya balik.. " Ada wang pas nya ka mbak?" Apa tu wang pas.. Boleh - boleh dalam kepala otak aku, mungkin dia minta duit RM kot.. Jadi Cik Myiesha hulur RM 1.. Dia gelak seraya berkata " Mbak, bukan saya mau wang Malaysia, saya mau wang kecil, mbak bagi besar banget duitnya..." . Terus je aku kata " Ngak ada mas.."HUHUHU, malu mek oooi...merah muka aku..member aku ketawakan jer..Pengalaman..Then, kami balik ke hotel dulu tuk cek in dan berehat sekejap. 

Setibanya di Hotel dan cek in..masuk bilik hotel r ni..tengok bilik punyalah simple..dia tak da kemudahan dobi. Jadi uols yang nak cuci baju ker bagus cari hotel lain la.. Dan, barang - barang kat hotel ni very - very limited..Macam aku yang nak seterika tudung.. Tak dapat uols sebab dah kena pinjam , reception kata kena booking awal - awal..kalu tak tak dapat r.. terpaksala cik Myiesha pilih tudung yang tak payah iron..Kemudahan cerek dan air panas pun tak da kat bilik ni..very disappointed .Tip kat sini bila uols nak pilih hotel dengan harga berpatutan di Bandung make sure semua kemudahan ada k. 

 

 
 
 
 Pemandangan di Tangkuban Perahu
Setelah berehat dan bersiap selama 1 jam, Jam 2 petang kami bertolak ke Tangkuban Perahu. Kawah putih gunung berapi yang bernama Kawah Ratu. Perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam. 30 km dari Bandung. Pasal apa gelarannya Tangkuban Perahu, sebab Gunung ni kalau dari Bandung kita lihat seperti Sampan yang terbalik.. But , Cik Myiesha tak dapat tengok.. Kabus tebal sangat dan sejuk.Jadi pakai baju sejuk k..sampai je, memang dah terhidu bau Sulfur yang kuat. Tiket masuk 150k tuk pelancong , tempatan 50k je. Pelbagai jenis barangan di jual di sini, para pelancong boleh juga menaiki kuda untuk jalan - jalan kat sini. Stawberi pun ada..seperti biasa peniaga kat sini memang akan kejar - kejar kita. Macam kami, satu peniaga lelaki tu kejar dari awal kami sampai sehingga kami pulang..sabar je la.. yang penting kita senyum ja dan ucap terima kasih.. dia siap cerita lagi sejarah Tangkuban Perahu dan nak ambilkan gambar kami.. Tips kat sini.. uols kena hati - hati..terutamanya kaum perempuan. Jangan terlalu eye contact sangat ngan mereka ,nanti uols kena pukau..tak balik Malaysia nanti..hehehe..hati - hati je..Selesai bergambar, kami jalan - jalan dan mencuba Teh Botol.. sedap.. lepas tu kami beli Tshirt Hard Rock Cafe dengan I Luv Bandung..lepas tu balik dan meneruskan ke destinasi seterusnya.
 
 
 
 Banyak barang - barang menarik kat sini ... Rasalah Teh Botol..Iklan jap..

Pak Nana terus membawa kami ke outlet - outlet Kota Bandung dari Jalan DAGO dan Jalan RIAU . First Outlet..Hmm, Cik Myiesha tengok sama jer pakaiannya macam kat Malaysia. Tak de juga Cik Myiesha beli.. Then ke outlet seterusnya. Sama juga..  Outlet ke 3, berminat r kat satu seluar ni.. sekali Cik Myiesha test..huhuhu...tak ngam uols .. sedangkan saiz L.. Cik Myiesha ni tak re tinggi, cuma pakai seluar tu boleh hangging...Jadi Tips kat sini, uols kena pilih betul - betul baju dan seluar berjenama kat outlet - outlet kat sini, memang jenama mahal tapi awas Fake product pun ada dan saiz orang Indonesia dengan saiz orang Malaysia berbeda ya ... Mereka lebih kecil dari kita a.k.a petite..

 
  
Suasana di TOKO 3
 

 Jadi pilihlah dengan Bijak..sebab semua barang memang murah. Kami mengakhirkan jejak membeli belah kami di TOKO 3.. I like this place.. sebab apa? sebab sini banyak jual jenama JEANS dan Paling best JENAMA LEVIS..yang ori o.k.e.y dan harga murah cikit dari Malaysia . Cuma, kat sini memang sesak dengan orang kita sebab ada yang beli jeans banyak - banyak. sebab murah dan kos menjahit seluar dalam 10k jer.. Tapi jangan lupa, uols akan dapat cenderahati percuma berupa Key Chain bila beli barang kat sini..Kat sini wifi free (minta password kat tauke kedai yer) dan ada ruang rehat tuk kita tunggu seluar kita yang kena jahit tu.  Harga  sehelai jeans levis perempuan yang ikut curve bernilai 345k dalam 88 ringgit gitu. murah kan. Rugi jika tak beli..Jadi kami pun shopping r kat sini. Lama juga menunggu jeans kami siap. Pak Yaya pula sudi membantu kami membeli sim kad baru supaya senang berhubung dengannya. Sim Kad Simpati 25k . 
  
Sim Kad Baru..

Krating Daeng atau Livita
Selesai je dari Toko 3 kami balik ke Hotel.Sebelum balik kami minta tolong Pak Yaya belikan nasi goreng tapau dengan sup kaki kerbau sebab dah terlalu penat.Sampai hotel rehat dan TIDUR..



                                                Esok sambung lagi explore BANDUNG...
















Friday, December 6, 2013

Travelog Indonesia : Trip to Jogjakarta (Day 2)(PART 2)

Kawasan ni banyak hotel jadi senang jer nak cari hotel ni..berderet jer macam rumah teres..sebelah menyebelah..

Setelah sampai kat airport Jogjakarta.. selesai ja cek imigresin..hmm..kami terus cari teksi uols..kuar - kuar ja..ramai dah yang offer tuk naik teksi mereka.. Akhirnya.. kami naik Avanza ke Hotel tempat kami menginap.. Hotel Grage Ramayana..Book melalui Agoda jer.pakai Debit Card. tambang teksi dari airport ke hotel IDR 40k..Hotel ni letaknye kat Malioboro.. satu tempat yang famous bagi pelancong.. macam - macam jual kat street ni.. n memang happening.. cuma.. sesak je r....Tips kat sini..hati - hati berjalan..dan duit bagus simpan tempat yang selamat....

 Suasana sepanjang perjalanan ke hotel

 Macet @ Jem satu - satunya senario yang biasa kat Indonesia.. paling banyak Motosikal...

Sampai je kat hotel terus cek in.. dorang speaking r bahasa dorang.. yang kami cakap malaysia.. boleh tah anjuga..faham r..dari dorang speak jawa asli..matai..hahaha..kitaorang menginap kat bilik superior je.. kemudahan hotel ni lengkap..siap ambik ngan breakfast sekali tuk esok pagi.. Tips kat sini...masa cek in tu uols tanya r semua kemudahan yang ada kat hotel ni..takut tak lengkap kan.. paling penting password internet wifi..hehehe..senang nak berhubung dengan yang tersayang kat Malaysia melalui Facebook atau Wassap....mudah kan.Lepas jer masuk bilik mandi dan sewaktu dengannya..cek jam..hmm..waktu malaysia dah jam 8.00 malam..kat sini baru jam 7.00 malam..Ohh.. Tips kat sini.. waktu kat indonesia lewat 1 jam dari Malaysia uols.. jadi jangan heran kalu kat sana masih lagi terang..paling mudah kalu tak nak ubah waktu kat jam tangan..ubah kat HP..jadi uols tak r terkejar - kejar nanti..selepas berehat dan mempersiapkan diri, kitaorang pun jalan - jalan sambil cari makanan kat Malioboro Street.. sangat happening.. dari peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan kat kedai sehingga coridor kedai dan tepi jalan , penunggang beca dan kereta kuda pun ada yang bawa pelancong jalan - jalan kat Jogjakarta ni....kat sini first time la aku makan kat restoren McD yang ada Nasi.. kat Malaysia..tak da uols.. indonesia lain..semua mealnye mesti ada Nasi..makan jer r,..yang penting halal ..


Menu kat MCD.. anggaran dalam IDR 20k - 30k untuk meal yang lengkap bagi kami..Murah uols.Taste pun sedap..

Setelah menjamu selera di MCD, kami pusing - pusing kat Mall nye ..hmm. lebih kurang macam malaysia jugak cuma harga jauh lebih murah..Then..jam 8 gitu kitaorang gerak menuju ke hotel.. sambil tengok - tengok peniaga tepi jalan menjual barangan mereka..hmm..macam - macam ada, dari kraftangan, baju,kasut, sandal, handbag, lukisan, alat muzik, n macam - macam lagi la..Nak juga beli..tapi memandangkan trip cik Myiesha ke bandung n Jakarta lagi..hmm..berat ooi nak beli banyak - banyak..so cik myiesha beli key chain jer..small and nice..senang nak angkat..harga 4 bungkus key chain  IDR 100K

Nasi Goreng Grage


Jus Jambu yang nyaman..

Sampai hotel..lapar r pulak..Jadi kami pun order makanan lagi.. nasi goreng grage sama jus jambu..hmm..nyaman..jus nye memang pure..asli.Harganya IDR 50k... So lepas makan, tidur esok Cik myiesha memulakan pengembaraan melawat Candi Borobudor, Candi Praban dan Gunung Merapi..

 Bekpes yang menyelerakan...


 Suasana pagi di Jogjakarta dari tingkap bilik hotel


  ramai lagi tourist lain..

 Key Chain Kreatif..

Pengembaraan pertama mengikut perancangan asal kami melawat 3 tempat. Candi Borubudur, Candi Praban dan Gunung Merapi..dan meneruskan perjalanan menaiki kereta api ke Bandung pada sebelah malamnya.. Jadi tips kat sini.. Uols nak mengembara kena guna teksi kan..So , uols minta kat lobby hotel perkhidmatan teksi..Pihak hotel call teksi dan terus ambil kami kat Hotel.. Harga IDR 400k selama 8 jam.. Jadi uols bole la bagitau kat  supir tu kat mana uols nak pegi..Nama pemandu teksi kami Pak Yanto..Kat sini ada pelbagai jenis teksi..ada yang betul - betul rupa teksi ada yang pakai avanza, suzuki dan kereta - kereta antarabangsa yang lain.. cuma aku tak nampak pun jenama Proton..huhuhu..

 Stasium Kereta Api Jogjakarta

 Tiket Kereta Api Turangga 

 Perjalanan ke Candi

 Tempat ambil tiket dan tempat makan

Jadi tempat pertama kami tuju ialah Stasium Kereta Api..sebab nak bertolak malam kan ..So beli siap - siap..takut tertinggal kereta api...tiket bagi perjalanan ke Bandung 310k setiap seorang...Then baru kami bergerak ke destinasi yang ingin dilawati.First ...Candi Borobudur.. perjalanan mengambil masa 1 jam setengah.. jauh juga..sepanjang perjalanan banyak sawah padi..dan pertanian yang lain.memang subur tanah kat sini..mungkin kesan daripada lahar gunung berapi.. sampai kat candi kami beli tiket.. masuk parking bayar 5k..tiket masuk 190k seorang .. Namun, Pak Yanto tak suru kami beli tiket kat Candi.. Dia yang urus sendiri dan ambil kat satu tempat sebelum sampai Candi.Katanya lagi cepat.Total harga tiket bagi dua candi 720 k..So , pasal tiket melawat Candi tu Pak Yanto dah uruskan..tinggal kami masuk ja..

 
 Air Mineral Free ..
  
Pose depan Candi..
  
baca dulu ...


 Nun Jauh Di sana..

  
 Ukiran kreatif..

Sampai ja Candi Brobudur.. terus ambik gambar..hmm..ramai juga orang..bukan setakat orang malaysia, jepun, orang putih ..dan orang indonesia pun ramai..Paling best bila naik tangga candi tu..hmm..penat juga..bukan tinggi sangat pun..mungkin lama tak mendaki..hehehe..tapi view kat atas memang cantik..banyak juga aku ambil gambar..kenangan..lepas round ..turun la kat bawah..hmm..yang ni pulak kena serbu dengan para peniaga yang menjual barang - barang kraftgan, baju dan sebagainya.. Tips kat sini.. if uols tak nak beli barang mereka,,just angkat tangan dan ucaplah terima kasih dengan cara yang bagus..dan jalan terus.. klu uols nak beli.. maka tawarlah dengan harga yang sesuai.. jangan uols layan semua tapi tak beli....,..gerenti sampai uols masuk ke kereta dia kejar..huhuhu...so berhati - hati..cuma kat sini aku tak merasa pakai kain batik ,.sebab selalunya tourist akan pakai batik sebelum naik candi..ini kerana, kami sampai tu lepas hujan..jadi dorang tak bagi..just suru naik terus jer..:-(

Berehat dan makan sebelum ke Candi Prabanan.. 
Set lengkap dan mesti ada keropok..satu yang wajib dalam menu di Indonesia
 Suasana restoren yang cantik...

Perjalanan seterusnya ke Candi Prabanan.. memakan masa  1 jam 30 minit..Harga tiket 170 k seorang. Parking kereta 5k...sampai kat sini..sama juga aktiviti kami..ambil gambar..cuma kat sini ada satu Candi tu namanya Shiva.kena masuk pakai helmet.. takut jatuh batu - batu tu,.tapi canti kat sini banyak yang runtuh akibat kesan gunung berapi pada tahun 2010..so candi yang lain masih dalam pembinaan..selesai berjalan.. shoping sikit beli tshirt , baju batik dan baju tidur.. setelah tu kami bergerak keluar dari candi tuk makan sebelum pulang ke Jogjakarta dan malamnya menaiki kereta api ke Bandung..Makan kat Restoren Orang Utan.. dalam 200k..makanan pun sedap..dengan hiasan ala Jawa.. then bertolak pulang..

  
Tiket masuk..
Semua aku nak pose...

  
Tourist la katakan .. 
  
Ni gaya model kain batik...

 
Baca dulu sebelum masuk


 Candi Paling Besar antara semua candi kat sini.. Candi Shiva..Ni kena pakai topi keselamatan ..Setiap pelancong diberi masa 15 minit je..sebab ramai nak masuk ambik gambar..besar juga Candi ni..

Perjalanan menaiki kereta api pada jam 11.37 malam..Naik kereta api Turangga.. Harga tiket  310k seorang. ambil yang eksekutif sebab ada aircond dan tak la uols bersesak - sesak ngan penumpang lain..perjalanan ke Bandung selama 7 jam.. sampai kat Bandung jam 7 pagi..

 Bergambar kat salah satu candi di Candi Prabanan..

 Di sekitar candi ada muzik Jawa..so sepanjang mengelilingi kawasan candi memang muzik tu sentiasa ada..terhibur la juga sambil jalan - jalan di kawasan ni sebelum keluar..

 Ada macam winter sonata ka..hahaha..
 Muzium pun ada..masuk gratis k..tak yah bayar..free..

 Nak tengok rusa pun bole..bagi makan pun bole..aku just nak ambil gambar jer..

 Engkek - engkek..

 Pose waktu pagi sebelum bertolak melawat candi..

 Tiket Candi Borobudur..
 Makan dan rehat di hotel  dulu sebelum jalan ke Bandung ... Steak Ayam...
 Nasi Goreng Grage..

 Jus Apple dan Jus Lobak

 Keadaan di stasium pada waktu malam.. Kami naik beca jer dari hotel ke sini..dekat je..

 Keadaan kelas Eksekutif dalam kereta api Turangga

 Muka penat...
 kereta api baru sampai..

Bye .. bye Jogjakarta..

Destinasi Seterusnya BANDUNG...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)