Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Saturday, June 20, 2015

Bali, Paradise On Earth (PART 3)


Assalamualaikum,, para pembaca semua.. selamat menunaikan ibadah puasa ...Alhamdulilah kita berada di bulan ramadan yang penuh barakah. Ok sekarang Cik Myiesha nak sambung cerita terakhir di Bali..


DAY 3

Hari ke 3 ni merupakan hari terakhir di Pulau Bali. Jadi destinasi di awal pagi ialah Pantai Kuta. Suasana di awal pagi memang nyaman, tenang je tengok air laut. Tak sampai 5 minit berjalan kaki di tepi pantai dari tempat penginapan kami. Dekat sangat. Cuma bila guna kenderaan, sangat jauh. 

Destinasi 1 : Pantai Kuta


Pagi - pagi lagi kat pantai Kuta ni aktiviti utama yang Cik Myiesha tengok ialah bersenam. Ramai juga Bule  yang jogging pagi - pagi ni. Tak kurang juga dengan rakyat tempatan. Aktiviti lain berenang dan surfing. Memang tidak hairan la ramai warga asing ke sini kerana ombaknya sangat besar. Sesuai bagi penggemar papan luncur  untuk beriadah. Sempat juga kami bergambar di Discovery Mall cuma tak berkesempatan nak pergi. Kami balik hotel sarapan dan bersiap untuk cek out dan pergi ke destinasi seterusnya sebelum berangkat pulang ke Sabah.

Destinasi 2 :  Pura Luhur , Ulu Watu 


Setelah cek out jam 10.00 pagi. Kami meneruskan perjalanan ke Ulu Watu. Sampai saja kami di sana dalam jam 11 pagi. Untuk masuk ke kawasan ini , pengunjung dikenakan bayaran sebanyak Rp 20000 seorang. Setiap pengunjung akan diberikan kain untuk dipakai di pinggang. Awas, sebelum anda berjalan masuk menuju ke Pura Luhur, hati - hati dengan  Monyet. Monyet di sini sangat mesra dan berani mendekati pelancong. Barang - barang seperti beg dan kaca mata adalah sasaran utama monyet - monyet di sini. Para pengunjung dinasihatkan agar sentiasa berhati - hati  dan dilarang memberi makan haiwan tersebut. Kawasan pura ini sangat luas. Panorama yang menarik kerana berhadapan dengan laut. Namun, memandangkan penerbangan kami sebelah petang, jadi kami tidak berkesempatan melihat " Tarian Kecak" yang bermula jam 5 petang  hingga jam 7 malam. Setelah 1 jam berjalan - jalan di kawasan ini kami pun bergerak ke lapangan terbang. 

Kami sampai di lapangan terbang awal sedikit kerana  pemeriksaan visa dan pasport serta bagasi oleh pihak imigresen di sana. Sempat juga kami bergambar bersama Pak Ujang. Jumlah bayaran pengangkutan kami selama 3 hari 2 malam ialah Rp 700000 ribu iaitu RM 210 ringgit.  Diharap catatan perjalanan Cik Myiesha ini menjadi panduan kepada para pelancong untuk melawat ke pulau Bali. Sampai jumpa lagi di destinasi percutian Cik Myiesha seterusnya....Selamat berpuasa.. 






Saturday, June 13, 2015

Bali , Paradise On Earth ( PART 2 )


DAY 2 

Assalamualaikum semua pembaca kesayanganku.. Tak nak cerita banyak.. Explorasi Bali bermula hari ini . Awal pagi dah bangun, jam 7.00 pagi kami breakfast di Hotel Hard Rock Bali.. Makanannya semua ok.. Tak banyak pilihan sangat. Cuma, pemandangan tempat makan dan kolam  sangat menarik. Hilang stress.. Cantik sangat pemandangan kat dalam ni..



Selesai breakfast kami check out dalam jam 9.00 pagi. Pak Ujang sudah menanti kami di luar hotel untuk membawa kami ke destinasi pertama iaitu Kitamani. Perjalanan ke Kitamani mengambil masa 2 jam. Sepanjang perjalanan tu kami melihat pemandangan sekitar Bali, ladang dan sawah padi. Walaupun destinasi utama kami ke Kitamani, Namun, kami sempat singgah di Tegallalang dan Bali Cofee. Kiranya jalannya sama kata Pak Ujang.



Destinasi 1 :  Padi Bukit Tegallalang

Kawasan Padi Bukit di Tegallalang merupakan ikon wajib dikunjungi para pelancong. Kawasan ini terletak 5 km di utara Ubud. Padi disini ditanam di petak - petak sawah berbentuk teres di lereng - lereng bukit. Rasa kagum dengan kesungguhan para petani di sini mengusahakan padi bukit mereka.



Destinasi 2 : Alam Bali Agriculture (Luwak Cofee and Natural Spices)


Kopi Luwak sinonim dengan musang yang memakan biji kopi.Tak sangka Pak Ujang membawa kami ke tempat ini.Mula - mula tu Cik Myiesha pelik sebab dalam senarai awal kami tak ada pula melawat Ladang Kopi.Akan tetapi , Pak Ujang menerangkan semua pelancong akan dibawa ke sini. Kiranya tempat ni wajib pergi selain ke Kitamani. Ladang ini terletak di Desa Sebatu, Gianyar Bali dalam kawasan Tegallalang.




Setibanya kami di sana, layanan diberikan cukup baik. Kami masuk ke kawasan ladang dan diberikan penerangan ringkas oleh pekerja di sana tentang hasil tanaman ladang mereka selain perusahaan kopi. Antara hasil pertanian yang diusahakan adalah koko , herba dan rempah ratus. Paling seronok dapat berjumpa dengan En Luwak.Musang yang comel tetapi kuat tidur. Hehehe. Menurut pekerja di sana, musang ini akan tidur di sebelah siang dan aktif di malam hari. Kami juga sempat melihat proses membuat kopi. Kopi luwak ini adalah daripada najis luwak. Mula - mula tu Cik Myiesha ragu - ragu nak minum, tetapi apabila melihat sendiri proses pembikinan kopi tersebut barulah Cik Myiesha faham yang diambil hanyalah biji kopi di dalam cengkerangnya sahaja. Yang bahagian luar dibuang. Cukup bersih dan proses memanggang biji kopi juga dibuat secara tradisional.  Kami merasa kesemua 8 jenis kopi termasuk Kopi Luwak dan Kopi Jantan.Jangan risau, semuanya percuma kecuali Kopi Luwak dan Kopi Jantan iaitu Rp 50000 secawan. Sebelum ke destinasi seterusnya, kami membeli ole-ole serbuk kopi Bali Mangosteen atau Kopi Manggis berharga Rp 180 000 sepaket.


Destinasi 3 : Kitamani (Gunung Batur)

Kami sampai di Kitamani waktu zohor. Jadi, sempatlah menunaikan solat di surau yang disediakan bersebelahan restoren sebelum makan tengah hari.Tempat makan kami ialah di Restoren Batur Sari.Pelbagai jenis makanan disediakan  ala buffet. Harga sangat murah iaitu sekitar Rp 121000 sahaja. Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak restoren cukup baik. Kedinginan suasana di sini begitu nyaman dengan tempat makan yang menarik dan selesa berlatar belakangkan Gunung Batur.Panorama yang cukup indah.



Gunung Batur merupakan gunung berapi yang masih aktif selain Gunung Agung di Bali . Ketinggiannya adalah 1717 meter dari paras laut. Gunung ini pernah meletup pada tahun 1917. Walaupun gunung ini masih aktif, ianya tetap menjadi tempat kunjungan para pelancong melakukan aktiviti hiking. Gunung ini juga bersebelahan dengan Tasik Batur. Suasana di atas kawasan kitamani ini sejuk dan terdapat deretan gerai jualan serta ramai para peniaga berjalan - jalan mencari pelanggan. Antara hasil jualan mereka ialah kraftangan , buah - buahan dan cenderahati.Kami tidak membeli ole - ole di sana kerana takut kesuntukkan masa untuk ke Tanah Lot. Jadi kami hanya membeli cenderahati di Tanah Lot dan Krisna sahaja selain perbandingan harga disana lebih murah. 


Destinasi 4 : Tanah Lot (Pura Tanah Lot)






Tepat jam 4 petang kami tiba di Tanah Lot setelah melalui jalan yang berbukit . Tanah Lot atau Tanah didalam Laut adalah tempat pelancongan yang menarik. Syukur air tak pasang di waktu petang jadi kami dapat menyeberang laut dan melihat secara dekat Pura di sini. Menurut Pak Ujang keunikan Batu iaitu Pura itu ialah terdapat sumber air tawar di dalamnya dan dijaga oleh seekor ular . Agak mustahil kan di kawasan laut ada sumber mata air tawar.  Keajaibannya dunia. Inilah menjadi kepercayaan masyarakat Hindu Bali disini dan mereka akan bersembahyang di Pura ini. Namun, para pelancong tidak dibenarkan masuk ke kawasan pura. Di dalam kawasan ini juga terdapat beberapa Pura lain selain Pura Tanah Lot. Di sini kami sempat membeli 2 helai pakaian dan harganya cukup murah sekitar Rp 80 000 sahaja. Tiket masuk ke Tanah Lot  sebanyak Rp 30000 seorang dan Rp 5000 untuk parking kereta sahaja. Perut pun dah berbunyi jadi kami meneruskan perjalanan ke Jimbaran.

Destinasi 5 : Jimbaran Bay




Fuhh... jam menunjukkan 6 petang. Nasib la Pak Ujang ni jenis muka ceria dan peramah. Beliau terus menghantar kami ke Restoren Kampoeng Seafood. Pelayan di sana memang baik sekali. Kami sampai terus mereka bawa ke meja makan di bahagian tepi pantai.Cantik sungguh pemandangan di sini.Jika bernasib baik dapatlah tengok sunset. Sambil makan , kami disajikan dengan persembahan Tarian Tradisional Bali selain kumpulan penyanyi jalanan beserta alat muzik dan berpakaian tradisi suku Bali yang berjalan di setiap meja pelanggan untuk menghiburkan tetamu dengan bayaran berpatutan. Dari segi pakej makanan memang menarik cuma harga lebih kurang macam kita makan kat Restoren Seafood di Malaysia. Jadi kepada semua sedia duit lebih sikit walaupun mahal tapi cukup berbaloi makanan kat sini.



Pakej makanan yang disediakan ada dua iaitu Romantic Set Dinner untuk 2 orang (Rp 875000) dan  Family set Menu  untuk 4 orang (Rp 1, 560000) . Makanan boleh ambil di dalam pakej yang tersedia atau pengunjung boleh memilih hidangan sendiri di bahagian dalam restoren. Kesemua seafood dan sayur - sayuran yang disediakan fresh.Yang penting sedap. Kami ambil set Romantic.. kira harga kat malaysia dalam RM 320 ringgit sahaja termasuk gov tax mereka sebanyak 21%. Paling aku suka makan Ketam dengan Lobster. Ketam dia senang nak kopek dan lembut. Cik Myiesha bagi 5 bintang.

Destinasi 6 : Krisna dan Discovery Kartika Plaza Hotel Bali 




Setelah selesai makan malam, kami terus dibawa ke Krisna . Kedai ini dibuka 24 jam dan terdapat pelbagai jenis cenderahati dijual disini. Kedai ini memang para pelancong akan pergi dan memborong cenderahati. Paling bagus terdapat perkhidmatan membungkus barang yang dibeli terletak di bahagian luar premis ini dengan harga Rp 7000 sekotak. Kaedah pembungkusan yang kemas dan senang dibawa ketika menaiki kapal terbang. Kat sini kami ambil masa selama 2 jam. Maklumlah perempuan kalau tak shopping tak sah. Fuhh Cik Myiesha habiskan sebanyak Rp 500000. Sempat juga beli satu lukisan nanti nak lekat kat rumah..hehehe..Kenangan di Bali.Setelah selesai, kami dibawa ke Hotel.  Hotel ini 5 bintang. Setibanya di sana kami dilayan dengan baik. Siap bagi minum jus percuma sementara menunggu cek in.. EWah, kawasan Hotel ni berdekatan dengan Discovery Mall. Cuma kami penat sangat jadi tak sempat nak berjalan kat Mall tu walaupun dekat sangat sebelah jer....huhu..Alamatnya berehat jer kat bilik.. Biliknya cukup luas dan selesai. Sesuai jika yang bercuti bersama keluarga. Esok dah nak balik Malaysia.. Alhamdulilah kami melawat banyak tempat hari ini, jadi esoknya tinggal satu tempat sahaja sebelum terbang ke Sabah.. 

(Sambungan di entri seterusnya  PART 3)







Thursday, December 19, 2013

Travelog Indonesia : Trip to Jakarta : Day 5 and 6 (Part 1 n 2)



PART 1 (DAY 5)

 Ok, hari ni nak cerita pula tentang Jakarta. Cik Myiesha bertolak dari Bandung jam 7.15 minit pagi. Perjalanan ke  Jakarta dari Bandung mengambil masa 2 jam. Kiranya kat sini tak re Cik Myiesha duduk lama - lama dalam Kereta Api. Cik Myiesha beli tiket dengan harga 100k dan jangan lupa uols pilih yang eksekutif. Cik Myiesha naik Kereta Api Agro Parahyangan dan berhenti di stesen Gambir jam 10.29 minit pagi.Kali ni sepanjang perjalanan Cik Myiesha tak banyak sangat tidur..nak tengok puas - puas .nanti sayang jer lama kat Indon tak nampak pemandangan yang cantik - cantik ni.. Memang cantik..hijau dan nampak gunung - gunung berapi..Bila dah sampai Jakarta, baru nampak kilang- kilang,  jerebu dan bangunan besar - besar..Cuma tersentuh juga hati Cik Myiesha melihat panorama masyarakat di sana yang kiranya daif di sepanjang perjalanan.. Semoga mereka beroleh rezeki yang banyak.. Amin....


Stesen Kereta Api Bandung

Tiket dah diperiksa..

Datang dah ...


Im here at Monas..

Kalu jogging ni sesuai..pusing - pusing

Tingginye..

aNTIK
sempat bergambar dengan burung merak

Pose...

Ni teksi Blue Bird



Tak sempat masuk UNIQLO Kelapa Gading.. sebab baru buka kat sini 5 Dec.. Huhuhu..

Oklah, setibanya di Jakarta, memang bangunan ...huhu.. banyak tinggi - tinggi ooo...dan sesak.. sama la macam KL, cuma kat sini lagi banyak yang tinggi - tinggi. Cuma paling menang kat sini Macet @ Jem.. So tips kat sini jangan heran sebab jem nye bertingkat - tingkat..hahaha..acah jer tu..nak mengambarkan suasana jem yang teramat teruk.. cuma, pemandu teksinye uols memang handal.. dan kat Malaysia jarang kita dengar bunyi HON kan. Kat sini, lambat sikit HON.. sana sini bunyi HON. dan ada Polis Trafik tak diiktiraf yang handle jalan raya selain pak POLISI..huhuhu..Jakarta ..Oh Jakarta..Tips kat sini, kalu nak jalan - jalan pilihlah teksi Blue Bird.. Kira dijamin dan dia boleh bawa korang kat Jakarta ni..Kami sampai kat Red Top Hotel dalam jam  11 .30 pagi. setibanya di sana, nak cek in, bilik belum siap lagi kena tunggu jam 2 petang. So Cik Myiesha tak buang masa kat sana, simpan barang, terus p kat lobby, ambil teksi. Paling best hotel ni uols ambil k.. Cik Myiesha bagi 5 bintang, sebab dari segi keselamatan tip top, luar dan dalam hotel memang lengkap,  bilik mak ai.. sangat - sangat selesa.Bekpes..huhuhu..Terlebih banyak pilihan dan sodap..So jangan lupa tempah Red Top Hotel bila berada di Jakarta.ala tempat dorang Yazzer dan Hazama menginap ari tu kat Program Cuti - Cuti bersama Air Asia..

Nice room..

Luas lagi..

 Baby donuts....yummy


First tempat yang Cik Myiesha pergi Monas naik teksi Blue Bird..Senang ja cari. Kat lobby hotel.tunggu 4 minit dah sampai..... Uols yang datang kat Jakarta, jangan lupa ke Monas..Kira kat tempat kita KLCC gitu sama KL tower.. Cuma kat sini Monas.. Tangkap gambar jer la yang banyak.. lagipun masa Cik Myiesha kat sana, esoknya dorang ada Festival kat situ.. Ada juga wartawan nak temuramah kami..Huhuhu..Cuma Cik Myiesha tak tau sangat pasal event dorang tu..Cuma kami cakap kami ni pelancong ja dari Malaysia.. Hehehe.. Termiss muka Cik Myiesha masuk TB indon..hehehe..Puas bergambar...  Perjalanan seterusnya   ke Mall Mangga 2.. Huhuhu.. Cik Myiesha ingatkan satu ja Mangga 2 kat sini.. rupanya beranak.. ada dua tiga lagi.. bangunan pun sebelah menyebelah dan besar - besar.. Penot kaki den pusing - pusing.. sampai tak larat... Kiranya sempat tengok barangan kulit ngan makan - makan jer... hasil tinjauan cik Myiesha lebih kurang macam Pasar Baru kat Bandung, cuma kat sini lagi banyak. Dan dia ada bagunannya sendiri, yang Pasar Pagi Mangga 2, Mangga 2 Mall dan ITC Mangga 2... Cuma kalu nak murah dan banyak pegi je Pasar Pagi Mangga 2.. ba..Kalu Mangga 2 mall dan ITC Mangga 2 lebih kepada barang - barang macam kat Malaysia...Jangan lupa explore, bangunan sebelah menyebelah jer uols, jangan sesat sebab besar sangat bangunannyer..

Selesai  terjah Mangga 2, Cik Myiesha pegi Kelapa Gading Shopping Mall. Yang ni jauh lagi.. Boleh Cik Myiesha tertidur - tidur dalam teksi... sebab rasa jauh sangat sedangkan kat Bandar.. disebabkan jem kot..cik Myiesha terlelap.. sampai ja dah malam..Hujan pula tu..huhu.. Yang ni Mall ala - ala Malaysia dan banyak jenama kat sini.. Puas ati.. Pengalaman paling tak dapat dilupakan Cik Myiesha ialah Tandas kat sini.. Huhuhu .. Wangi uols..dan bersih..Kat sini Cik Myiesha shoping perfume ngan baju jer..paling penting JPOP.. ala - ala big Apple kat Malaysia.. cuma yang ni tomel - tomel gitew..selesai makan,  pusing - pusing kami pulang la ke Hotel.. sebab tak larat dah nak explore banyak sangat.. lagipun Hujan Lebat kat Jakarta.. Tips kat sini.. uols jangan jalan kaki..gunakan teksi yer,..sebab jarak antara satu tempat ke tempat yang uols nak pegi tu jauh - jauh..huhuhu..esok nak balik Malaysia dah.. Really - really sedih sebab banyak belum explore.. Insyaallah di lain masa, kita datang lagi..Masa nak balik tu ouls sempat juga sampai Hotel.. dalam jam 9 gitu..syukur la..walaupun sedikit banjir kat jalan menuju ke Hotel..macet memang macet.. hehe ..sampai hotel packing barang dan istirehat..sebab esok flight jam 11 pagi ke KL..so rest cukup - cukup..

Pemandangan waktu subuh... nampak kubah Masjid Istiqlal.Masjid paling besar kat Jakarta..
memuatkan 200 000 orang jemaah dalam satu masa..


PART 2 (DAY 6)

Setelah bersiap.. bangun seawal jam 4 pagi.. kemas tu ini.. selesai semua.. first ly sarapan dulu. sebab free. Jadi Cik Myiesha sarapan kat Oriental Restoren kat bawah lobby.ada 2 restoren kat sini. satu kat bawah di luar, satu kat dalam hotel. Lepas sarapan, naik bilik, rehat sat, then cek out. Ambil teksi jam 7 pagi kat depan hotel.perjalanan ke  Airport ok juga. Cuma jauh r.. paling best tak jem.. tanya driver teksi tu..dia kata akan macet jam 9 pagi ke atas.. syukur sampai awal.Sampai kat airport jam 9. Cek barang, bungkus dan masuk kargo.. so kami pusing - pusing kat airport sementara tunggu jam  Airport ni luas.. puas hati uols pusing - pusing dan lengkap. tempat makan ada kat bawah.kat atas tempat cenderahati. makan dan jalan - jalan...Cek - cek flight delay..sebab hujan lebat kat jakarta..sabar menunggu..  akhirnya jam 12 tghari.. kami terbang balik ke Kuala Lumpur.. sampai kat LCCT.. makan kat MCD, shopping roti gardenia banyak - banyak..then beli perfume..sebab murah..huhuhu..paling penting makan jeruk kedondong kat LCCT sebelum terbang ke Kota Kinabalu jam 6 lebih gitu..sampai KK jam 9 .30 malam... huhuhu..so that all nak share pengalaman kat uols,..sampai jumpa lagi....
Bah baca doa makan ..


Bole juga aku bergambar dengan sangkar burung

The Oriental Cafe.


Merry Christmas..

Muka sembam pagi - pagi..


Pemandangan waktu pagi..

Sebelum masuk kat Balai Berlepas..

Cek Tiket..

Tempat wajib lepak..macam Starbuck..


Ni hasil tangkapan di Indonesia.. bungkus...jangan tak bungkus..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)