DAY 2
Assalamualaikum semua pembaca kesayanganku.. Tak nak cerita banyak.. Explorasi Bali bermula hari ini . Awal pagi dah bangun, jam 7.00 pagi kami breakfast di Hotel Hard Rock Bali.. Makanannya semua ok.. Tak banyak pilihan sangat. Cuma, pemandangan tempat makan dan kolam sangat menarik. Hilang stress.. Cantik sangat pemandangan kat dalam ni..
Selesai breakfast kami check out dalam jam 9.00 pagi. Pak Ujang sudah menanti kami di luar hotel untuk membawa kami ke destinasi pertama iaitu Kitamani. Perjalanan ke Kitamani mengambil masa 2 jam. Sepanjang perjalanan tu kami melihat pemandangan sekitar Bali, ladang dan sawah padi. Walaupun destinasi utama kami ke Kitamani, Namun, kami sempat singgah di Tegallalang dan Bali Cofee. Kiranya jalannya sama kata Pak Ujang.
Kawasan Padi Bukit di Tegallalang merupakan ikon wajib dikunjungi para pelancong. Kawasan ini terletak 5 km di utara Ubud. Padi disini ditanam di petak - petak sawah berbentuk teres di lereng - lereng bukit. Rasa kagum dengan kesungguhan para petani di sini mengusahakan padi bukit mereka.
Destinasi 2 : Alam Bali Agriculture (Luwak Cofee and Natural Spices)
Kopi Luwak sinonim dengan musang yang memakan biji kopi.Tak sangka Pak Ujang membawa kami ke tempat ini.Mula - mula tu Cik Myiesha pelik sebab dalam senarai awal kami tak ada pula melawat Ladang Kopi.Akan tetapi , Pak Ujang menerangkan semua pelancong akan dibawa ke sini. Kiranya tempat ni wajib pergi selain ke Kitamani. Ladang ini terletak di Desa Sebatu, Gianyar Bali dalam kawasan Tegallalang.
Setibanya kami di sana, layanan diberikan cukup baik. Kami masuk ke kawasan ladang dan diberikan penerangan ringkas oleh pekerja di sana tentang hasil tanaman ladang mereka selain perusahaan kopi. Antara hasil pertanian yang diusahakan adalah koko , herba dan rempah ratus. Paling seronok dapat berjumpa dengan En Luwak.Musang yang comel tetapi kuat tidur. Hehehe. Menurut pekerja di sana, musang ini akan tidur di sebelah siang dan aktif di malam hari. Kami juga sempat melihat proses membuat kopi. Kopi luwak ini adalah daripada najis luwak. Mula - mula tu Cik Myiesha ragu - ragu nak minum, tetapi apabila melihat sendiri proses pembikinan kopi tersebut barulah Cik Myiesha faham yang diambil hanyalah biji kopi di dalam cengkerangnya sahaja. Yang bahagian luar dibuang. Cukup bersih dan proses memanggang biji kopi juga dibuat secara tradisional. Kami merasa kesemua 8 jenis kopi termasuk Kopi Luwak dan Kopi Jantan.Jangan risau, semuanya percuma kecuali Kopi Luwak dan Kopi Jantan iaitu Rp 50000 secawan. Sebelum ke destinasi seterusnya, kami membeli ole-ole serbuk kopi Bali Mangosteen atau Kopi Manggis berharga Rp 180 000 sepaket.
Destinasi 3 : Kitamani (Gunung Batur)
Kami sampai di Kitamani waktu zohor. Jadi, sempatlah menunaikan solat di surau yang disediakan bersebelahan restoren sebelum makan tengah hari.Tempat makan kami ialah di Restoren Batur Sari.Pelbagai jenis makanan disediakan ala buffet. Harga sangat murah iaitu sekitar Rp 121000 sahaja. Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak restoren cukup baik. Kedinginan suasana di sini begitu nyaman dengan tempat makan yang menarik dan selesa berlatar belakangkan Gunung Batur.Panorama yang cukup indah.
Gunung Batur merupakan gunung berapi yang masih aktif selain Gunung Agung di Bali . Ketinggiannya adalah 1717 meter dari paras laut. Gunung ini pernah meletup pada tahun 1917. Walaupun gunung ini masih aktif, ianya tetap menjadi tempat kunjungan para pelancong melakukan aktiviti hiking. Gunung ini juga bersebelahan dengan Tasik Batur. Suasana di atas kawasan kitamani ini sejuk dan terdapat deretan gerai jualan serta ramai para peniaga berjalan - jalan mencari pelanggan. Antara hasil jualan mereka ialah kraftangan , buah - buahan dan cenderahati.Kami tidak membeli ole - ole di sana kerana takut kesuntukkan masa untuk ke Tanah Lot. Jadi kami hanya membeli cenderahati di Tanah Lot dan Krisna sahaja selain perbandingan harga disana lebih murah.
Destinasi 4 : Tanah Lot (Pura Tanah Lot)
Tepat jam 4 petang kami tiba di Tanah Lot setelah melalui jalan yang berbukit . Tanah Lot atau Tanah didalam Laut adalah tempat pelancongan yang menarik. Syukur air tak pasang di waktu petang jadi kami dapat menyeberang laut dan melihat secara dekat Pura di sini. Menurut Pak Ujang keunikan Batu iaitu Pura itu ialah terdapat sumber air tawar di dalamnya dan dijaga oleh seekor ular . Agak mustahil kan di kawasan laut ada sumber mata air tawar. Keajaibannya dunia. Inilah menjadi kepercayaan masyarakat Hindu Bali disini dan mereka akan bersembahyang di Pura ini. Namun, para pelancong tidak dibenarkan masuk ke kawasan pura. Di dalam kawasan ini juga terdapat beberapa Pura lain selain Pura Tanah Lot. Di sini kami sempat membeli 2 helai pakaian dan harganya cukup murah sekitar Rp 80 000 sahaja. Tiket masuk ke Tanah Lot sebanyak Rp 30000 seorang dan Rp 5000 untuk parking kereta sahaja. Perut pun dah berbunyi jadi kami meneruskan perjalanan ke Jimbaran.
Destinasi 5 : Jimbaran Bay
Fuhh... jam menunjukkan 6 petang. Nasib la Pak Ujang ni jenis muka ceria dan peramah. Beliau terus menghantar kami ke Restoren Kampoeng Seafood. Pelayan di sana memang baik sekali. Kami sampai terus mereka bawa ke meja makan di bahagian tepi pantai.Cantik sungguh pemandangan di sini.Jika bernasib baik dapatlah tengok sunset. Sambil makan , kami disajikan dengan persembahan Tarian Tradisional Bali selain kumpulan penyanyi jalanan beserta alat muzik dan berpakaian tradisi suku Bali yang berjalan di setiap meja pelanggan untuk menghiburkan tetamu dengan bayaran berpatutan. Dari segi pakej makanan memang menarik cuma harga lebih kurang macam kita makan kat Restoren Seafood di Malaysia. Jadi kepada semua sedia duit lebih sikit walaupun mahal tapi cukup berbaloi makanan kat sini.
Pakej makanan yang disediakan ada dua iaitu Romantic Set Dinner untuk 2 orang (Rp 875000) dan Family set Menu untuk 4 orang (Rp 1, 560000) . Makanan boleh ambil di dalam pakej yang tersedia atau pengunjung boleh memilih hidangan sendiri di bahagian dalam restoren. Kesemua seafood dan sayur - sayuran yang disediakan fresh.Yang penting sedap. Kami ambil set Romantic.. kira harga kat malaysia dalam RM 320 ringgit sahaja termasuk gov tax mereka sebanyak 21%. Paling aku suka makan Ketam dengan Lobster. Ketam dia senang nak kopek dan lembut. Cik Myiesha bagi 5 bintang.
Setelah selesai makan malam, kami terus dibawa ke Krisna . Kedai ini dibuka 24 jam dan terdapat pelbagai jenis cenderahati dijual disini. Kedai ini memang para pelancong akan pergi dan memborong cenderahati. Paling bagus terdapat perkhidmatan membungkus barang yang dibeli terletak di bahagian luar premis ini dengan harga Rp 7000 sekotak. Kaedah pembungkusan yang kemas dan senang dibawa ketika menaiki kapal terbang. Kat sini kami ambil masa selama 2 jam. Maklumlah perempuan kalau tak shopping tak sah. Fuhh Cik Myiesha habiskan sebanyak Rp 500000. Sempat juga beli satu lukisan nanti nak lekat kat rumah..hehehe..Kenangan di Bali.Setelah selesai, kami dibawa ke Hotel. Hotel ini 5 bintang. Setibanya di sana kami dilayan dengan baik. Siap bagi minum jus percuma sementara menunggu cek in.. EWah, kawasan Hotel ni berdekatan dengan Discovery Mall. Cuma kami penat sangat jadi tak sempat nak berjalan kat Mall tu walaupun dekat sangat sebelah jer....huhu..Alamatnya berehat jer kat bilik.. Biliknya cukup luas dan selesai. Sesuai jika yang bercuti bersama keluarga. Esok dah nak balik Malaysia.. Alhamdulilah kami melawat banyak tempat hari ini, jadi esoknya tinggal satu tempat sahaja sebelum terbang ke Sabah..
(Sambungan di entri seterusnya PART 3)