Showing posts with label beauty tips. Show all posts
Showing posts with label beauty tips. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

jangan tak buang..

brand yang berkesan tuk skin, aku dah try ni

Kulit merupakan organ paling besar dalam tubuh badan kita uols...hmm,,..akibat pemakanan dan pelbagai masalah semesta yang berlaku sama ada luar atau dalam badan kita memberikan impak yang negatif terhadap skin kita juga..aisyemen cam aku pakar kecantikan r pulak...huhuhu..namun uols, dengan berbekalkan ilmu ini...sure uols tak rugi...

ILMUNYA ialah... supaya kulit muka kita sentiasa sihat gitu, plus reduce body weight, mai lah kita amalkan berDETOX ...hmm, aku bukan apa uols, perkara ni lama dah aku praktikkan, cuma dulu aku makan kapsul, lepas tu pakai Foot Detox n Now kembali kepada deTox tea,...semuanya berkesan membuang toksin dalam badan

Kebaikkannnya uols, selain mengawal berat badan, dan mencantikkan kulit ianya juga mencegah penuaan..Hmm, jika uols selalu detox maka muka uols makin berseri - seri..tak caya ..uols, try yer...Di samping itu, detox ni mampu membuang toksin jahat dalam usus dan mengeluarkannya dari tubuh, seterusnya usus kita bersih dan sihat serta mampu menyerap nutrien yang baik untuk tubuh badan dan kulit kita..so kepada sesiapa yang nak jaga kesihatan diri plus beautiful like celebrity,...cubalah detox sebelum mengambil apa - apa supplement ..memang mujarab...

Detox For Healthier Skin

Wednesday, March 2, 2011

I Feel Sexy when wear It...

Apa kes sexy sexy ni..Entry mencari wangian yang sepadan..ngan korang..hehehehe..Aku nak share..Mencari minyak wangi yang sepadan dengan diri sendiri tidak la terlalu sukar..namun memerlukan sedikit kepakaran untuk memilihnya..Almaklumlah..kalau dah tersalah pilih , lain jadinya..hehehe..Aku merupakan salah seorang peminat fanatic minyak wangi..Kira asal tak pakai gerenti rasa lain macam aje..Kira ianya satu kemestian bagi diriku…hehehe…Hampir semua orang sukakan pada minyak wangi..sama ada lelaki mahupun perempuan..Namun, adakah masih ragu – ragu untuk mencari minyak wangi yang sesuai..Chanel No.5, Jenifer Lopez Glow, Paris Hilton, Elizabeth Arden..Memang korang penah dengar nama – nama ni..but baunya..korang mesti heran..ada yang kita rasa sedap ada yang lain macem aje…So , aku nak kongsikan cara nak pilih minyak wangi yang sesuai wat anda yang masih lagi ragu – ragu sebab bila shoping aje..payah nak cari yang sesuai ngan body korang…Let Started…

Kiranya kalau korang pegi kedai minyak wangi..example body shop ker…or SASA..mula – mula sembur kan sedikit kat area kulit tangan korang..tunggu sekejap dan hidu balik..sesuai ker tak..bukannye ape..kekadang minyak wangi yang kita hidu terus dari botol mula – mula rasa sedap.bila dah sembur..hmm tuhan aje yang tau..hehehe...actually bila dah pakai ianya akan berubah ikut body chemistry kita..kira bau badan kita tu bercampur dengan minyak wangi tu tadi..bertukar jadi lain..kekadang jadi tak sedap, tegit dan sebagainya. .itulah..kalau korang perasan r kan..bila korang beli minyak wangi yang sama dengan kawan korang cuba tengok bila korang pakai..realitinya baunya menjadi lain..ikut bau badan korang..(^-^)..so before beli..test dulu sembur kat skin korang..tunggu dalam 5 minit…atau ikut korang suka..then hidu balik…(T-T) ….

Yang kedua pula..dalam mencari wangian yang bersesuaian ngan diri korang..bukan sebab jenama nya ker atau korang Fanatik Gila kat actress tu..but kesesuaian bau tersebut dengan body korang dan mampu mempamerkan personality korang sebagai seorang lelaki or wanita or sebagainya..Tak kisahlah korang tak minat kat jenama wangian ni..or pelbagai feedback yang positif dari orang yang memakainya..but bila korang pakai tak mengambarkan diri korang yang sebenar..so..jawapannya ialah TIDAK..MINYAK WANGI TERSEBUT tak sesuai untuk anda…dalam memakai minyak wangi ni..ketrampilan kita akan terserlah..kira macam DIVA la..asal sembur ja..kita jadi enegetic…SPORTY ..SOFT…or..SWEET dan kekadang I FEEL MYSELF SEXY..HOT..uhhh..i like that..betul tak..(^-^)..sebab wangian yang sesuai mengambarkan diri si pemakainya…ada AURA..ba..PEnyeRi bah tu..

Ketiga..kalau nak beli minyak wangi carilah perkataan EAU DE PARFUM..sure memang tahan lama..melekat baunye..kalau Toillette..memang sekejap jer..so cari je perkataan tu..confirm tak rugi membeli but Menang memakai..

Lastly…korang mestilah sentiasa testing wangian – wangian yang baru..misalnya yang ada jual kat pharmacy or outlet – outlet kat Shoping Mall yang bagi sample or tester dan sebagainya..Bukan apa, bagi aku r kat ianya amat memudahkan kita untuk mempelbagaikan pilihan selain bukan hanya tertumpu pada satu – satu bau wangian aje..Pendedahan sebegini..membolehkan kita mencari wangian yang sesuai untuk kita dan bolehlah penuhkan meja solek or almari kita kat rumah tu yer..hehehe…(^-^) …Selain tu korang berpengetahuan la dalam pemilihan wangian yang attract korang so much selain mahir dah dalam pilih minyak wangi untuk hadiahkan SI DIA..or orang yang kita sayangi…(MAK, BAPAK, ADIK, ABANG, SUKU SAKAT, dan SEBAGAINYA)..

Nasihat aku kepada peminat or yang nak mula pakai minyak wangi ni..Belilah dengan bijak..Letaklah jenama mahal mana pun…walaupun badan korang bau macam mr sheep or miss onion..confirm tak hilang jugak..alih – alih pakai yang murah aje or local punye..hilang pulak..so jangan pandang pada jenama or kegilaan korang terhadap wangian tersebut..sebab keluar kat mana – mana tabloid dan magazine..but keserasian @ chemistry….yang local punya pun ada kebaikannya jugak..so, jangan nak berabis beli minyak wangi mahal – mahal alih – alih pakai yang biasa – biasa je…kehekehek..(^-^)..

PSSt.. minyak wangi yang aku Paling Aku SUka dan dah beli..tinggal botol lagi...

Jeniffer Lopez Punya Wangian..like Live,Still, Glow ,Elizabeth Arden Green Tea Exotic.DKNY delicious, Boss, Dolce Gabbana, Paris Hilton, CK in 2U her,Euphoria CK, Gucci, Britney Spear, Butterfly Avon, Far Away Avon, Adidas For Women purple colour, Anna Sui, Versace..etc..kalu nak bagitau semua ..tak le larat sebab aku ni suka wangian..hehehe..(@-@)..

Saturday, February 26, 2011

Bibir Mungil Vs Bibir Seksi..

Bibir ..oh bibir..kenapa bibirku tak seksi..hmm..korang nak kasi seksi bibir ker..kebanjiran pelbagai jenis jenama lipstik..dan bukan setakat lipstik lagi..pembedahan kosmetik untuk besarkan bibir menjadi kegilaan masa kini..mana tak nye..nak inginkan diri tu cantik ..yups ..memang aku akui bab nak cantik ni..sebab aku ni pun fanatik juga dengan produk kecantikan..hehehe..almaklumlah..kecantikan itu hak milik setiap insan..dan wajib sebagai manusia kita ni menjaga ciptaan Allah tu...But , uols tak teringin ke nak jadi macam AJ..dan model - model lain..yang punya bibir seksi plus mungil..sure bole punya..hanya dengan mengunakan lips gloss..confirm..bibir jadi mungil dan seksi gitu..Bagi diri ku..aku gunakan Lipstik Maybelline dan Lip Gloss Lip Ice..memang aku sesuai dengan produk ni ..penah juga aku gatal tangan guna jenama lain..mak oi..colour dia memang superhebz...but..bagi effect kat bibir aku..mula- mula kering lepas tu mengelupas..akhirnya ...cari punya cari..aku serasi dengan Maybeline ni..hehehe..bibir aku tak kering, tak mengelupas dan luka - luka..tu yang aku like sangat..dan dia bagi shining yang natural and sweet..setelah aku applykan lipstik maybeline ni aku kasi highlight dengan lip gloss..sure bibir akan jadi besar dan seksi r ..Aku yang rase..hehehehe..ramai dah aku tengok kat internet ni punye feedback for this two product dan hasilnye super..so ...apa kata uols test..mesti cantek..

Lipstik yang aku guna..Moisture Extreme Roseberry Maybeline dan Lip Gloss dari Lip Ice..cam gambar diatas..

Sunday, February 13, 2011

Oh My God…My Face #$%!!!!!?

(-_-) huhuhu..asal busy ni..mesti cik jer ni kuar..asal banyak berfikir je..mesti cik jer keluar..dia tipu,tipu,tipu aku lagi….heheheh..cik jer,cik jer,cik jer..Opss..malar benor aku sebut jer ja dalam post ni…Jerawat atau Acne..biasalah klu pempuan..memang akan jadi sensitive sama cik Jerawat ni..Nasib cik Siti tak menyingah kat muka ni.hahahaha..Ni kes terlalu banyak keja sehingga mengabaikan muka kesayangan aku ni..

Aku, memang sensitive sangat bab muka,..bukan apa muka adalah tempat orang tengok kita, perhati, n macam – macam lagi..So bila muka tak cantek..ada cik JERAWAT mesti kita tak yakin nak berdepan ngan orang lain kan..(T-T).tambah – tambah bila boIFrend Korang tya..banyaknye jerawat..mesti sakit ati kan..hehehe.n bila dalam keadaan emergency kita nak benda tu hilang cepat ,I gotta tips.

So, aku nak share tips menghilangkan Acne dengan cara terpantas..aku aplikasi juga benda ni .Hopefully it’s work..Tempoh masa yang telah diuji : satu malam.klu tak hilang juga sure, korang p jumpa doctor minta advise kat dia k.Tips ini didapati dari nenek aku, member aku dan dari sumber – sumber dermatology..

PERINGATAN

But u all yang nak try aplikasi benda ni , kena tau dulu sama ada masalah jerawat korang dari kosmetik ker atau alergi makanan or something.Klu bukan dari benda tu, korang boleh try n bergantung pada kulit muka juga.sebab kulit korang n aku ni tak sama..kira macam TRY AND ERROR LA..bila dah bertemu dengan yang sesuai..JUST GUNA YANG TU JER..SURE MUKA U ALL MARVELOUS…(^-^)

NEED TO DO :

1. Jangan picit jerawat dengan tangan anda.Ingat, makin teruk jerawat korang dan bekas jerawat tu lambat nak hilang dan jadi permukaan planet MARIKH nanti..

2. Cuci Muka sebelum tidur.lepas cuci muka keringkan dengan tuala kering k .jangan biarkan kosmetik melekat kat muka..Pori – pori kat muka kita tu nak juga bernafas..kecian..klu nak pakai krim malam atau krim jerawat ..boleh guna..carilah yang bersesuaian..

3. Ubat gigi..hmm,bukan guna untuk gigi ja tau,tuk jerawat pun berkesan.Caranya, basuh muka ngan pembersih muka dan keringkan dengan tuala.Lepas tu letakkan tooth paste tu pada muka yang ada jerawat jer k.bukan 1 muka korang letak..sure jadi lain nanti..bawa tido k.sok pagi basuh..sure dia kecut..

4. Juice Lemon..letak kat muka sebelum korang tidur.esok pagi basuh macam biasa..k

5. Orang putih pula selalu guna minyak lavender..berkesan ke..aku tak pernah lagi.Tapi dermatology kata safe n effective..caranye sama juga, letak kat Miss Jerawat tu dan bawa tidur..sok pagi tengok muka korang k..jgn lupa basuh muka.

6. Petua Nenek aku pula letak putih telur kat jerawat..memang berkesan.buat macam mask yer..tempel kat muka, n basuh apabila kering..

7. Serbuk kayu manis mix with honey..credit to EHow..buat macam paste,lepas tu korang letak kat tempat bermasalah pada muka..bawa tidur n bisuk pagi basuh muka macam biasa..Cuma benda ni boleh mengotorkan bantal .so , sebagai langkah awal, lapikkan tuala kat bantal korang, sure tak payah korang sental sarung bantal besok pagi…(^-^).

Aku harap tips ni dapat di share with u all..klu nak tambah..boleh..tambah aje la..lagi aku suka…

“Cantik itu Hak MILIK setiap INSAN..”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)