Tuesday, May 26, 2015

Run Baby Run (Part 2) Klik Klik Bersama Borneo Marathon



Alhamdulilah... lama juga masa berlalu... sekarang dah 26 Mei 2015.. Kaki dah baik dah.. badan dah beransur sihat.. alhamdulilah... sekarang masa nak wat kerja .. nak selesaikan tugas  dan bercuti.. Almaklumlah nak cuti sekolah.. Korang bercuti kat mana.. ? Cik Myiesha pun nak bercuti.. tapi surprise.. nantikan di post akan datang...

Klik --Klik tu merujuk kepada Run Baby Run (Borneo International Marathon) Cik Myiesha ari tu.. ada r booking tuk gambar masa lari kunun..sebagai kenang - kenangan.. jadi cik Myiesha nak kongsi gambar tu kat sini walaupun tak berapa cun...(fefelin muka Che Ta ketika berlari)..Hahaha..

Jadi kepada yang berminat  atau tempahan photography ka.. bole book rapidshutter ..letih sangat muka tu Cik Myiesha..







Monday, May 4, 2015

Borneo International Marathon... Run Baby Run...


Assalamualaikum...wbt..

Sebelum bermulanya 21km marathon di Stadium Likas

Baru semalam Cik Myiesha melalui saat manis dan sekarang saat sakit kaki.... 3 Mei  2015 merupakan kali ke 2 Cik Myiesha mengikuti 21km  Borneo International Marathon di Stadium Likas, Kota Kinabalu.



 AP Runners Friends..

Tak banyak sangat foto yang dikongsi bersama rakan - rakan AP Runners yang lain... Cuma berlari pada jam 5.00 amat menyeronokkan.. 1km pertama kami disajikan dengan pukulan gendang ... 7 km seterusnya sorokan sukarelawan dan music yang best.. tak juga terasa kaki sakit semasa berlari..



Me.. dengan medal 21km

Saat paling tenat bila masuk menaiki bukit UMS selepas melalui Padang Kawat UMS.. huhu.. sabar ja la...Trust Yourself .. You can do it .. Yup..betul .. Mental kena kuat..kalau tak,.. Hancus..
Akhirnya berjaya...
Persediaan 1 hari sebelum larian

Sekitar jam 7.00 pagi Cik Myiesha berada di luar kawasan UMS menuju ke Stadium.. 17km tu..hmm.. dah rasa dah... krem.. lari - lari anak je.. Fokus nak sampai sebelum 3 jam 30minit...




42 km runners bermula jam 3.00 pagi.. huhu..awalnya..

Masa 3km terakhir.. fuhh.. kena push myself...Sabar ja.. walaupun sakit tetap berlari sehingga ke garisan penamat..Alhamdulilah.. 3 j 15 minit Cik Myiesha sampai juga akhirnya.. Amin..

Sekarang Cik Myiesha tengah berehat.. sakit kaki..yang penting dah berakhir.. so next marathon will coming soon. Nantikan..






Tuesday, April 28, 2015

Run Baby Run...Borneo International Marathon.. Here I Come..

Assalamualaikum... hmm.. lama tak update. jadi malam ni Cik Myiesha gatal juga nak update.. Ni disebabkan penangan BIM..What is BIM.. Ok.. For uols yang tak aktif dalam aktiviti berjogging, Bim adalah Borneo International Marathon yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 3 Mei 2015.. huhu.. 6 hari lagi uols.. bergetar lutut Cik Myiesha.. sebabnya tak de persediaan sangat.. 21km tu.. huhuhu...half marathon.. Harapan Cik Myiesha tak r tinggi sangat.. asalkan selesai lari sampai finishing line.. Alhamdulilah...

Ok ni Cik Myiesha nak share laluan yang Cik akan lalui nanti...


Doakan Cik Myiesha semoga berjaya..


Thursday, March 19, 2015

Program Linus Tegar (Program MISSING)

Assalamualaikum semua... hi uols... lama dah cik myiesha tak jenguk belog ni.. Kali ni cerita cik myiesha tentang Program Missing. Macam misi mencari MH370 . Tak le.. Misi  melawat rumah - rumah murid Linus... Baiklah,buat pengetahuan uols semua : Program Missing adalah program yang diwujudkan  untuk membantu murid – murid LINUS TEGAR yang bermasalah pembelajaran dan tidak menguasai Konstruk 1 dan 2 . Melalui program ini, pihak sekolah akan melawat kediaman pelajar murid Linus Tegar dan mengkaji permasalahan persekitaran, sosioekonomi dan latar belakang murid yang berpotensi MBK bagi membuat rujukan doktor pakar di Klinik Kesihatan Kudat. Di samping itu, guru – guru pemulihan dan linus juga akan memberikan penerangan  tentang  KIT CERDIK  kepada ibu bapa serta mewujudkan satu sudut mini pembelajaran di rumah. 

Objektif Program Missing
 
              Melihat sosio ekonomi murid yang bermasalah dalam pembelajaran di sekolah.
              Mengenalpasti masalah pembelajaran di rumah.
              Mengkaji latar belakang murid.


Inilah murid - murid saya
Alhamdulilah...akhirnya berjaya juga menjejaki beberapa orang pelajar Linus ( Tegar ) yang akan dibawa membuat pemeriksaan di KKIA..Pengisian program lebih kepada bantu membantu antara ibu bapa dan guru - guru dalam mengatasi Linus Tegar selain memberitahu ibu bapa tentang pemeriksaan MBK di KKIA Kudat.

 Panorama di  Kampung Loro dan Kampung Longgom.. Cantik kan...

Pengalaman memang best, memasuki beberapa buah kampung seperti Kampung Longgom, Kg Andab, Kg Kimihang dan Kg Loro. Dan paling best , kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di jambatan gantung dan di pantai...


Terima kasih kepada rakan - rakan yang menjayakan program ini , terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitu Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hem, Penyelaras Linus dan Penyelaras Linus Bahasa Inggeris..

Perbualan ibu bapa dan penjaga murid  dalam bahasa " Rungus "

Apa la yang budak - budak ni bualkan


Padi adalah salah satu hasil pertanian di kawasan ini








throw back Alliance Bank Marathon

Assalamualaikum pembaca setia semua...Kali ni cik myiesha nak update pasal Alliance Marathon yang cik myiesha ikuti dalam bulan januari yang lalu.. 18 Januari 2015... Masa ni cik myiesha jumpa new friend..hehehe.. semua cik Puan dah yer.. Tapi tetap maintain juga dorg ni.. Almaklumlah laki - laki dorg pun runners juga (AP RUNNERS TEAM).....


 Muka tu punya tembirang... lari pun semput..apa macam ni.. baru 12km.. 
BIM 21km apa kes ni Cik Myiesha..


Larian ni 12km .. cuma awal - awal tu cik myiesha bole r tahan lagi dalam 3 km pertama tanpa henti.. nah , lepas tu udah datang semput.. sekejap lari sekejap jalan.. Tapi semangat tu tetap kuat.. apa tidaknya, semua runners yang lain bagi semangat.. thanks guys..


Meet my new friends.. Isteri - isteri Team AP RUNNERs

Akhirnya sampai juga ke garisan penamat dan dapat medal .. Paling siok marathon ni sebab ada pertandingan mengubah kek, cabutan tiket bertuah .. Makan pun kena bagi kupon uols.. jadi kita tinggal pilih ja gerai mana ..

Itu ja yang dapat dikongsikan .. nanti larian akan datang cik myiesha kongsi lagi kat sini k..Luv U all..Muaah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)