Selamat malam semua.. malam ni Cik Myiesha berkongsi resepi yang senang dan mudah.. Kiranya nak hilangkan bosan boleh buat resepi ni.. Semudah A.B dan C.. sebab apa.. kita guna MAGGI.. siapa tak tau maggi.. ntah la sebab cik Myiesha rasa budak kecik pun reti dengan Maggi apa lagi yang dah tua..
Oleh kerana, asyik resepi maggi , tuang air panas, tambah telur dan sayur - sayur.. Kali ni kita tukar sikit. tak nak air - air.. kita main goreng - goreng.. The basic thing mesti wajib ada MAGGI..Tuk resepi kali ni cik Myiesha guna MAGGI KARI...
Bahan- bahannya :
1 bungkus Maggi Kari
1 biji telur (dipukul)
Lada merah dihiris
1 ulas bawang merah dihiris
Cara membuatnya :
1. Pukul telur bersama serbuk kari maggi
2. Masukkan lada merah serta bawang merah yang dihiris ke dalam telur tadi.
3.Rebus maggi hingga kembang. Toskan dan buang airnya.
4.Campurkan campuran telur tadi bersama maggi kembang.Gaul rata.
5. Kemudian, panaskan kuali dengan sedikit minyak. (disarankan guna kuali leper).
6. Masukkan kesemua campuran tadi dan ratakan seperti membuat roti canai atau lempeng.
7. Balik - balikkan sekejap.
8. Siap! memang sedap untuk dimakan sekali sekala.
Nota : kalu tak nak guna perisa maggi,boleh juga guna rencah sendiri.. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment