Thursday, March 19, 2015

Program Linus Tegar (Program MISSING)

Assalamualaikum semua... hi uols... lama dah cik myiesha tak jenguk belog ni.. Kali ni cerita cik myiesha tentang Program Missing. Macam misi mencari MH370 . Tak le.. Misi  melawat rumah - rumah murid Linus... Baiklah,buat pengetahuan uols semua : Program Missing adalah program yang diwujudkan  untuk membantu murid – murid LINUS TEGAR yang bermasalah pembelajaran dan tidak menguasai Konstruk 1 dan 2 . Melalui program ini, pihak sekolah akan melawat kediaman pelajar murid Linus Tegar dan mengkaji permasalahan persekitaran, sosioekonomi dan latar belakang murid yang berpotensi MBK bagi membuat rujukan doktor pakar di Klinik Kesihatan Kudat. Di samping itu, guru – guru pemulihan dan linus juga akan memberikan penerangan  tentang  KIT CERDIK  kepada ibu bapa serta mewujudkan satu sudut mini pembelajaran di rumah. 

Objektif Program Missing
 
              Melihat sosio ekonomi murid yang bermasalah dalam pembelajaran di sekolah.
              Mengenalpasti masalah pembelajaran di rumah.
              Mengkaji latar belakang murid.


Inilah murid - murid saya
Alhamdulilah...akhirnya berjaya juga menjejaki beberapa orang pelajar Linus ( Tegar ) yang akan dibawa membuat pemeriksaan di KKIA..Pengisian program lebih kepada bantu membantu antara ibu bapa dan guru - guru dalam mengatasi Linus Tegar selain memberitahu ibu bapa tentang pemeriksaan MBK di KKIA Kudat.

 Panorama di  Kampung Loro dan Kampung Longgom.. Cantik kan...

Pengalaman memang best, memasuki beberapa buah kampung seperti Kampung Longgom, Kg Andab, Kg Kimihang dan Kg Loro. Dan paling best , kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di jambatan gantung dan di pantai...


Terima kasih kepada rakan - rakan yang menjayakan program ini , terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitu Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hem, Penyelaras Linus dan Penyelaras Linus Bahasa Inggeris..

Perbualan ibu bapa dan penjaga murid  dalam bahasa " Rungus "

Apa la yang budak - budak ni bualkan


Padi adalah salah satu hasil pertanian di kawasan ini








1 comment:

Unknown said...

As salam..terima kasih utk perkongsian ini... saya nak try apply kan program ni kt skola sy bole? N bole saya tau KIT CERDIK tu cmne?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)