Saturday, June 20, 2015

Bali, Paradise On Earth (PART 3)


Assalamualaikum,, para pembaca semua.. selamat menunaikan ibadah puasa ...Alhamdulilah kita berada di bulan ramadan yang penuh barakah. Ok sekarang Cik Myiesha nak sambung cerita terakhir di Bali..


DAY 3

Hari ke 3 ni merupakan hari terakhir di Pulau Bali. Jadi destinasi di awal pagi ialah Pantai Kuta. Suasana di awal pagi memang nyaman, tenang je tengok air laut. Tak sampai 5 minit berjalan kaki di tepi pantai dari tempat penginapan kami. Dekat sangat. Cuma bila guna kenderaan, sangat jauh. 

Destinasi 1 : Pantai Kuta


Pagi - pagi lagi kat pantai Kuta ni aktiviti utama yang Cik Myiesha tengok ialah bersenam. Ramai juga Bule  yang jogging pagi - pagi ni. Tak kurang juga dengan rakyat tempatan. Aktiviti lain berenang dan surfing. Memang tidak hairan la ramai warga asing ke sini kerana ombaknya sangat besar. Sesuai bagi penggemar papan luncur  untuk beriadah. Sempat juga kami bergambar di Discovery Mall cuma tak berkesempatan nak pergi. Kami balik hotel sarapan dan bersiap untuk cek out dan pergi ke destinasi seterusnya sebelum berangkat pulang ke Sabah.

Destinasi 2 :  Pura Luhur , Ulu Watu 


Setelah cek out jam 10.00 pagi. Kami meneruskan perjalanan ke Ulu Watu. Sampai saja kami di sana dalam jam 11 pagi. Untuk masuk ke kawasan ini , pengunjung dikenakan bayaran sebanyak Rp 20000 seorang. Setiap pengunjung akan diberikan kain untuk dipakai di pinggang. Awas, sebelum anda berjalan masuk menuju ke Pura Luhur, hati - hati dengan  Monyet. Monyet di sini sangat mesra dan berani mendekati pelancong. Barang - barang seperti beg dan kaca mata adalah sasaran utama monyet - monyet di sini. Para pengunjung dinasihatkan agar sentiasa berhati - hati  dan dilarang memberi makan haiwan tersebut. Kawasan pura ini sangat luas. Panorama yang menarik kerana berhadapan dengan laut. Namun, memandangkan penerbangan kami sebelah petang, jadi kami tidak berkesempatan melihat " Tarian Kecak" yang bermula jam 5 petang  hingga jam 7 malam. Setelah 1 jam berjalan - jalan di kawasan ini kami pun bergerak ke lapangan terbang. 

Kami sampai di lapangan terbang awal sedikit kerana  pemeriksaan visa dan pasport serta bagasi oleh pihak imigresen di sana. Sempat juga kami bergambar bersama Pak Ujang. Jumlah bayaran pengangkutan kami selama 3 hari 2 malam ialah Rp 700000 ribu iaitu RM 210 ringgit.  Diharap catatan perjalanan Cik Myiesha ini menjadi panduan kepada para pelancong untuk melawat ke pulau Bali. Sampai jumpa lagi di destinasi percutian Cik Myiesha seterusnya....Selamat berpuasa.. 






Saturday, June 13, 2015

Bali , Paradise On Earth ( PART 2 )


DAY 2 

Assalamualaikum semua pembaca kesayanganku.. Tak nak cerita banyak.. Explorasi Bali bermula hari ini . Awal pagi dah bangun, jam 7.00 pagi kami breakfast di Hotel Hard Rock Bali.. Makanannya semua ok.. Tak banyak pilihan sangat. Cuma, pemandangan tempat makan dan kolam  sangat menarik. Hilang stress.. Cantik sangat pemandangan kat dalam ni..



Selesai breakfast kami check out dalam jam 9.00 pagi. Pak Ujang sudah menanti kami di luar hotel untuk membawa kami ke destinasi pertama iaitu Kitamani. Perjalanan ke Kitamani mengambil masa 2 jam. Sepanjang perjalanan tu kami melihat pemandangan sekitar Bali, ladang dan sawah padi. Walaupun destinasi utama kami ke Kitamani, Namun, kami sempat singgah di Tegallalang dan Bali Cofee. Kiranya jalannya sama kata Pak Ujang.



Destinasi 1 :  Padi Bukit Tegallalang

Kawasan Padi Bukit di Tegallalang merupakan ikon wajib dikunjungi para pelancong. Kawasan ini terletak 5 km di utara Ubud. Padi disini ditanam di petak - petak sawah berbentuk teres di lereng - lereng bukit. Rasa kagum dengan kesungguhan para petani di sini mengusahakan padi bukit mereka.



Destinasi 2 : Alam Bali Agriculture (Luwak Cofee and Natural Spices)


Kopi Luwak sinonim dengan musang yang memakan biji kopi.Tak sangka Pak Ujang membawa kami ke tempat ini.Mula - mula tu Cik Myiesha pelik sebab dalam senarai awal kami tak ada pula melawat Ladang Kopi.Akan tetapi , Pak Ujang menerangkan semua pelancong akan dibawa ke sini. Kiranya tempat ni wajib pergi selain ke Kitamani. Ladang ini terletak di Desa Sebatu, Gianyar Bali dalam kawasan Tegallalang.




Setibanya kami di sana, layanan diberikan cukup baik. Kami masuk ke kawasan ladang dan diberikan penerangan ringkas oleh pekerja di sana tentang hasil tanaman ladang mereka selain perusahaan kopi. Antara hasil pertanian yang diusahakan adalah koko , herba dan rempah ratus. Paling seronok dapat berjumpa dengan En Luwak.Musang yang comel tetapi kuat tidur. Hehehe. Menurut pekerja di sana, musang ini akan tidur di sebelah siang dan aktif di malam hari. Kami juga sempat melihat proses membuat kopi. Kopi luwak ini adalah daripada najis luwak. Mula - mula tu Cik Myiesha ragu - ragu nak minum, tetapi apabila melihat sendiri proses pembikinan kopi tersebut barulah Cik Myiesha faham yang diambil hanyalah biji kopi di dalam cengkerangnya sahaja. Yang bahagian luar dibuang. Cukup bersih dan proses memanggang biji kopi juga dibuat secara tradisional.  Kami merasa kesemua 8 jenis kopi termasuk Kopi Luwak dan Kopi Jantan.Jangan risau, semuanya percuma kecuali Kopi Luwak dan Kopi Jantan iaitu Rp 50000 secawan. Sebelum ke destinasi seterusnya, kami membeli ole-ole serbuk kopi Bali Mangosteen atau Kopi Manggis berharga Rp 180 000 sepaket.


Destinasi 3 : Kitamani (Gunung Batur)

Kami sampai di Kitamani waktu zohor. Jadi, sempatlah menunaikan solat di surau yang disediakan bersebelahan restoren sebelum makan tengah hari.Tempat makan kami ialah di Restoren Batur Sari.Pelbagai jenis makanan disediakan  ala buffet. Harga sangat murah iaitu sekitar Rp 121000 sahaja. Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak restoren cukup baik. Kedinginan suasana di sini begitu nyaman dengan tempat makan yang menarik dan selesa berlatar belakangkan Gunung Batur.Panorama yang cukup indah.



Gunung Batur merupakan gunung berapi yang masih aktif selain Gunung Agung di Bali . Ketinggiannya adalah 1717 meter dari paras laut. Gunung ini pernah meletup pada tahun 1917. Walaupun gunung ini masih aktif, ianya tetap menjadi tempat kunjungan para pelancong melakukan aktiviti hiking. Gunung ini juga bersebelahan dengan Tasik Batur. Suasana di atas kawasan kitamani ini sejuk dan terdapat deretan gerai jualan serta ramai para peniaga berjalan - jalan mencari pelanggan. Antara hasil jualan mereka ialah kraftangan , buah - buahan dan cenderahati.Kami tidak membeli ole - ole di sana kerana takut kesuntukkan masa untuk ke Tanah Lot. Jadi kami hanya membeli cenderahati di Tanah Lot dan Krisna sahaja selain perbandingan harga disana lebih murah. 


Destinasi 4 : Tanah Lot (Pura Tanah Lot)






Tepat jam 4 petang kami tiba di Tanah Lot setelah melalui jalan yang berbukit . Tanah Lot atau Tanah didalam Laut adalah tempat pelancongan yang menarik. Syukur air tak pasang di waktu petang jadi kami dapat menyeberang laut dan melihat secara dekat Pura di sini. Menurut Pak Ujang keunikan Batu iaitu Pura itu ialah terdapat sumber air tawar di dalamnya dan dijaga oleh seekor ular . Agak mustahil kan di kawasan laut ada sumber mata air tawar.  Keajaibannya dunia. Inilah menjadi kepercayaan masyarakat Hindu Bali disini dan mereka akan bersembahyang di Pura ini. Namun, para pelancong tidak dibenarkan masuk ke kawasan pura. Di dalam kawasan ini juga terdapat beberapa Pura lain selain Pura Tanah Lot. Di sini kami sempat membeli 2 helai pakaian dan harganya cukup murah sekitar Rp 80 000 sahaja. Tiket masuk ke Tanah Lot  sebanyak Rp 30000 seorang dan Rp 5000 untuk parking kereta sahaja. Perut pun dah berbunyi jadi kami meneruskan perjalanan ke Jimbaran.

Destinasi 5 : Jimbaran Bay




Fuhh... jam menunjukkan 6 petang. Nasib la Pak Ujang ni jenis muka ceria dan peramah. Beliau terus menghantar kami ke Restoren Kampoeng Seafood. Pelayan di sana memang baik sekali. Kami sampai terus mereka bawa ke meja makan di bahagian tepi pantai.Cantik sungguh pemandangan di sini.Jika bernasib baik dapatlah tengok sunset. Sambil makan , kami disajikan dengan persembahan Tarian Tradisional Bali selain kumpulan penyanyi jalanan beserta alat muzik dan berpakaian tradisi suku Bali yang berjalan di setiap meja pelanggan untuk menghiburkan tetamu dengan bayaran berpatutan. Dari segi pakej makanan memang menarik cuma harga lebih kurang macam kita makan kat Restoren Seafood di Malaysia. Jadi kepada semua sedia duit lebih sikit walaupun mahal tapi cukup berbaloi makanan kat sini.



Pakej makanan yang disediakan ada dua iaitu Romantic Set Dinner untuk 2 orang (Rp 875000) dan  Family set Menu  untuk 4 orang (Rp 1, 560000) . Makanan boleh ambil di dalam pakej yang tersedia atau pengunjung boleh memilih hidangan sendiri di bahagian dalam restoren. Kesemua seafood dan sayur - sayuran yang disediakan fresh.Yang penting sedap. Kami ambil set Romantic.. kira harga kat malaysia dalam RM 320 ringgit sahaja termasuk gov tax mereka sebanyak 21%. Paling aku suka makan Ketam dengan Lobster. Ketam dia senang nak kopek dan lembut. Cik Myiesha bagi 5 bintang.

Destinasi 6 : Krisna dan Discovery Kartika Plaza Hotel Bali 




Setelah selesai makan malam, kami terus dibawa ke Krisna . Kedai ini dibuka 24 jam dan terdapat pelbagai jenis cenderahati dijual disini. Kedai ini memang para pelancong akan pergi dan memborong cenderahati. Paling bagus terdapat perkhidmatan membungkus barang yang dibeli terletak di bahagian luar premis ini dengan harga Rp 7000 sekotak. Kaedah pembungkusan yang kemas dan senang dibawa ketika menaiki kapal terbang. Kat sini kami ambil masa selama 2 jam. Maklumlah perempuan kalau tak shopping tak sah. Fuhh Cik Myiesha habiskan sebanyak Rp 500000. Sempat juga beli satu lukisan nanti nak lekat kat rumah..hehehe..Kenangan di Bali.Setelah selesai, kami dibawa ke Hotel.  Hotel ini 5 bintang. Setibanya di sana kami dilayan dengan baik. Siap bagi minum jus percuma sementara menunggu cek in.. EWah, kawasan Hotel ni berdekatan dengan Discovery Mall. Cuma kami penat sangat jadi tak sempat nak berjalan kat Mall tu walaupun dekat sangat sebelah jer....huhu..Alamatnya berehat jer kat bilik.. Biliknya cukup luas dan selesai. Sesuai jika yang bercuti bersama keluarga. Esok dah nak balik Malaysia.. Alhamdulilah kami melawat banyak tempat hari ini, jadi esoknya tinggal satu tempat sahaja sebelum terbang ke Sabah.. 

(Sambungan di entri seterusnya  PART 3)







Thursday, June 11, 2015

Senarai Buffet Ramadhan 2015 di Kota Kinabalu


Alhamdulilah.... tup tap... kita akan sampai ke bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan tinggal  8 hari saja lagi...Bulan yang membawa seribu satu makna kepada seluruh umat islam.. Hmm.. paling Cik Myiesha suka bulan ini....yang pertama kita dapat buat solat tarawih... yang kedua.. banyak makanan yang sedap - sedap....huhuhu..

Berikut adalah senarai beberapa hotel yang telah membuat promosi Buffet Bulan Ramadhan kawasan Kota Kinabalu ...Semoga maklumat ini bermanafaat buat semua.. Wassalam

1. Hotel Grand Borneo Kota Kinabalu
    
Bazaar Ramadhan 2015 (17 Jun - 17 Julai 2015 ) Booking num : 088526888  ext 2703
    Harga RM 75 nett . Price inclusive  6 % GST



2. Hotel Promenade Kota Kinabalu 


     Buffet Sungkai di Promenade Cafe . Booking No : 088 -252396 / 265555 Ext 5107


3. Hotel Ming Garden Kota Kinabalu 

  Ramadhan "Berbuka Sambil Beramal" BBQ Buffet Dinner 
(18 Jun - 17 Julai 2015) 
Booking    no : 088 - 528888 ext 6611
  Harga RM 99 Nett ( dewasa) dan RM 49.50 Nett (kanak - kanak)
   Kanak - kanak berumur  4 tahun ke bawah adalah percuma . * Setiap RM 2.00 akan        
   didermakan  kepada Tabung Rumah Anak -  Anak Yatim As- Sakinah Papar.



Wednesday, June 10, 2015

Bali , Paradise On Earth...( PART1 )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca belogku yang disayangi...alhamdulilah , masih lagi dipanjangkan usia ini. Post sebelum ni, Myiesha ada memberitahu kat semua yang Myiesha nak pergi bercuti.... dan akhirnya....hari ni Myiesha nak gitau kat semua yang Myiesha bercuti di Bali pada cuti sekolah kali ini.. Sebenarnya, dah lama Cik Myiesha merancang untuk bercuti ke Pulau Bali.. (dari tahun lepas..asyik tukar tarikh jer)..akhirnya, dapat direalisasikan pada 2 Jun 2015 sehingga 4 Jun 2015 ( 3 hari 2 malam ).. Alhamdulilah.. Percutian  sangat singkat namun sangat bermakna buat Myiesha yang pertama kali berkunjung ke sana.




DAY 1  (2 Jun 2015)





Penerbangan Myiesha ke Pulau Bali pada jam 6.30 petang waktu Kota Kinabalu dan dijangka sampai pada pukul 9 malam waktu Bali. Jangan confuse yer. Waktu Bali dan waktu di Malaysia sama saja. Tak de perubahan masa.. Myiesha sampai kat airport awal.. kira - kira jam 2 petang.. mana dengan jemnya.. Almaklumlah cuti sekolah baru bermula..Semua sibuk nak bercuti bersama keluarga dan orang tersayang..Sementara menunggu masa nak terbang, Myiesha banyak menghabiskan masa dengan melepak kat Restoren Asia di tingkat atas. Sempat juga mengisi perut dengan sajian Nasi Ayam Madu dan Teh O Panas... Perrh.. (berpeluh jugak)..Selepas makan, terus masuk ke Balai Berlepas..Adalah dalam 3 jam menunggu waktu berlepas... Ada juga Myiesha rasa cemas.. sebab hujan lebat kat Kota Kinabalu ni.. huhu.. Alhamdulilah dalam 40 minit hujan berhenti. Nasib baik penerbangan tak delay...Syukur..Tepat jam 6.30 petang. Cik Myiesha berangkat menaiki pesawat Air Asia.



Sepanjang penerbangan ,..punya hati ni berdebar .. kira lama juga kapal terbang ni nak naik.. akibat cuaca yang kurang mengizinkan  serta  hujan di sekitar Kota Kinabalu..Dalam 20 minit jugak..huhu...Hati Myiesha ni Dug Dag ...Syukur semuanya selamat ..Cayalah  En Pilot...Dalam flight teda juga kerja yang Cik Myiesha buat.. makan seperti biasa. Cik Myiesha book siap - siap masa online.. Sandwich aje.... dok main game Farm Ville aje.. sambil tengok - tengok majalah.Nak lelapkan mata susah...2 jam 30 minit berakhir...


Welcome to Paradise

Ting... Kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa  Ngurah Rai Denpasar...Pasangkan Sabuk Pengaman... asimen.. Sabuk Pengaman tu Tali Pinggang Keselamatan tu...Alhamdulilah.. selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa  I Gusti Ngurah Rai Denpasar Bali Indonesia kat area Tuban.Lapangan Terbang ini terletak di Selatan Bali . Untuk pengetahuan semua, lapangan terbang ini merupakan Lapangan Terbang Ke 3 terbaik di dunia dan menerima kadar kedatangan pelancong seramai 15 hingga 25 juta setahun.. Bali merupakan syurga buat  para pelancong. Kiranya lapangan terbang ni masih baru lagi dan sangat besar.





Gambar dulu sebelum ke Hotel

Setelah selesai urusan Visa yang kami isi semasa penerbangan, kami terus ke Bahagian Ruang Ketibaan. Disana Myiesha beli sim kad baru untuk memudahkan perhubungan  sepanjang bercuti di sana. Almaklumlah, Digi tak da...jadi kita pakai Sim Kad simPATI.. 300 ribu rupiah... siap mereka pasang sekali kad handphone.. sementara menunggu , Cik Myiesha melihat nama - nama yang dipaparkan oleh supir - supir.. Macam - macam nama.. akhirnya, nama kami pun ada.. Diperkenalkan Pak Ujang merangkap supir dan pemandu pelancong kami semasa berada di sana.. Pak Ujang merupakan kenalan Pak  Isme Yanto dari Ridloismariotour.com..Cik Myiesha book perkhidmatan ni melalui catatan para blogger yang berkunjung ke Bali.. Mereka kata perkhidmatanya bagus.. Cik Myiesha berwassap jer ngan Pak Isme ni untuk buat tempahan. Mudah dan Cepat. Berminat boleh hubungi no ini (Phone +62 813-3861-4171). 


Luasnya 


Setibanya di parking airport, kami menaiki Avanza dan terus dibawa ke penginapan kami di Hotel Hard Rock Bali..Memang suasana malam kat Bali ni happening... sampai ja di lobi hotel... kami disambut dengan alunan muzik Live Band  di Hard Rock Cafe...Fuhh.. bole tahan...bersebelahan je dengan lobi hotel..Setelah cek in, kami masuk ke bilik dan beristirehat sekejap sebelum mencari makan malam di area Kuta... Paling best Hard Rock ni betul - betul berdepan dengan Pantai Kuta.. Malam kat sini macam siang jer.. Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke sini adalah dari Australia.. "Bule" orang sini bilang..hehe..Jika dilihat dari peta memang Bali dekat dengan Australia, penerbangan pergi dan balik cuma 4 jam saja.. WOW..Kebanyakan dari mereka ni ada yang bercuti, tak kurang pun yang tinggal di Bali selama beberapa bulan. Aktiviti paling mereka gemari Surfing.....


Bilik yang cukup selesa 



Mesti nak bergambar kat sini 


Hard Rock Cafe Bali 

Selepas berehat kurang dari 20 minit.. Kami meneruskan perjalanan di sepanjang Jalan Kuta.. Myiesha teringin nak tengok Beachwalk... Tup tup sampai kat sana dah Tutup..huhuhu.. tengok jam.. dah jam 11 malam oooi.. Beachwalk ni dibuka dari jam 10 pg hingga 10 malam sahaja. Terdapat  banyak brand - brand terkenal kat sini.. paling disukai Victoria Secret.. cuma takda rezeki... ramai yang kata murah kat sini.. Hmm, perut pun dah bunyi... Nak makan kena fikir sebab kat sini banyak yang tak Halal.. Lastly, kami pergi MCD.. alhamdulilah MCD kat sini ada nasi.. kenyang jugak perut ni walaupun penat. Selesai makan, terus kami  pulang ke hotel untuk berehat..ZZZZZ....Esok bermula Explorasi Bali...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)