Saturday, June 20, 2015

Bali, Paradise On Earth (PART 3)


Assalamualaikum,, para pembaca semua.. selamat menunaikan ibadah puasa ...Alhamdulilah kita berada di bulan ramadan yang penuh barakah. Ok sekarang Cik Myiesha nak sambung cerita terakhir di Bali..


DAY 3

Hari ke 3 ni merupakan hari terakhir di Pulau Bali. Jadi destinasi di awal pagi ialah Pantai Kuta. Suasana di awal pagi memang nyaman, tenang je tengok air laut. Tak sampai 5 minit berjalan kaki di tepi pantai dari tempat penginapan kami. Dekat sangat. Cuma bila guna kenderaan, sangat jauh. 

Destinasi 1 : Pantai Kuta


Pagi - pagi lagi kat pantai Kuta ni aktiviti utama yang Cik Myiesha tengok ialah bersenam. Ramai juga Bule  yang jogging pagi - pagi ni. Tak kurang juga dengan rakyat tempatan. Aktiviti lain berenang dan surfing. Memang tidak hairan la ramai warga asing ke sini kerana ombaknya sangat besar. Sesuai bagi penggemar papan luncur  untuk beriadah. Sempat juga kami bergambar di Discovery Mall cuma tak berkesempatan nak pergi. Kami balik hotel sarapan dan bersiap untuk cek out dan pergi ke destinasi seterusnya sebelum berangkat pulang ke Sabah.

Destinasi 2 :  Pura Luhur , Ulu Watu 


Setelah cek out jam 10.00 pagi. Kami meneruskan perjalanan ke Ulu Watu. Sampai saja kami di sana dalam jam 11 pagi. Untuk masuk ke kawasan ini , pengunjung dikenakan bayaran sebanyak Rp 20000 seorang. Setiap pengunjung akan diberikan kain untuk dipakai di pinggang. Awas, sebelum anda berjalan masuk menuju ke Pura Luhur, hati - hati dengan  Monyet. Monyet di sini sangat mesra dan berani mendekati pelancong. Barang - barang seperti beg dan kaca mata adalah sasaran utama monyet - monyet di sini. Para pengunjung dinasihatkan agar sentiasa berhati - hati  dan dilarang memberi makan haiwan tersebut. Kawasan pura ini sangat luas. Panorama yang menarik kerana berhadapan dengan laut. Namun, memandangkan penerbangan kami sebelah petang, jadi kami tidak berkesempatan melihat " Tarian Kecak" yang bermula jam 5 petang  hingga jam 7 malam. Setelah 1 jam berjalan - jalan di kawasan ini kami pun bergerak ke lapangan terbang. 

Kami sampai di lapangan terbang awal sedikit kerana  pemeriksaan visa dan pasport serta bagasi oleh pihak imigresen di sana. Sempat juga kami bergambar bersama Pak Ujang. Jumlah bayaran pengangkutan kami selama 3 hari 2 malam ialah Rp 700000 ribu iaitu RM 210 ringgit.  Diharap catatan perjalanan Cik Myiesha ini menjadi panduan kepada para pelancong untuk melawat ke pulau Bali. Sampai jumpa lagi di destinasi percutian Cik Myiesha seterusnya....Selamat berpuasa.. 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)