Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

MAGGI TELUR ...Relakslah !




 

Selamat malam semua.. malam ni Cik Myiesha berkongsi resepi yang senang dan mudah.. Kiranya nak hilangkan bosan boleh buat resepi ni.. Semudah A.B dan C.. sebab apa.. kita guna MAGGI.. siapa tak tau maggi.. ntah la sebab cik Myiesha rasa budak kecik pun reti dengan Maggi apa lagi yang dah tua..

Oleh kerana, asyik resepi maggi , tuang air panas, tambah telur dan sayur - sayur.. Kali ni kita tukar sikit. tak nak air - air.. kita main goreng - goreng.. The basic thing mesti wajib ada MAGGI..Tuk resepi kali ni cik Myiesha guna MAGGI KARI...




Bahan- bahannya :

1 bungkus Maggi Kari
1 biji telur (dipukul)
Lada merah dihiris
1 ulas bawang merah dihiris

Cara membuatnya :

1. Pukul telur bersama serbuk kari maggi
2. Masukkan  lada merah serta bawang merah yang dihiris ke dalam telur tadi.
3.Rebus maggi hingga kembang. Toskan dan buang airnya.
4.Campurkan campuran telur tadi bersama maggi kembang.Gaul rata.
5. Kemudian, panaskan kuali dengan sedikit  minyak. (disarankan guna kuali leper).
6. Masukkan kesemua campuran tadi dan ratakan seperti membuat roti canai atau lempeng.
7. Balik - balikkan sekejap.
8. Siap! memang sedap untuk dimakan sekali sekala.
Nota : kalu tak nak guna perisa maggi,boleh juga guna rencah sendiri.. Selamat mencuba!




Saturday, October 19, 2013

Resepi Chicken Sausage Cheese Scramble Eggs with French Loaf dan Mushroom Soup



Assalamualaikum uols... Hari ni hari Sabtu..Cuti .. Jadi tengah - tengah rest - rest tu.. or sibuk online jom try resepi simple yang Cik Myiesha wat ni.. Janji mudah, ringkas dan mengenyangkan....  Jom kita start...




Pertama sekali sebelum mula memasak . Pastikan dulu semua bahan - bahan telah lengkap..paling penting roti tu kena ada..Beli kat Giant..tak pun pergi je kat kedai Bakery..memang ada...

Bahan - bahannya :

  • Sausage (ikut suka korang nak pakai berapa)
  • Kraft single cheese
  • Telur 2 biji 
  • 3 sudu butter




  • 1  buku roti french 
  • Campbell mushroom soup
  • mayonise (ikut citarasa anda)



  • Cara membuatnya ;
    1. Potong roti French Loaf secara mengiring.ikut ketebalan roti yang korang suka. Untuk pengetahuan uols. Roti ni keras sedikit.Jadi disyorkan pada semua yang nak buat resepi ni kena potong jangan terlalu tebal sangat.. takut yang tak biasa makan sakit gigi...hehehe..
    2. Selepas itu, sapukan roti dengan butter di kedua - dua bahagian. Ini supaya roti dibakar menjadi garing dan ranggup. tak la hangus.
    3. kemudian, potong sosej ikut potongann dadu dalam saiz yang kecil - kecil.
    4. Pecahkan dua biji telur dan goreng, buat scramble eggs yang telur hancur tu (uols  tambahkan perisa seperti garam , ajinamoto dan lada hitam secukup rasa)... lepas tu kita masukkan sosej yang telah dipotong tadi bersama. goreng dan goreng sehingga masak. tutup api.simpan dalam bekas.
    5. Lepas tu, sesudah sejuk, gaulkan sosej bersama scramble eggs dan mayonise. If suka, masukkan sos cili  secukup rasa.. lagi SEDAP..
    6. Gunakan sudu sederhana, letakkan inti tadi di atas roti french loaf yang disapu butter. Apabila selesai, susun roti di atas dulang pembakar, dan bubuh  cheese di atas roti tadi. Masak dalam 5 hingga 8 minit. sekejap ja. kalu guna oven mungkin 5 minit je.. Cik Myiesha guna kuali..jadi 8 minit. sehingga cheese cair. jangan masak terlalu lama.. Hangus nanti tak sedap..
     
     


     Ini lah hasilnya .......TADAAAAA

     Yang soup ni.. seperti biasa buka tin sup Campbell tu dan panaskan . Ikut arahan kat tin tu yer..dan kalu nak kreatif pandai - pandai la uols tambah untuk kasi sedap.. French Loaf ni sedap makan dengan Sup ni...
    Selamat Mencuba....!!!!!!!






                                                                                                                                     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)