Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

MAGGI TELUR ...Relakslah !




 

Selamat malam semua.. malam ni Cik Myiesha berkongsi resepi yang senang dan mudah.. Kiranya nak hilangkan bosan boleh buat resepi ni.. Semudah A.B dan C.. sebab apa.. kita guna MAGGI.. siapa tak tau maggi.. ntah la sebab cik Myiesha rasa budak kecik pun reti dengan Maggi apa lagi yang dah tua..

Oleh kerana, asyik resepi maggi , tuang air panas, tambah telur dan sayur - sayur.. Kali ni kita tukar sikit. tak nak air - air.. kita main goreng - goreng.. The basic thing mesti wajib ada MAGGI..Tuk resepi kali ni cik Myiesha guna MAGGI KARI...




Bahan- bahannya :

1 bungkus Maggi Kari
1 biji telur (dipukul)
Lada merah dihiris
1 ulas bawang merah dihiris

Cara membuatnya :

1. Pukul telur bersama serbuk kari maggi
2. Masukkan  lada merah serta bawang merah yang dihiris ke dalam telur tadi.
3.Rebus maggi hingga kembang. Toskan dan buang airnya.
4.Campurkan campuran telur tadi bersama maggi kembang.Gaul rata.
5. Kemudian, panaskan kuali dengan sedikit  minyak. (disarankan guna kuali leper).
6. Masukkan kesemua campuran tadi dan ratakan seperti membuat roti canai atau lempeng.
7. Balik - balikkan sekejap.
8. Siap! memang sedap untuk dimakan sekali sekala.
Nota : kalu tak nak guna perisa maggi,boleh juga guna rencah sendiri.. Selamat mencuba!




Sunday, October 27, 2013

Salad Buah - buahan.....




Aiii.....aku bosan hari ni... tak tau nak wat pa..bosan nak menghadap lappy je.. kerja belum lagi settle - settle...Alahai anak omak ni..bila dah bosan tahap gaban ni.. kena cari pengubatnya.. Hmm, hari ni nak wat salad.. Healthy Food ...luv it..Ok, makcik, pokcik,akak,abang, adik comei - comei tu meh sini.. senang jer resepi ni kalu nak cuba..Mai che nak habaq..




Bahan - bahan
1 biji epal hijau
1 biji epal merah
1/2 biji buah tembikai
1 biji buah oren
segugus anggur hijau
1 cawan Yogurt asli



Cara membuat
1. Potong dadu buah - buahan tadi.
2.Gaul rata yogurt dengan semua bahan.
3.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
4. Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan hidangkan. 

Selamat Mencuba..!!!!


Thursday, October 24, 2013

Homemade Kimbab By Myiesha..




Hari ni, cik Myiesha Cuti.. kira cuti merehatkan diri disebabkan terlalu sibuk ngan tugas dan kesihatan yang tak mengizinkan..Alhamdulilah..dapatlah rehat kat rumah...main ngan kucing, serta mencuba resepi baru.. For u info guys.. Cik Myiesha tak pandai wat sushi...tetapi akibat keminatan dengan makan tersebut.. Cik Myiesha try.. Jadi kali ni, cik Myiesha nak berkongsi resepi KIMBAB.. Korean Sushi.. Cik Myiesha baru try bulan lepas.. kira rasanya bole la masuk perut...So, let move to our ingredient for this dish...



Bahan - bahannya :

1 batang lobak
1 batang timun
2 biji telur
2 batang sosej
1 batang baby kailan
2 sudu Sos Cili
2 sudu besar Mayonise
1 sudu kecil lada sulah
1 paket kulit seaweed
3 senduk nasi sejuk yang telah dimasak. Guna beras biasa pun bole.. tak jadi masalah.
dan bahan perasa : Garam secukup rasa je..


Cara membuatnya :

  1. Potong bahan - bahan sayur  kecuali baby kailan dan sosej secara memanjang,.. Kira semua sayur tu potong memanjang.
  2. Goreng telur macam buat telur dadar gitu. Lepas masak angkat dan biarkan sejuk. Potong telur dadar ini secara memanjang.
  3. Rebus setengah masak baby kailan dengan sedikit garam dan lada sula.kemudia toskan dan angkat.
  4. Seterusnya, gaulkan nasi sejuk tadi bersama garam, lada sulah dan mayonise. Gaul sebati dan ketepikan.
  5. Seterusnya, goreng tanpa minyak, bahan - bahan sayuran yang dipotong tadi dan juga sosej. Goreng dalam 2 minit dan angkat.
  6. Sekarang aktiviti menyusun.. bentangkan seaweed di atas papan babu yang boleh didapati di Daiso. harga dalam rm 5 ringgit. 
  7. Kemudian, letakkan nasi di atas seaweed, dan tekan - tekan dan ratakan. Tak perlu banyak. 
  8. lepas tu susun, sayur - sayur , sosej , telur secara memanjang dan letakkan sos cili. Kemudian, gulung...
  9. tadaa..siap.. lepas tu potong ikut suka... macam style potongan kimbab uols..Siap untuk dihidang..











Saturday, October 19, 2013

Resepi Chicken Sausage Cheese Scramble Eggs with French Loaf dan Mushroom Soup



Assalamualaikum uols... Hari ni hari Sabtu..Cuti .. Jadi tengah - tengah rest - rest tu.. or sibuk online jom try resepi simple yang Cik Myiesha wat ni.. Janji mudah, ringkas dan mengenyangkan....  Jom kita start...




Pertama sekali sebelum mula memasak . Pastikan dulu semua bahan - bahan telah lengkap..paling penting roti tu kena ada..Beli kat Giant..tak pun pergi je kat kedai Bakery..memang ada...

Bahan - bahannya :

  • Sausage (ikut suka korang nak pakai berapa)
  • Kraft single cheese
  • Telur 2 biji 
  • 3 sudu butter




  • 1  buku roti french 
  • Campbell mushroom soup
  • mayonise (ikut citarasa anda)



  • Cara membuatnya ;
    1. Potong roti French Loaf secara mengiring.ikut ketebalan roti yang korang suka. Untuk pengetahuan uols. Roti ni keras sedikit.Jadi disyorkan pada semua yang nak buat resepi ni kena potong jangan terlalu tebal sangat.. takut yang tak biasa makan sakit gigi...hehehe..
    2. Selepas itu, sapukan roti dengan butter di kedua - dua bahagian. Ini supaya roti dibakar menjadi garing dan ranggup. tak la hangus.
    3. kemudian, potong sosej ikut potongann dadu dalam saiz yang kecil - kecil.
    4. Pecahkan dua biji telur dan goreng, buat scramble eggs yang telur hancur tu (uols  tambahkan perisa seperti garam , ajinamoto dan lada hitam secukup rasa)... lepas tu kita masukkan sosej yang telah dipotong tadi bersama. goreng dan goreng sehingga masak. tutup api.simpan dalam bekas.
    5. Lepas tu, sesudah sejuk, gaulkan sosej bersama scramble eggs dan mayonise. If suka, masukkan sos cili  secukup rasa.. lagi SEDAP..
    6. Gunakan sudu sederhana, letakkan inti tadi di atas roti french loaf yang disapu butter. Apabila selesai, susun roti di atas dulang pembakar, dan bubuh  cheese di atas roti tadi. Masak dalam 5 hingga 8 minit. sekejap ja. kalu guna oven mungkin 5 minit je.. Cik Myiesha guna kuali..jadi 8 minit. sehingga cheese cair. jangan masak terlalu lama.. Hangus nanti tak sedap..
     
     


     Ini lah hasilnya .......TADAAAAA

     Yang soup ni.. seperti biasa buka tin sup Campbell tu dan panaskan . Ikut arahan kat tin tu yer..dan kalu nak kreatif pandai - pandai la uols tambah untuk kasi sedap.. French Loaf ni sedap makan dengan Sup ni...
    Selamat Mencuba....!!!!!!!






                                                                                                                                     

    Sunday, August 14, 2011

    So full....MyTummy Nak Rest (^-^)

    Tengok edamame yang tinggal,dah tak da isi pun,tinggal kulit je..Nampak sangat orang kita, sebab Chopstick tu hiasan ja..sentuh pun tak..hihihi,jangan mara ye tauke Sushi King, 1 Malaysia bah

    Alhamdulilah...kenyang..hmm, mesti uols dah kepuasan tengok muka kitaorang membantai sushi dan edamame..Ni aksi kekenyangan guinea pig..hikhikhik...i wanna rest..hmm..bulan posa ni makan biar berpada - pada yer...jadi tummy aku kena rest..cayang muahmuah kat tummy.esok ada lagik ker..(*_^) hikhik..ni kena kawal ni...anyway..suatu pengalaman memakan sushi dan edamame..like it very much..jadi kami pun pulang p Tang Dynasty Hotel..i wanna sleep..huhuhu..(-..-)

    So full, muka nak balik Hotel..

    pose terakhir sebelum balik

    Bye ..bye Sushi King.. Ada jodoh , kita jumpa lagik..(^-^)

    Sushi dan Edamame...Yummy..

    Ehem..kita sambung cerita lagik uols...setelah kami bersunset di Tanjung Aru dan berbuka puasa kat sana..hmm, kami nak pulang..Namun, akibat teruja sangat nak try makanan Jepun..Aku kata kat dorang..Jom kita Mamam Sushi..Hehehe..Jadi kitaorang pun parking keta depan 1Borneo...ehehetttttttt..(bunyi break yang tak berapa menjadi)..

    muka kenyang

    Aksi makan lekor kat keta

    Huihu..like a guinea pig..hahaha..Comel apa...mo try Sushi..Kedebus...Cepat jugak kami merayap kat 1B ni..Sampailah Kat Sushi King...Ekkk eleh..Masuk sini kena cakap Jepun Ker..aku tak reti ni..Hahaha..Kelakar sungguh...Mana taknye uols...aku tak penah masuk restoren jepun,,ada sindrom nda biasa gitu.Namun, Cik Ina ni kira pro so dia yang suggest apa...Kira aku duduk n try da food..hehehe..

    Tuan Puteri nak makan apa?

    Aku nak makan apa yang sedap - sedap gitu..hehehe

    (ini hanya dialog semata - mata,in realiti takdapun yang panggil aku puteri..kepunan)

    Taraaa..Nila yang kami orang pick,sebab benda ni berjalan - jalan tak ingat berhenti...hahahaha..paling aku reti antara semua ni nak benda ,.Kekacang..Edamame..very nice..with garlic gitu..Yang lain - lain ni sushi...macam - macam design ada..yang penting celup kat kicapnya dan mamam......perasaan first time ..ada sedikit ragu - ragu..takut tak sedap..nanti karang tak pasal - pasal keluar balik.hahaha..namun, bole jugak tekak aku ni makan Sushi..hehehe...sedap jugak..but sebahagian r..yang jenis pelik - pelik dan rasanya lain, memang aku stop r....Rahsia nye bagi aku la yang first time makan ni, kena makan guna kicap dia tu ada manis dan masin sangat..diikuti oleh edamame...kira tak terkeluar la sushi tu..duk kat tummy trus...

    Alhamdulilah...Akhirnya berjaya juga aku makan sushi sehingga abis..hehe,..4 orang makan ek..bukan aku sorang ja..Namun, pencarian makanan ni bukan berakhir di sini, sebab aku sentiasa akan upload pic - pic makanan..sebab aku suka makan..walaupun kocik..tq my frens, Cik Ina, Cik Zu and Mr Omar..Sebenarnya aku ni just nak rasa je makanan jepun,sedap ke tak..alih - alih cam pulut yang ada inti.kira bole makan jugak...Alhamdulilah..kenyang..Amin

    Adios

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)