Sunday, February 13, 2011

Oh My God…My Face #$%!!!!!?

(-_-) huhuhu..asal busy ni..mesti cik jer ni kuar..asal banyak berfikir je..mesti cik jer keluar..dia tipu,tipu,tipu aku lagi….heheheh..cik jer,cik jer,cik jer..Opss..malar benor aku sebut jer ja dalam post ni…Jerawat atau Acne..biasalah klu pempuan..memang akan jadi sensitive sama cik Jerawat ni..Nasib cik Siti tak menyingah kat muka ni.hahahaha..Ni kes terlalu banyak keja sehingga mengabaikan muka kesayangan aku ni..

Aku, memang sensitive sangat bab muka,..bukan apa muka adalah tempat orang tengok kita, perhati, n macam – macam lagi..So bila muka tak cantek..ada cik JERAWAT mesti kita tak yakin nak berdepan ngan orang lain kan..(T-T).tambah – tambah bila boIFrend Korang tya..banyaknye jerawat..mesti sakit ati kan..hehehe.n bila dalam keadaan emergency kita nak benda tu hilang cepat ,I gotta tips.

So, aku nak share tips menghilangkan Acne dengan cara terpantas..aku aplikasi juga benda ni .Hopefully it’s work..Tempoh masa yang telah diuji : satu malam.klu tak hilang juga sure, korang p jumpa doctor minta advise kat dia k.Tips ini didapati dari nenek aku, member aku dan dari sumber – sumber dermatology..

PERINGATAN

But u all yang nak try aplikasi benda ni , kena tau dulu sama ada masalah jerawat korang dari kosmetik ker atau alergi makanan or something.Klu bukan dari benda tu, korang boleh try n bergantung pada kulit muka juga.sebab kulit korang n aku ni tak sama..kira macam TRY AND ERROR LA..bila dah bertemu dengan yang sesuai..JUST GUNA YANG TU JER..SURE MUKA U ALL MARVELOUS…(^-^)

NEED TO DO :

1. Jangan picit jerawat dengan tangan anda.Ingat, makin teruk jerawat korang dan bekas jerawat tu lambat nak hilang dan jadi permukaan planet MARIKH nanti..

2. Cuci Muka sebelum tidur.lepas cuci muka keringkan dengan tuala kering k .jangan biarkan kosmetik melekat kat muka..Pori – pori kat muka kita tu nak juga bernafas..kecian..klu nak pakai krim malam atau krim jerawat ..boleh guna..carilah yang bersesuaian..

3. Ubat gigi..hmm,bukan guna untuk gigi ja tau,tuk jerawat pun berkesan.Caranya, basuh muka ngan pembersih muka dan keringkan dengan tuala.Lepas tu letakkan tooth paste tu pada muka yang ada jerawat jer k.bukan 1 muka korang letak..sure jadi lain nanti..bawa tido k.sok pagi basuh..sure dia kecut..

4. Juice Lemon..letak kat muka sebelum korang tidur.esok pagi basuh macam biasa..k

5. Orang putih pula selalu guna minyak lavender..berkesan ke..aku tak pernah lagi.Tapi dermatology kata safe n effective..caranye sama juga, letak kat Miss Jerawat tu dan bawa tidur..sok pagi tengok muka korang k..jgn lupa basuh muka.

6. Petua Nenek aku pula letak putih telur kat jerawat..memang berkesan.buat macam mask yer..tempel kat muka, n basuh apabila kering..

7. Serbuk kayu manis mix with honey..credit to EHow..buat macam paste,lepas tu korang letak kat tempat bermasalah pada muka..bawa tidur n bisuk pagi basuh muka macam biasa..Cuma benda ni boleh mengotorkan bantal .so , sebagai langkah awal, lapikkan tuala kat bantal korang, sure tak payah korang sental sarung bantal besok pagi…(^-^).

Aku harap tips ni dapat di share with u all..klu nak tambah..boleh..tambah aje la..lagi aku suka…

“Cantik itu Hak MILIK setiap INSAN..”

Friday, February 11, 2011

Adakah keajaiban akan berlaku ?

Hmm.Entry aku kali ni ringkas...disebabkan kebusy..busy..busyan sikit…huhuhu..yang penting keja aku settle..banyak juga tugas yang diberikan kat aku ni…(T-T)..yang penting kasi siap cepat..sebelum event berlansung….walaupun penat..but ku gagahi jua..hahahaha…(^-^)..,..Entah apa la idea nak hias pentas kat Kompleks Sukan ni..tak pernah wat lagi..so nak try r ni .with my team..Kita rock and roll hari Ahad ni k…(^-^)…Chayokk..Hope ada miracle come true..aku akhiri dengan kata - kata ni..

“KENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI SENDIRI, FOKUS MATLAMAT YANG BOLEH DICAPAI DAN BELAJARLAH MENERIMA APA YANG TIDAK BOLEH DIUBAH. KENALI DIRI HIASI PERIBADI..”

kepada anak - anak ikan aku..buat sehabis baik yer..biar tercabut track tu korang speed..sure..pecah rekod.hahaha..bukan rekod sukan..rekod berita kat TV n Radio ..hahahaha..(^-^)

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

-SLLA UOY VUL-

Wednesday, February 9, 2011

JANGAN JADI BODOH NAK BUNUH DIRI SENDIRI!

Semalam..Aku dok tengok buletin Utama ,TV3, punyalah banyak stori mori yang gempak dan menyayat hati..Aku tertarik sangat dengan isu bunuh diri yang membabitkan seorang ibu yang membuang anaknya dari rumah pangsa dan dia juga sendiri..bunuh diri dia dengan terjun dari bangunan yang sama..dan satu lagi isu pelajar sekolah menengah yang lari dari makmal dan terus terjun..dan berkesudahan mati di tempat kejadian. Huhuhuhu(- _ -)..hmmm..kenapa mereka nak bunuh diri.Why?????? Stress, Tension, Berpenyakit, Kemurungan dan banyak lagi..

Aku pun find da source yang menjadi penyumbang kepada Commit Suicide ni..Menurut WHO(Pertubuhan Kesihatan Dunia) menganggarkan lebih kurang satu juta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan. Kadar membunuh diri juga lebih tinggi di kalangan warga emas sahaja. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri di kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.

Kecian dorang ni kan.. bukan apa , kerana masalah, hilang arah tujuan dan sebagainya..sebagai jalan pintas nak bunuh diri..Jangan Jadi Bodoh Lah Wei..Banyak Benda Lain lagi Korang Ble Buat Dalam Dunia Ni..Sebagai seorang manusia, teman , sahabat, ahli keluarga ..kita haruslah membantu mereka – mereka ni..Jadi, bagaimana caranya..? Ni aku nak kasitau..please pay attention: aku kasi ringkas ja la..asal korang faham..cara mengaplikasikannya dari diri kita sendiri la camna..yang penting ada panduan..

8 Cara Membantu Seseorang Yang Ingin Membunuh Diri Sendiri

Ø Ambil berat/serius luahan/aduan

Ø Jangan mengkritik

Ø Jangan berjanji tentang kerahsiaan

Ø Dapatkan bantuan profesional

Ø Pelajari tanda-tanda awal

Ø Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri

Ø Berikan alternatif lain untuk mengatasi masalah

Ø Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.

Jika u all nak maklumat serta info lanjut, layari : http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/kesihatan_mental_content..mungkin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)