Showing posts with label healty life. Show all posts
Showing posts with label healty life. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

Throw Back Borneo Marathon..



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...sempena menyambut bulan ramadhan yang mulia ni.. sama - samalah kita membuat amal kebajikan dan yang baru berbuka puasa tu. selamat berbuka puasa. Cik Myiesha baru saja selesai buka puasa uols..Kebanyakkan aktiviti di bulan Ramadhan ni lebih yang lemah lembut gitu. cik Myiesha nak juga jog..cuma tak larat.. takut pengsan.. Jadi aktiviti beriadah terpaksa di buat di rumah saja..yang mudah - mudah.. janji kuar peluh...


Bulan Mei yang lalu, Cik Myiesha telah mengikuti Borneo International Marathon.. Hmm, Cik Myiesha buat ni tuk isi SKT bahagian penglibatan dengan aktiviti luar tu.selebihnya just for FUN. Sekuang - kuangnya ada juga dari tak dak..hehe...Cik Myiesha ambil 10km jer.. belum larat lagi nak lari 21 km.. Inshaallah , lepas ni kot.. kena rebuilt stamina balik lepas  Ramadhan ni.Sebab Cik Myiesha ikut lagi marathon yang lain.. Inshaallah..Diharap semuanya berjalan lancar..Amin..

Sebelum Cik Myiesha mengakhiri nukilan ni.. Cik Myiesha berkongsi Tips..klik link kat bawah yer.. http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-soalan-panduan-senaman-bulan-puasa

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ni uols..








Friday, February 11, 2011

Adakah keajaiban akan berlaku ?

Hmm.Entry aku kali ni ringkas...disebabkan kebusy..busy..busyan sikit…huhuhu..yang penting keja aku settle..banyak juga tugas yang diberikan kat aku ni…(T-T)..yang penting kasi siap cepat..sebelum event berlansung….walaupun penat..but ku gagahi jua..hahahaha…(^-^)..,..Entah apa la idea nak hias pentas kat Kompleks Sukan ni..tak pernah wat lagi..so nak try r ni .with my team..Kita rock and roll hari Ahad ni k…(^-^)…Chayokk..Hope ada miracle come true..aku akhiri dengan kata - kata ni..

“KENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI SENDIRI, FOKUS MATLAMAT YANG BOLEH DICAPAI DAN BELAJARLAH MENERIMA APA YANG TIDAK BOLEH DIUBAH. KENALI DIRI HIASI PERIBADI..”

kepada anak - anak ikan aku..buat sehabis baik yer..biar tercabut track tu korang speed..sure..pecah rekod.hahaha..bukan rekod sukan..rekod berita kat TV n Radio ..hahahaha..(^-^)

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

-SLLA UOY VUL-

Wednesday, February 9, 2011

JANGAN JADI BODOH NAK BUNUH DIRI SENDIRI!

Semalam..Aku dok tengok buletin Utama ,TV3, punyalah banyak stori mori yang gempak dan menyayat hati..Aku tertarik sangat dengan isu bunuh diri yang membabitkan seorang ibu yang membuang anaknya dari rumah pangsa dan dia juga sendiri..bunuh diri dia dengan terjun dari bangunan yang sama..dan satu lagi isu pelajar sekolah menengah yang lari dari makmal dan terus terjun..dan berkesudahan mati di tempat kejadian. Huhuhuhu(- _ -)..hmmm..kenapa mereka nak bunuh diri.Why?????? Stress, Tension, Berpenyakit, Kemurungan dan banyak lagi..

Aku pun find da source yang menjadi penyumbang kepada Commit Suicide ni..Menurut WHO(Pertubuhan Kesihatan Dunia) menganggarkan lebih kurang satu juta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan. Kadar membunuh diri juga lebih tinggi di kalangan warga emas sahaja. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri di kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.

Kecian dorang ni kan.. bukan apa , kerana masalah, hilang arah tujuan dan sebagainya..sebagai jalan pintas nak bunuh diri..Jangan Jadi Bodoh Lah Wei..Banyak Benda Lain lagi Korang Ble Buat Dalam Dunia Ni..Sebagai seorang manusia, teman , sahabat, ahli keluarga ..kita haruslah membantu mereka – mereka ni..Jadi, bagaimana caranya..? Ni aku nak kasitau..please pay attention: aku kasi ringkas ja la..asal korang faham..cara mengaplikasikannya dari diri kita sendiri la camna..yang penting ada panduan..

8 Cara Membantu Seseorang Yang Ingin Membunuh Diri Sendiri

Ø Ambil berat/serius luahan/aduan

Ø Jangan mengkritik

Ø Jangan berjanji tentang kerahsiaan

Ø Dapatkan bantuan profesional

Ø Pelajari tanda-tanda awal

Ø Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri

Ø Berikan alternatif lain untuk mengatasi masalah

Ø Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.

Jika u all nak maklumat serta info lanjut, layari : http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/kesihatan_mental_content..mungkin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)