Thursday, March 19, 2015

Program Linus Tegar (Program MISSING)

Assalamualaikum semua... hi uols... lama dah cik myiesha tak jenguk belog ni.. Kali ni cerita cik myiesha tentang Program Missing. Macam misi mencari MH370 . Tak le.. Misi  melawat rumah - rumah murid Linus... Baiklah,buat pengetahuan uols semua : Program Missing adalah program yang diwujudkan  untuk membantu murid – murid LINUS TEGAR yang bermasalah pembelajaran dan tidak menguasai Konstruk 1 dan 2 . Melalui program ini, pihak sekolah akan melawat kediaman pelajar murid Linus Tegar dan mengkaji permasalahan persekitaran, sosioekonomi dan latar belakang murid yang berpotensi MBK bagi membuat rujukan doktor pakar di Klinik Kesihatan Kudat. Di samping itu, guru – guru pemulihan dan linus juga akan memberikan penerangan  tentang  KIT CERDIK  kepada ibu bapa serta mewujudkan satu sudut mini pembelajaran di rumah. 

Objektif Program Missing
 
              Melihat sosio ekonomi murid yang bermasalah dalam pembelajaran di sekolah.
              Mengenalpasti masalah pembelajaran di rumah.
              Mengkaji latar belakang murid.


Inilah murid - murid saya
Alhamdulilah...akhirnya berjaya juga menjejaki beberapa orang pelajar Linus ( Tegar ) yang akan dibawa membuat pemeriksaan di KKIA..Pengisian program lebih kepada bantu membantu antara ibu bapa dan guru - guru dalam mengatasi Linus Tegar selain memberitahu ibu bapa tentang pemeriksaan MBK di KKIA Kudat.

 Panorama di  Kampung Loro dan Kampung Longgom.. Cantik kan...

Pengalaman memang best, memasuki beberapa buah kampung seperti Kampung Longgom, Kg Andab, Kg Kimihang dan Kg Loro. Dan paling best , kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di jambatan gantung dan di pantai...


Terima kasih kepada rakan - rakan yang menjayakan program ini , terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitu Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hem, Penyelaras Linus dan Penyelaras Linus Bahasa Inggeris..

Perbualan ibu bapa dan penjaga murid  dalam bahasa " Rungus "

Apa la yang budak - budak ni bualkan


Padi adalah salah satu hasil pertanian di kawasan ini








throw back Alliance Bank Marathon

Assalamualaikum pembaca setia semua...Kali ni cik myiesha nak update pasal Alliance Marathon yang cik myiesha ikuti dalam bulan januari yang lalu.. 18 Januari 2015... Masa ni cik myiesha jumpa new friend..hehehe.. semua cik Puan dah yer.. Tapi tetap maintain juga dorg ni.. Almaklumlah laki - laki dorg pun runners juga (AP RUNNERS TEAM).....


 Muka tu punya tembirang... lari pun semput..apa macam ni.. baru 12km.. 
BIM 21km apa kes ni Cik Myiesha..


Larian ni 12km .. cuma awal - awal tu cik myiesha bole r tahan lagi dalam 3 km pertama tanpa henti.. nah , lepas tu udah datang semput.. sekejap lari sekejap jalan.. Tapi semangat tu tetap kuat.. apa tidaknya, semua runners yang lain bagi semangat.. thanks guys..


Meet my new friends.. Isteri - isteri Team AP RUNNERs

Akhirnya sampai juga ke garisan penamat dan dapat medal .. Paling siok marathon ni sebab ada pertandingan mengubah kek, cabutan tiket bertuah .. Makan pun kena bagi kupon uols.. jadi kita tinggal pilih ja gerai mana ..

Itu ja yang dapat dikongsikan .. nanti larian akan datang cik myiesha kongsi lagi kat sini k..Luv U all..Muaah...




Friday, March 6, 2015

Alhamdulilah....


Alhamdulilah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya masih bernafas ke hari ini.. Dan alhamdulilah syukur kerana dapat anak buah baru. Tahniah buat adikku dan isterinya. semoga bahagia sekeluarga.. Lama benar tak menjeguk blog ni.. Baru rasa rajin nak menaip..Sepanjang tahun 2015 ni dari tahun bulan januari sehingga mac.. banyak cerita - cerita yang ingin dikongsi . Namun, akibat kekangan masa, sibuk memanjang, keadaan kesihatan jadi kurang r aktiviti berbelogging. Ok r ... nanti nak share banyak lagi.. ok.. have a nice day..















Friday, October 17, 2014

21 km Standard Charted Kuala Lumpur Marathon 2014



Assalamualaikum dan salam perpaduan dan salam sihat buat semua pembaca belog cik Myiesha ni.. walaupun lama menyepi... sejak dari Julai yang lalu lama dah tak update...kali ni cik Myiesha nak berkongsi pengalaman menyertai SCKLM 2014 di Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2014.. baru lagi kan..hmm..

 ni ramai - ramai nak mula lari kat Dataran Merdeka

Takda dapat digambarkan dengan perasaan Cik Myiesha bila dapat juga menyelesaikan larian 21km walaupun sakit perut .. dengan kudrat yang Allah beri gunakan sebaiknya..Fokus n  lari saja la..hasilnya cik Myiesha dapat menyelesaikan larian dalam masa 3 jam 23 minit.. satu masa yang lama.. namun, i happy sebab lari dalam keadaan gembira walaupun dalam keadaan yang kaki krem dan keadaan perut yang nak g tandas.. hehehe.. Thanks too my  personal Coach..


 my gear.. belum lengkap lagi..nak upgrade lagi nanti..

 ni muka 10km pertama..masi steady kunu...nak lari 11km seterusnya ni yang tahan mental..

 lihat sajalah semua pelari - pelari marathon..nda dapat lari jalan pun jadilah..pemandangan KL yang berjerebu..

.klu nda..memang sampai kesudah aku tak sampai ke garisan penamat...Halangan memang banyak..ingatkan satu bukit..lima bukit ba..(hahaha...tahap mental tinggi sangat)..memang banyak magic la..kalu di sabah ni bukit dalam UMS ja..kat KL..huhuhu...magic.. la.. paling best lari kat highway.... AKLEH tu ja nama yang aku ingat.. sebab terpampang besau kat SCREEN..

 alhamdulilah selesai 21km... chayok...

 Selfie sendiri dulu..sebab yang lain sibuk selfie..

 ramainya pelari ...SCKLM 2014

 Eleh..gigit la tu pingat..bukan emas pun..finisher medal ja..

 Dataran Underground...
rehatkan kaki yang krem sambil makan breakfast yang disediakan oleh penganjur..sedap..
makan buah - buahan

Dulu aku rasa lari ni biasa - biasa ja..tapi kini aku rasa ada lain sikit penangannya ..siok.. lari..bah lepas ni ada lagi marathon yang cik Myiesha ikut..stay tune ...luv u ouls...:-) Lari dalam keadaan happy...















Sunday, July 6, 2014

Throw Back Borneo Marathon..



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...sempena menyambut bulan ramadhan yang mulia ni.. sama - samalah kita membuat amal kebajikan dan yang baru berbuka puasa tu. selamat berbuka puasa. Cik Myiesha baru saja selesai buka puasa uols..Kebanyakkan aktiviti di bulan Ramadhan ni lebih yang lemah lembut gitu. cik Myiesha nak juga jog..cuma tak larat.. takut pengsan.. Jadi aktiviti beriadah terpaksa di buat di rumah saja..yang mudah - mudah.. janji kuar peluh...


Bulan Mei yang lalu, Cik Myiesha telah mengikuti Borneo International Marathon.. Hmm, Cik Myiesha buat ni tuk isi SKT bahagian penglibatan dengan aktiviti luar tu.selebihnya just for FUN. Sekuang - kuangnya ada juga dari tak dak..hehe...Cik Myiesha ambil 10km jer.. belum larat lagi nak lari 21 km.. Inshaallah , lepas ni kot.. kena rebuilt stamina balik lepas  Ramadhan ni.Sebab Cik Myiesha ikut lagi marathon yang lain.. Inshaallah..Diharap semuanya berjalan lancar..Amin..

Sebelum Cik Myiesha mengakhiri nukilan ni.. Cik Myiesha berkongsi Tips..klik link kat bawah yer.. http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-soalan-panduan-senaman-bulan-puasa

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ni uols..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)