Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca belogku yang disayangi...alhamdulilah , masih lagi dipanjangkan usia ini. Post sebelum ni, Myiesha ada memberitahu kat semua yang Myiesha nak pergi bercuti.... dan akhirnya....hari ni Myiesha nak gitau kat semua yang Myiesha bercuti di Bali pada cuti sekolah kali ini.. Sebenarnya, dah lama Cik Myiesha merancang untuk bercuti ke Pulau Bali.. (dari tahun lepas..asyik tukar tarikh jer)..akhirnya, dapat direalisasikan pada 2 Jun 2015 sehingga 4 Jun 2015 ( 3 hari 2 malam ).. Alhamdulilah.. Percutian sangat singkat namun sangat bermakna buat Myiesha yang pertama kali berkunjung ke sana.
DAY 1 (2 Jun 2015)
Penerbangan Myiesha ke Pulau Bali pada jam 6.30 petang waktu Kota Kinabalu dan dijangka sampai pada pukul 9 malam waktu Bali. Jangan confuse yer. Waktu Bali dan waktu di Malaysia sama saja. Tak de perubahan masa.. Myiesha sampai kat airport awal.. kira - kira jam 2 petang.. mana dengan jemnya.. Almaklumlah cuti sekolah baru bermula..Semua sibuk nak bercuti bersama keluarga dan orang tersayang..Sementara menunggu masa nak terbang, Myiesha banyak menghabiskan masa dengan melepak kat Restoren Asia di tingkat atas. Sempat juga mengisi perut dengan sajian Nasi Ayam Madu dan Teh O Panas... Perrh.. (berpeluh jugak)..Selepas makan, terus masuk ke Balai Berlepas..Adalah dalam 3 jam menunggu waktu berlepas... Ada juga Myiesha rasa cemas.. sebab hujan lebat kat Kota Kinabalu ni.. huhu.. Alhamdulilah dalam 40 minit hujan berhenti. Nasib baik penerbangan tak delay...Syukur..Tepat jam 6.30 petang. Cik Myiesha berangkat menaiki pesawat Air Asia.
Sepanjang penerbangan ,..punya hati ni berdebar .. kira lama juga kapal terbang ni nak naik.. akibat cuaca yang kurang mengizinkan serta hujan di sekitar Kota Kinabalu..Dalam 20 minit jugak..huhu...Hati Myiesha ni Dug Dag ...Syukur semuanya selamat ..Cayalah En Pilot...Dalam flight teda juga kerja yang Cik Myiesha buat.. makan seperti biasa. Cik Myiesha book siap - siap masa online.. Sandwich aje.... dok main game Farm Ville aje.. sambil tengok - tengok majalah.Nak lelapkan mata susah...2 jam 30 minit berakhir...
Ting... Kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Denpasar...Pasangkan Sabuk Pengaman... asimen.. Sabuk Pengaman tu Tali Pinggang Keselamatan tu...Alhamdulilah.. selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai Denpasar Bali Indonesia kat area Tuban.Lapangan Terbang ini terletak di Selatan Bali . Untuk pengetahuan semua, lapangan terbang ini merupakan Lapangan Terbang Ke 3 terbaik di dunia dan menerima kadar kedatangan pelancong seramai 15 hingga 25 juta setahun.. Bali merupakan syurga buat para pelancong. Kiranya lapangan terbang ni masih baru lagi dan sangat besar.
Gambar dulu sebelum ke Hotel
Luasnya
Setibanya di parking airport, kami menaiki Avanza dan terus dibawa ke penginapan kami di Hotel Hard Rock Bali..Memang suasana malam kat Bali ni happening... sampai ja di lobi hotel... kami disambut dengan alunan muzik Live Band di Hard Rock Cafe...Fuhh.. bole tahan...bersebelahan je dengan lobi hotel..Setelah cek in, kami masuk ke bilik dan beristirehat sekejap sebelum mencari makan malam di area Kuta... Paling best Hard Rock ni betul - betul berdepan dengan Pantai Kuta.. Malam kat sini macam siang jer.. Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke sini adalah dari Australia.. "Bule" orang sini bilang..hehe..Jika dilihat dari peta memang Bali dekat dengan Australia, penerbangan pergi dan balik cuma 4 jam saja.. WOW..Kebanyakan dari mereka ni ada yang bercuti, tak kurang pun yang tinggal di Bali selama beberapa bulan. Aktiviti paling mereka gemari Surfing.....
Hard Rock Cafe Bali
4 comments:
Dyg,
ko pergi ke bali sama siapa?ramai?
aku ni mau terjah ke indonesia..malar ada hal x dpt dielakkan.huhuhu
yani, pergi dengan kawan sekolah. last minit punya plan..kelam kabut.
ya la kan cuti sekolah jak dpt jalan2 luar dari sabah..hehehe
Post a Comment