Saturday, October 19, 2013

Resepi Chicken Sausage Cheese Scramble Eggs with French Loaf dan Mushroom Soup



Assalamualaikum uols... Hari ni hari Sabtu..Cuti .. Jadi tengah - tengah rest - rest tu.. or sibuk online jom try resepi simple yang Cik Myiesha wat ni.. Janji mudah, ringkas dan mengenyangkan....  Jom kita start...




Pertama sekali sebelum mula memasak . Pastikan dulu semua bahan - bahan telah lengkap..paling penting roti tu kena ada..Beli kat Giant..tak pun pergi je kat kedai Bakery..memang ada...

Bahan - bahannya :

  • Sausage (ikut suka korang nak pakai berapa)
  • Kraft single cheese
  • Telur 2 biji 
  • 3 sudu butter




  • 1  buku roti french 
  • Campbell mushroom soup
  • mayonise (ikut citarasa anda)



  • Cara membuatnya ;
    1. Potong roti French Loaf secara mengiring.ikut ketebalan roti yang korang suka. Untuk pengetahuan uols. Roti ni keras sedikit.Jadi disyorkan pada semua yang nak buat resepi ni kena potong jangan terlalu tebal sangat.. takut yang tak biasa makan sakit gigi...hehehe..
    2. Selepas itu, sapukan roti dengan butter di kedua - dua bahagian. Ini supaya roti dibakar menjadi garing dan ranggup. tak la hangus.
    3. kemudian, potong sosej ikut potongann dadu dalam saiz yang kecil - kecil.
    4. Pecahkan dua biji telur dan goreng, buat scramble eggs yang telur hancur tu (uols  tambahkan perisa seperti garam , ajinamoto dan lada hitam secukup rasa)... lepas tu kita masukkan sosej yang telah dipotong tadi bersama. goreng dan goreng sehingga masak. tutup api.simpan dalam bekas.
    5. Lepas tu, sesudah sejuk, gaulkan sosej bersama scramble eggs dan mayonise. If suka, masukkan sos cili  secukup rasa.. lagi SEDAP..
    6. Gunakan sudu sederhana, letakkan inti tadi di atas roti french loaf yang disapu butter. Apabila selesai, susun roti di atas dulang pembakar, dan bubuh  cheese di atas roti tadi. Masak dalam 5 hingga 8 minit. sekejap ja. kalu guna oven mungkin 5 minit je.. Cik Myiesha guna kuali..jadi 8 minit. sehingga cheese cair. jangan masak terlalu lama.. Hangus nanti tak sedap..
     
     


     Ini lah hasilnya .......TADAAAAA

     Yang soup ni.. seperti biasa buka tin sup Campbell tu dan panaskan . Ikut arahan kat tin tu yer..dan kalu nak kreatif pandai - pandai la uols tambah untuk kasi sedap.. French Loaf ni sedap makan dengan Sup ni...
    Selamat Mencuba....!!!!!!!






                                                                                                                                     

    Thursday, October 17, 2013

    Lompat Si Katak Lompat



    Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.


    Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

    FROG BADGE


    MENGAPAKAH FROG VLE DIPILIH?
    Ia menjadikan hidup setiap orang, menjadi lebih mudah. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.


    Wednesday, October 9, 2013

    KOLAGEN @ COLLAGEN : JANGAN OVERDOSE !!!!



    Entri kali ni lebih bersifat kesihatan....Aku terpanggil dengan benda ni sebab nak cerita sekarang ni FAMOUS satu dunia tentang kehebatan produk Kolagen @ Collagen.. Memang terbukti berkesan dalam melawan proses penuaan kulit @ takut tua...nak cantik dan awet muda sentiasa.. wAh...kasar nampak..



    Alkisah, member  cik Myiesha cerita... seorang kawan ni ketagih sangat ngan supplement nak cantik.. Alah... kan sekarang ni banyak jenama.. macam - macam bunyi, ada A, dan B, C, D, R ...tuttuuuutuuutttt... off record please... nanti tak pasal - pasal aku kena saman oleh syarikat penjual supplement kesihatan dan kecantikan kulit ni.. hehehe... kita kasi simbolik je jenama A, B, C sampai ZZZZ... tidooo..hehehe.. Bukan apa, dia dok telan banyak jenis collagen dalam sehari.. dalam 4 jenis.. huhuhu... nak cantik punye pasal... alih - alih, sekarang dah sakit... ...Hmm, ni namanya membahayakan diri sendiri...Umur baru 20an.. belum 30an dah sakit



    Cik Myiesha pun amal juga makan collagen ni dik oooiiiii.. lama dah amal.. kira dah 4 tahun. Cuma cik Myiesha pastikan supplement yang diambil tidak OVERDOSE... Maksud apa tu OVERDOSE...yelah mai nak habaq ni.. OVERDOSE bermaksud jangan lebih daripada apa yang perlu .. maksudnya jika kita mengambil apa - apa supplement , dia kata 1 hari 1 kali je.. tapi kita bantai 1 hari 4 kali.. naya oooii buah pinggang... bukan apa tak berkesan juga, dia buang je yang lebih tu melalui air kencing...




    Tu r sesiapa pun yang nak CANTIK, GEBU , MULUS  tu @ NAK MACAM CELEBRITI. macam KOREA, JEPUN..Jangan abaikan minum AIR KOSONG @ AIR PUTIH..Ni la masalah orang kita nak cantik tapi tak nak sihat..Aku heran.. Korang nak tau, yang suntik VITAMIN C atau sewaktu dengannya pun kena inject dulu air dalam badan  baru inject supplement  tu..ni lagi kita yang tak pakai suntik main telan ja..Mek oooi.. nak hidup awal ke nak mati awal.. kalu nak panjang umur, sihat , cantik dan bertenaga, jaga la diri tu.. minum air yang banyak.. paling pun 3 liter  sehari .. yang paling bagus.. 4 liter atau lebih dalam sehari jika kita mengamalkan supplement kecantikan dan kesihatan ni.. bukan pa, barulah proses berjalan lancar kat kidney tu dan senang la nutrien - nutrien baik tu menyerap dalam badan. Disarankan , jangan la cuba banyak jenama,, uolss tak dapat tengok KEBERKESANANNYA.. Paling tidak pun, jika kita lihat satu - satu produk tu berkesan dengan badan atau tidak kita kena tunggu 3 BULAN.. paling kurang.. 
    INi sebenarnya salah satu sebab kita kena SABAR.. bukan dah cuba jenama ni sebulan.. tak putih - putih pun terus telan jenama lain, dalam masa yang sama dan tak berkesan.. cuba lagi jenama lain.. Alahai.. ni kira bagus ni,,.. KAYA syarikat tu.. KITA nak tunggu penyakit je...



     

    Sebaik - baiknye, kita mestilah cuba dulu selama 3 bulan, jika berkesan teruskan lah dan amalkan.. jangan la tukar sebab badan kita ni bukan ROBOT.Sedangkan kereta pun perlu TUKAR MOBIL ni kan pulak badan manusia. Paling penting DETOX.. 







    Apa lagi cik MYiesha merapu ni.. ALahai mek... aku ni bukan pa , nak jaga kesihatan. Badan kita ni kalu tak DETOX tak bersih. Jadi bila kita nak tukar apa - apa supplement, sebelum ambil supplement baru mesti DETOX badan dulu.buang benda - benda lama dalam darah tu dan usus kita bersih. barula dia dapat menyerap nutrien yang baru.. Ni tidak main telan ja..tu la supplement tak berkesan lepas tu salahkan kawan yang jual produk ko  kata PRODUK KO TAK BERKESAN.. Tu la kena ikut guideline yang betul sebelum makan benda - benda tu.. Jangan main hentam ja.. kesannya pun hentam jugalah..


     


    Lagi satu, kalu dah kita sebati dengan satu - satu jenama kolagen atau supplement tu, kita kena MAINTAIN. Maksudnya di sini, maintain ni kurangkan pengambilan. Bukan tak ambik langsung ambik tapi kurangkan dose. Bukan pa, badan kita dah sebati ngan supplement tu, jadi jarakkan pengunaan, kalu mula - mula  1 bulan pertama  atau bulan kedua kita ambil 2 kali sehari. Lepas kita dah dapat hasilnya, kulit kita marbelous, bulan ketiga dan seterusnya kita ambil sekali sehari atau selang sehari pun tak pa. sebab dalam badan kita dah sebati dengan benda tu, jadi kita kasi maintain je supaya dia terus kekal. Tak kertu pun ka

    lu kurangkan , tetap ada, kan badan kita sentiasa ada kolagen, cuma faktor usia sahaja yang menentukan sama ada kita perlu ambil banyak atau tak.. Yang paling bagus, kalu umur masih muda tu 1 kali sehari memadai .. kalu dah 30 ke atas atau 40 ke atas, 2 kali atau 3 kali disarankan sebab penghasilan kolagen dalam badan dah kurang.

    # Aku bukan blame produk - produk collagen tak bagus, setiap supplement ada keberkesannya dan kebaikannya, tu pasal ianya dijual, cuma cara kita yang mengamalkan  bagaimana....???..

    OLeh itu, 

    PEPATAH ORANG PUTIH KATA ;

    "Beauty is Pain"

    Memang pun, 
    cuma jangan lah nak sengsarakan sangat diri 
    untuk kelihatan cantik, kita perlu seiring, 
    supaya kita 

    "CANTIK DAN SIHAT"

    Tak Gitu...

     


    Bah.. tu ja entri kali ni..
    Terima Kasih kerana sudi membaca..






    Tuesday, October 8, 2013

    Kerana Setin Minuman Hijau..




                                                     
                                                    Minum M7 ngan makan mee rebus..daebakkkk



    Mat malam semua... sambil menyelam ..sambil minum air..Bagi entri kali ni..Myiesha nak cerita tentang setin Minuman hijau..Apa tu..jeng--jeng--jeng.. Minuman ni namanya Drive..Uols mesti tau punya la..Duta Produk Aaron Aziz, Stacie and so on.. Uols kenal punya..Minuman  tenaga..



                                                                      
                                                                   Tayang ja lebih



    Sebenarnya aku mula - mula tak tertarik sangat dengan Drive M7 ni..Namun, dek penangan air minuman dan dutanya Aaron Aziz..hehe..terus minat..Rasanya manis dan warna green gitew..Kat semenanjung senang dapat benda ni..kat Sabah je susah.. 


     
                                                        
                                                              

    Namun, sekarang ni senang r sikit nak cari sekitar Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud dan daerah - daerah yang lain disebabkan Stacie dah jadi supplier. Dengan khabar syarikat PETRON pun dah menjual minuman ni..Yang penting uols.jangan lupa..barangan - barangan M7. bukan setakat air tin je..banyak lagi barang lain dari pakaian, aksesori kereta, moto oil dan stiker ...Jadi aku ni pengemarnya..ada la beli beberapa helai  baju jenama M7 buat koleksi .. So if uols berminat barangan M7 dan sukakan aksesori kereta dan sebagainya lawatilah www.m7shop.com. bole beli online ...



                                                           

    Untuk pengetahuan uols yang berminat nak biz minuman ni kat sabah boleh hubungi STY Markerting : 0198025009 untuk pembelian..Syarikat Stacie.. 1 cartoon rm 55 ringgit..Kedai mereka kat Lintas..berdekatan Airport Mas Kota Kinabalu.
    Terima Kasih kerana membaca entri ini..nite...:))



    Sunday, October 6, 2013

    RHB Centennial Run 10KM

    Assalamualaikum dan selamat petang uols,..lama betul Cik Myiesha tak update perkembangan terkini...semua dek kerana membusykan diri...bisnis pun offline sekarang... nak bagi ruang tuk diri sendiri dulu baru aktif balik... biasalah dah umur angka 3 ni...Yang penting syukur alhamdulilah dengan rezeki dan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T

    Ok..back to the topic..Apa ka tu RHB centennial run.. yang lari marathon tu.. Hmm..sekarang ni cik Myiesha aktif ke Gym dan Jogging.. Katanye nak kuyuskan badan yang dan lidi ni..hehehe...(tersedak makan cengkodok ...) realitinya memang cik Myiesha ni kecik orangnye... but...sebenarnya nak sihat dan badan nak Fit ala - ala model Fitness gitu... ( suka cik myiesha berangan tahap model..hmm model lah sangat ..kelaut ada la..)

    Dipendekkan cerita...Cik Myiesha join bersama geng - geng jogger cik Myiesha... Persiapan awal tu memang r payah...dalam 2 minggu cik Myiesha ready kan badan, minda dan kaki ni tuk perah tenaga dan stamina bagi merealisasikan impian perut nak kempis.. paling penting capai target habiskan larian di bawah masa 2 jam untuk 10KM...Almaklumlah...10 KM tu boleh semput juga kalu takda stamina.Siap pengorbanan tu dengan kaki yang sakit sebab kasut tak sesuai untuk lari jarak jauh.. Namun,, atas bantuan Jurulatih cik Myiesha merangkap Pakar Motivasi ... syukur la..menjadi...amin..

     Ni muka belum lari lagi...



    Permulaan acara kami start jam 6.30 pagi... memang ramai  jogger berkumpul kat Tapak Jogging berdekatan tasik kat Stadium Likas.. Fuh.. hampir 1500 penyertaan.. Hmm.Sebelum start kami zumba dulu...kira kali ni dorang tak seksi sangat.. hehehe.. zumba start jam 6 pagi..habis jam 6.20 ...dan .. kita lari.. mula - mula memang aku banyak sangat berhenti ... sebab tak biasa ngan kasut baru.. Nak rasa macam jogger antarabangsa la kunun pakai New Balance...Nasib baik tak angkat Asics.. Tapi cik Myiesha tak fikir sangat benda tu..cuma cik Myiesha fikir takut tertinggal kat belakang kan ramai.. n target mesti dapat medal finisher..huhuhu..


    Ni nak lari dah...

    Dalam hati ni..balik - balik marah dengan kasut baru.. sebab berat uols... baru dua kali pakai terus bawa maraton..tak ke  sakit kaki... Tapi berdoa juga semoga dipermudahkan perjalanan sampai ke garisan penamat. Berbekalkan lagu Amy Search, Adele, Tegar, Rihanna dan sebagainya... Hmm..Baru 5 km dah rasa ringan kasut ni..aik...napa ek..memang gitu ke ...(dalam hati tertanya - tanya).. namun,, Cik Myiesha memang kalah kalau lari naik bukit..huhu..banyak juga la berhenti....but 8km terakhir nak sampai garisan penamat kuatkan semangat lari ja dengan hati yang tabah.. Akhirnya cik Myiesha berjaya habiskan larian dalam masa 1 jam 20 minit... Syukur  Alhamdulilah dapat medal.....


     New Gear... bagus pakai jogging .. New Balance


    Selepas larian tu.. memang kaki ,..alahai sakit bukan main.. dah gasak 10km kan.. kira 2 minggu juga healing processnye..huhu..sedey..but kebaikannya pula..saya rasa best r jogging n marathon ni..jumpa ramai kawan baru.. dan dapat tengok benda baru dan belajar benda baru.. Hopefully nak ikut lagi Tahun depan..jika diizinkan..Amin..

     Muka dah habis lari n dapat medal dan sijil... Fuh...


    Muka penat....alhamdulilah...











    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)