Wednesday, November 30, 2011

Makan Bedak dan sabun...ble tahan!

Aksi Mohd Razali memakan sabun dan bedak

Hmm, aku kecian tengok cerita ni , 17 tahun makan bedak , sabun. Kecian...cuma tabiat sebegini memang dikatakan crazy namun bagi Mohd Razali Ishak 63 ianya merupakan menu harian sejak 17 tahun lalu. Mula menjinakkan diri dengan makan bedak sejak 17 tahun yang lalu dan baru 7 bulan dengan memakan sabun mandi..memang pelik tapi benar..nak baca cerita selanjutnya klik SINI. Cuma , kurang - kurangkan lah yer makan sabun ngan bedak tu lepas ni, takut memudaratkan kesihatan...kredit tu Mymetro.

Sunday, November 27, 2011

Puss in BOOTs Besttt...(^-^)

sesapa suka tengok Meow...hmm, aku suka..so ni fav movie aku masa cuti ni...Aku tengok kat Golden Screen Cinema, Suria Sabah...ceritanya berkisar tentang persahabatan telur ngan kucing dan cita - cita , cintan, harapan dorang n aksi balas dendam..lucu, lawak ,comelllll...hahaha..so sesiapa lum tengok lagi..p la pawagam yang berdekatan ngan uols..tengok jangan tak tengok...MeoWWWW....

Johan Raja Lawak akan kena saman oleh Ogy Ahmad Daud..!

ingatkan berakhirnya FFM24 tak de kontroversi...but ader jugak.terbaru aku baca dari beautifulnara..Ogy Ahmad Daud akan saman Johan Raja Lawak kerna menghinanya..So, kesimpulannya di sini..berlawak tu biarlah ader sensor ...jangan pandang sebelah mata, kerna hanya aku seorang wanita...korang tak caya..hmm.baca ni..kredit to MKstreet n beautifulnara..

Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.

actually , bagi aku uols yang tengok FFM24,tidak nampak pun kak ogy atau Fauziah Ahmad Daud sedang menahan perasaan malam itu, tetapi dia kata:-

Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.

Kak Ogy juga menambah yang Johan turut datang lewat 3 jam untuk latihan:-

Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

As a result , kak Ogy juga nekad dengan keputusannya untuk menyaman Johan:-

Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.

Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

keputusan terletak kat tangan kak ogy...dia buatla apa yang patut..tapi bab tahun gajah tu memang tak patut dipersendakan...berfikir dulu sebelum berkata - kata..:)

Saturday, November 26, 2011

Mood :( sakit tekak + demam

Huhuhu..lama benar tak update belog kesayangan ni...hmm, bukan apa uols,,demam melanda cik Myiesha..jadi nak update the latest info about how i feel ni pun tak de mood..mood demam..:( huhuhu...doakan cik Myiesha Sihat yer uols...lepas sihat nanti insyaallah cik Myiesha Update belog Tomel ni....tatata..

Monday, November 21, 2011

Filem Merong Maha Wangsa dan Syamsul Yusof antara yang menang di FFM24

hmm.tercuit hati tengok Johan buat lawak kat pentas FFM24 bersama Ogy..Namun, yang paling best tu, Shaheizy Sam dan Eja dapat pelakon lelaki dan wanita terbaik.manakala, Syamsul Yusof mendapat award pengarah terbaik dan filem terbaek dari Ladang ..KRU Studios Hikayat merong Maha Wangsa...tahniah buat semua..

Filem Terbaik Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios (PEMENANG)

Pengarah Terbaik Osman Ali – Cun Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah Yusry Abdul Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
 Syamsul Yusof – KL Gangster (PEMENANG) Ahmad Idham – Senjakala

Pelakon Lelaki Terbaik Syamsul Yusof – KL Gangster
 Awie – Hantu Kak Limah Balik Rumah Shaheizy Sam – Kongsi (PEMENANG) Remy Ishak – Nur Kasih The Movie
 Zahiril Adzim – Senjakala



Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin – Cun
 Siti Shahriza (Eja) – Janin (PEMENANG) Tiz Zaqyah – Nur Kasih The Movie Lisa Surihani – Sekali Lagi
 Liyana Jasmay – Senjakala



Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hasnul Rahmat – Mantra
 Shofi Jikan – KL Gangster (PEMENANG) Khir Rahman – Hikayat Merong Mahawangsa Syed Asri (Shy8) – Hantu Kak Limah Balik Rumah
 Sallehudin Abu Bakar – Hantu Bonceng



Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Intan Ladyana – Bini-Biniku Gangster
 Faezah Elai – Cun (PEMENANG) Fauziah Datuk Ahmad Daud – … Dalam Botol
 Sherlie Merlis – Janin
 Sabrina Ali Dad Khan – Khurafat

Lakon Layar Terbaik Yusry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
 Syamsul Yusof – KL Gangster (PEMENANG) Syamsul Yusof – Khurafat
 Farid Kamil – Kongsi
 Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie



Cerita Asal Terbaik Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
 Syamsul Yusof – Khurafat
 Syamsul Yusof – KL Gangster
 Martias Mohd Ali – Libas (PEMENANG) Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie



Penyunting Terbaik Wan Mohd Hafiz – Hikayat Merong Mahawangsa
 Syamsul Yusof/Hisham Jupri – Khurafat Syamsul Yusof/Hisham Jupri – KL Gangster (PEMENANG) Brian Ng – Kongsi
 Ahmad Mustadha – Senjakala



Sinematografi Terbaik Daven Raghavan – Cun Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa (PEMENANG) Azami Alias / Omar Ismail – Khurafat
 Mohd Shaufe Abd Wahib – Libas
 Norhanisham Muhamad – Nur Kasih The Movie

Penataan Seni Terbaik Anuar Paharudin – Mantra
 Anuar Paharudin – Flat 3A Anuar Paharudin/Kek Ting Lim – Hikayat Merong Mahawangsa (PEMENANG) Faizal Yusof/Nazir Jamaludin– KL Gangster Irwan Mazwan Ibrahim– Cun



Penataan Bunyi Terbaik Brian Ng – Flat 3A Megat Sazali/Amaludin Syukri – Hikayat Merong Mahawangsa Hisham Jupri – Khurafat
 Hisham Jupri – KL Gangster (PEMENANG) Dustin Riduan Shah – Nur Kasih The Movie



Pereka Kostum Terbaik Nasirah Ramlan – Hantu Kak Limah Balik Rumah Anita Arshad – KL Gangster
 Nurdiana Arshad – Kongsi Rosada Abdul Hamid – Hikayat Merong Mahawangsa (PEMENANG) Faizal Abdullah – Nur Kasih The Movie

Skor Muzik Asal Terbaik Nurzaidi Abd Rahman – Al-Hijab Edry Abdul Halim – Hikayat Merong Mahawangsa (PEMENANG) Syamsul Yusof – Khurafat Hafiz Hamidun – Nur Kasih The Movie
 Renbash Studio – Sumpahan Puaka

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin

Anugerah Pencapaian Gemilang Datuk Michelle Yeoh

Anugerah Khas Juri Filem Box-Office – K.L.Gangster Pelakon Komedi Terbaik – Allahyarham Zami Ismail Filem genre seram misteri – Janin Kecemerlangan kecekalan seniman yang masih aktif – Sidek Hussin

Sunday, November 20, 2011

Aliaa...moga dapat hidayah

Terbaca artikel di sozyChili tentang gadis aliaa ni..sedey sangat..bangga betul dia hilang dara pada usia 18 tahun..Mengisytiharkan dirinya keluar dari agama islam, upload gambar bogel di twitter dan blog sendiri dan bersekedudukan sejak 5 bulan yang lalu bersama teman lelakinya...aku hanya mampu kata kecian..baru setahun jagung...dah sakit oTAK @ G****...kecian..rupa lawa tapi s*****G..so, kita doakan r semoga budak ni berubah...

Kisah sebenar klik sini

Bersyukur ..Amin.Alhamdulilah ....:))

Cik Myiesha dan Kak Shida

Alhamdulilah, akhirnya segala yang dilakukan di sekolah diberikan pengiktirafan ..bersyukur sangat - sangat..tak sangka - sangka dapat....(-_-)..terkejut pun ada..The day : 22.10.2011 Cik Myiesha dapat APC...Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010.tq semua n My GB..rakan - rakan yang lain yang turut sama menerima APC, Soliah dan Omar..Kak Shida pula dapat Anugerah Kelas Pemulihan Terbaik...bestnya...memang kelas dia cantik...Tahniah semua...(^-^)....

Family day At Tindakondazong Terongkongan Beach

Wah..like this pic very much..biasalah aku suka pantai..asal ja nampak pantai mesti aku happy n tenang..:)) so jom layanz aktiviti hari keluarga kamiorang di Pantai Tindakondazang Terongkongan Kudat..Sesiapa yang berminat nak bawa family n frens..datang sini..masuk rm 2.00 ringgit.ada penginapan, tempat mandi, ada berkayak n berperahu di tasik, tempat bersukan pun ada ..kira full pakej tuk holiday di musim persekolahan ni...hehehe..biasalah aku ni photographer tak bertauliah..kira main ambik ja..janji cantik...so uols layanz r aktiviti cik myiesha ni kat sana..rugi klu tak datang..Terbaek Wok..:)))

ble ker aku bukak kedai lepas ni....:))

Ni aktiviti aku suka..last -last dapat jugak aku bergayut..

Aktiviti wajib di tepi pantai..tampar itu bola...hahaha

Ni sesi menghayati makanan...sayap ayam..sama nasi goreng cina..sedap...yang kek tu..Cik Myiesha bikin...Red Velvet Cake with Creamy Cream Cheese. sedap...habis jugak oleh dorang ni..aku dapat resepi dari blogger..menjadi jugak....

Ni last aktiviti sebelum pulang..dayung sampan..hahaha..aku tak reti mendayung..kelaut jadinya..really fun n enjoy..

Sunday, November 13, 2011

My Cute Red Velvet Cupcakes..

Hujung minggu aku tak tau nak wat aper...disamping menyiapkan kerja sekolah yang belum - belum selesai lagi ni...aku relax jap..buat cupcakes.....apa kelas cupcakes...hehehe....yang penting aku kepingin nak makan....Tara...my Cute Little Red Velvet Cupcakes...Sedap.....:)))...sehingga menjilat jari....sapa suka share r ya..(^-^)

Friday, November 11, 2011

I Love Maru Very Much

Aku terhibur sangat uols ngan spesies kucing yang seekor ni..namanya Maru...fuhhh..ble tahan jugak yang tengok clip video..ramai......10,596,283...amazing...hehehe..so layanz kucing yang gendut, comel dan nakal ini..semoga terhibur...

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha...(^-^)

Mowink uols...hmm, sebelum lupa to all blogger ....Selamat Hari Raya Aidiladha..hmm..berapa la lembu atau kambing kena korban ????(^-^)...

Wednesday, November 2, 2011

Kontrovesi Fesyen Tudung Hana Tajima dan Yuna ??

Inspiration for Hijab Lovers

Hmm, terdahulu aku cerita pasal isu tudung ni sebab aku cek dekat FB ada la yang mempertikaikan fesyen tudung ala Hana Tajima dan Yuna ni persis macam Sister kat Gereja tu..bole - bole siap letak gambar lagi...benda ni bila masyarakat tengok actually yang gemar berfesyen jadi tanda tanya...bole ker aku pakai cam ni? hmm...

sebagai jawapan dari kenyataan tersebut ..mai kita tengok Ustaz Zul cakap apa..

tergelak jugak aku dengar ceramah dia ni.but its so true,...hayati dan fikir- fikirkanlah

Berfesyen tu tak salah selagi menutup aurat

Renung - renungkanlah dan selamat beramal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)