Sunday, November 27, 2011

Johan Raja Lawak akan kena saman oleh Ogy Ahmad Daud..!

ingatkan berakhirnya FFM24 tak de kontroversi...but ader jugak.terbaru aku baca dari beautifulnara..Ogy Ahmad Daud akan saman Johan Raja Lawak kerna menghinanya..So, kesimpulannya di sini..berlawak tu biarlah ader sensor ...jangan pandang sebelah mata, kerna hanya aku seorang wanita...korang tak caya..hmm.baca ni..kredit to MKstreet n beautifulnara..

Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.

actually , bagi aku uols yang tengok FFM24,tidak nampak pun kak ogy atau Fauziah Ahmad Daud sedang menahan perasaan malam itu, tetapi dia kata:-

Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.

Kak Ogy juga menambah yang Johan turut datang lewat 3 jam untuk latihan:-

Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

As a result , kak Ogy juga nekad dengan keputusannya untuk menyaman Johan:-

Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.

Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

keputusan terletak kat tangan kak ogy...dia buatla apa yang patut..tapi bab tahun gajah tu memang tak patut dipersendakan...berfikir dulu sebelum berkata - kata..:)

4 comments:

izaki said...

kak ogy tu yeye jerk..
tau saman jerk dia dulu lagie laser....
dekat af 2 lagie...
dah memang dia tua....
orang tua memg mudah terasa yer tok...
nmpak sngat dia terkinja2, over,
bajet diva dia juga berlagak....
meng itulah inilah, tu pakcik dia lah abng dia.
zzz...
johan hanya kata tahun gajah saja..
x kata pun tahun kelahiran nabi muhammad...
tahun gajah tersebut hanya merupakan satu peristiwa....
muhammad pun ampunkan umatnya...
inikan kita hanya insan biasa..
walaupun johan bersalah sekalipun..
balasan tuhan sudah cukup....

Myiesha said...

semua orang ada hak nak backup diri memasing..yang penting bila berkata- kata kena fikir dulu..artis - artis..tak lari dari kontroversi...:))

Nik said...

rasanya sifat pemaaf tu lagi mulia kot.tak perlu la nak saman menyaman.contohnya mcm PAK NIL.zizan ade kan penah terkutuk nama ayah dia tp tak de la sampai dia nak saman.

Myiesha said...

harap begitulah..daripada berpanjangan..lebih baik bermaafan...mulakan tahun baru dengan sesuatu yang lebih bermakna...:))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)