Sunday, February 5, 2012

AL IKHLAS menginsafkan...Ikhlas kerana ALLAH

Salam Maulidur Rasul uols..lama bebenor cik myiesha tak update belog kesayangan ni..rasanye macam nak ubah design pun ader...cuma sabar dulu..tengak fikiq design yang sesuai..tak gitu...hehehe..(gelak pagi yang belum gosok gigi)..(^0^)...semalam aku tengok drama AL IKHLAS..fuh...aku sebenarnya tak suka sangat nak tengok drama larut malam ni..but memang bertuah la klu TV 3 , mesti drama dia best - best...Jadi review aku tuk drama ni, memang memberi keinsafan..lakonan hebat Nasir Bilal Khan...Intipati drama ni tentang IKHLAS

Cuma sebagai renungan..tuk diri aku sendiri jugak la dan uols semua..berkenaan ikhlas..selama kita hidup kat dunia ni, apa yang kita buat semua tu ikhlas ka atau just nak menunjuk -nunjuk atau riak?..fikir - fikirkan la..Waallahualam..memang kita kata kita buat tu ikhlas tapi...tersasar dari fokus ikhlas yang sebenar..

Bagi yang kaki umpat tu..a.k.a tukang fitnah..tak yah la kita nak berbalas - balas bila orang fitnah kita...diamkan je..akan ada balasannya di akhirat kelak.itulah prinsip IKHLAS..macam watak Zaki dalam drama ni..dapat balasan yang setimpal.

SINOPSIS AL IKHLAS (TV3)

Telemovie Al-Ikhlas mengisahkan tentang Solah, seorang yang sangat lurus dan baik hati. Keadaan Solah menyebabkan orang kampung sering mengambil kesempatan terhadapnya. Namun, bagi Solah dia hanya menjalan tugas dengan ikhlas. Solah pernah berkahwin namun sejak isterinya meninggal, dia tinggal berseorangan ditemani dengan kucing-kucing kesayangannya. Dia juga sering berkunjung ke surau lama di kampungnya untuk beribadat.

Surau tersebut terletak di atas tanah yang telah diwakafkan oleh ayah Zaki, namun, apabila ayahnya meninggal dunia, Zaki ingin menjual tanah tersebut. Ramai yang tidak jadi membeli tanah tersebut kerana adanya surau di situ. Zaki seringkali mendesak Pak Ali, ketua kampung supaya merobohkan surau tersebut supaya dia boleh menjual tanah namun Pak Ali enggan kerana surau tersebut telah diamanahkan oleh bapa Zaki kepadanya. Zaki juga pernah cuba untuk membakar surau tersebut tetapi menghentikan hasratnya apabila mendapati Solah sedang beribadat di dalamnya.

selamat menyambut maulidur rasul

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)