Assalamualaikum dan selamat petang uols.. selamat mengakhirkan diri di Tahun 2013 dan selamat datang Tahun Baru 2014.. Cik Myiesha rasa cepat sangat masa berlalu dan umur pun semakin meningkat. Di kesempatan ini cik Myiesha berharap agar azam serta matlamat yang tidak dapat dilaksanakan pada Tahun 2013 dapat disempurnakan dengan jayanya di Tahun 2014. Semoga segalanya berjalan lancar dan diberkati Allah S.W.T.
Cik Myiesha juga nak ucapkan selamat Tahun Baru kepada Followers Cik Myiesha dan sesiapa yang sudi membaca coretan di belog ini.. Hopefully akan bertambahlah post di Tahun Hadapan.. Amin..Cik Myiesha juga berharap Cik Myiesha dapat berjimat untuk tahun hadapan sebabnya semua barang dah naik.. jadi kena audit mana yang patut dan beli yang perlu sahaja..Paling penting cik Myiesha kena kerja kuat dan dapat membentuk dan membimbing anak - anak didik cik Myiesha berjaya.. Amin..
.....SELAMAT TAHUN BARU.....
No comments:
Post a Comment