Alhamdulilah perjalanan berjalan dengan lancar dari Jogjakarta ke Bandung menaiki Kereta Api Turangga. Namun, Cik Myiesha tak berkesempatan melihat pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan kerana kami bertolak pada sebelah malam.Cuma, apabila matahari mula memancarkan cahaya pada pukul 6 pagi..barulah Cik Myiesha nampak pemandangan sawah padi di lereng - lereng bukit serta gunung - gunung berapi dan jurang yang agak dalam..Terfikir sejenak bagaimana mereka membuat jalan kereta api melalui jurang - jurang yang dalam di lereng - lereng bukit yang tinggi ...Anyway...sepanjang perjalanan ke Bandung memang menyeronokkan..walaupun Cik Myiesha penat dek tidur dalam keadaan duduk....Tapi dapat juga Cik Myiesha tengok petugas - petugas yang menjaga kereta api dari yang menjual makanan, cek tiket, cleaner tandas dan kutip sampah. Semuanya smart.. ala - ala Airasia gitu.. Makanan dan minuman pun murah dan sedap.. Sebelum kami tiba mereka juga menjual barang - barang berupa manisan untuk dibawa penumpang sebagai cenderahati..harganya 30 ribu rupiah je satu kotak. Setibanya di Bandung , jam 7.02 minit pagi... Keluar dari kereta api..terus kami cari TANDAS.. huhuhu..Tandasnya bersih dan sekali dengan Musalah ..cuma masuk kita kena buka kasut dan stokin yer....Selesai je, kami terus membeli tiket untuk ke Jakarta. Ni kira awal lagi, supaya tak re lewat macam Jogjakarta . Sebelum beli tiket tu, kita isi borang dulu dan terus ambil nombor . Sistem kat sini cepat dan harga tiket dari Bandung ke Jakarta 100 ribu rupiah seorang dengan menaiki Kereta Api Agro Parahyangan dan berhenti di Stasium Gambir iaitu stesen kereta api yang terakhir di Jakarta. Kat Jakarta bukan satu stesen kereta api je..banyak...
Suasana Hotel Amaris Bandung
Seterusnya kami cari teksi dan menuju ke Hotel Amaris Bandung.Breakfast disediakan bila uols menginap kat sini.Tambang ke sana 60 ribu rupiah. Setibanya di sana, punyala ramai orang kita...Ingat kami - kami ja.so uols tak soh takut sangat.. Kat Bandung ni ramai rakyat Malaysia bercuti. Tips kat sini, bila uols awal sampai memang bilik uols belum siap..paling bagus uols check in jam 2 petang sebab bilik dah ready..Kami yang masa tu dah sampai terpaksalah tunggu jam 1 petang untuk cek in disebabkan masa kami sampai ramai yang menginap baru nak cek out.. Hmm..Hotel ni ada wifi percuma..cuma mereka akan ubah ID dan Passwordnya setiap hari. Jadi, uols kena minta kat reception...Percutian di Bandung mengambil masa 2 hari..
Pasar Baru Bandung . Cikit jer ambik gambar.. rambang mata
Disebabkan lama lagi nak tunggu jam 1 petang, kami tinggalkan barang kat reception dan terus menempah teksi untuk menjelajah Bandung. Teksi yang kami sewa tu harganya 650k dalam 12 jam.Nak tempah tanya reception yer. Jadi kemana kita pergi bagitau ja Supirnya namanya Pak Nana. So tempat pertama kami explore ialah Pasar Baru.Fuh..punyalah sesak dan jem jer masuk kat sana..Memang besar bangunan ni dah bertingkat - tingkat . Supir tu akan park kat dalam bangunan . Jangan lupa ongkos parkingnya ya..Masuk ja..hmm..memang mata jadi rambang terutamanya kaum Hawa.. sebab benda favourite bersepah kat sini..murah dan banyak..beli borong lagi murah. Macam - macam ada..kata Astro..
Nasi Ayam Penyet Madu
Yang sempat Cik Myiesha rembat kain baju kebaya yang berkerawang, tudung bawal, tudung biasa, baju - baju tshirt dan jaket kulit. Tips kat sini uols kena pandai tawar menawar dan anda akan dapat harga yang lebih berpatutan. Paling bagus beli BORONG.Para peniaga kat sini memang pandai speaking Malaysia..ala - ala semenanjung gitu..Tak menang tangan dibuatnya..Namun, langkah berjaga - jaga perlu diberi perhatian. Duit uols kena simpan tempat yang selamat sebab penyeluk saku kat sini terror..tambah - tambah mereka tau kita ni orang Malaysia..memang dorang berminat..Setelah penat membeli belah..kami cari makanan kat tingkat atas bangunan. Hmm makan yang kami makan Nasi Ayam Penyet Bermadu yang lengkap 1 pakej tuk makan berdua. Kalu 4 orang makna dua set la kan. Harga 1 set 50k dengan supnya, ayam , ulam, tempe, tauhu dan sambalnya yang KAw KAw PEDAS UOLS>>> Cik Myiesha tak suka pedas namun makan je la..janji lapar ni hilang.. Satu benda baru yang kami belajar kat sini Jus Carrot . Mereka kat sini tak tau apa tu jus carrot ..Uols kena sebut Jus WALTER.. baru mereka bagi Jus Carrot ..Lucu - lucu...ntah kenapa namanya gitew..Selesai makan, singgah kat kedai kasut. Beli sandal. Harganya 30k.. Cuma ni lagi lucu... Masa Cik Myiesha nak bayar, Cik Myiesha hulurkan 100k. Tiba - tiba peniaga tu tanya balik.. " Ada wang pas nya ka mbak?" Apa tu wang pas.. Boleh - boleh dalam kepala otak aku, mungkin dia minta duit RM kot.. Jadi Cik Myiesha hulur RM 1.. Dia gelak seraya berkata " Mbak, bukan saya mau wang Malaysia, saya mau wang kecil, mbak bagi besar banget duitnya..." . Terus je aku kata " Ngak ada mas.."HUHUHU, malu mek oooi...merah muka aku..member aku ketawakan jer..Pengalaman..Then, kami balik ke hotel dulu tuk cek in dan berehat sekejap.
Setibanya di Hotel dan cek in..masuk bilik hotel r ni..tengok bilik punyalah simple..dia tak da kemudahan dobi. Jadi uols yang nak cuci baju ker bagus cari hotel lain la.. Dan, barang - barang kat hotel ni very - very limited..Macam aku yang nak seterika tudung.. Tak dapat uols sebab dah kena pinjam , reception kata kena booking awal - awal..kalu tak tak dapat r.. terpaksala cik Myiesha pilih tudung yang tak payah iron..Kemudahan cerek dan air panas pun tak da kat bilik ni..very disappointed .Tip kat sini bila uols nak pilih hotel dengan harga berpatutan di Bandung make sure semua kemudahan ada k.
Pemandangan di Tangkuban Perahu
Setelah berehat dan bersiap selama 1 jam, Jam 2 petang kami bertolak ke Tangkuban Perahu. Kawah putih gunung berapi yang bernama Kawah Ratu. Perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam. 30 km dari Bandung. Pasal apa gelarannya Tangkuban Perahu, sebab Gunung ni kalau dari Bandung kita lihat seperti Sampan yang terbalik.. But , Cik Myiesha tak dapat tengok.. Kabus tebal sangat dan sejuk.Jadi pakai baju sejuk k..sampai je, memang dah terhidu bau Sulfur yang kuat. Tiket masuk 150k tuk pelancong , tempatan 50k je. Pelbagai jenis barangan di jual di sini, para pelancong boleh juga menaiki kuda untuk jalan - jalan kat sini. Stawberi pun ada..seperti biasa peniaga kat sini memang akan kejar - kejar kita. Macam kami, satu peniaga lelaki tu kejar dari awal kami sampai sehingga kami pulang..sabar je la.. yang penting kita senyum ja dan ucap terima kasih.. dia siap cerita lagi sejarah Tangkuban Perahu dan nak ambilkan gambar kami.. Tips kat sini.. uols kena hati - hati..terutamanya kaum perempuan. Jangan terlalu eye contact sangat ngan mereka ,nanti uols kena pukau..tak balik Malaysia nanti..hehehe..hati - hati je..Selesai bergambar, kami jalan - jalan dan mencuba Teh Botol.. sedap.. lepas tu kami beli Tshirt Hard Rock Cafe dengan I Luv Bandung..lepas tu balik dan meneruskan ke destinasi seterusnya.
Banyak barang - barang menarik kat sini ... Rasalah Teh Botol..Iklan jap..
Pak Nana terus membawa kami ke outlet - outlet Kota Bandung dari Jalan DAGO dan Jalan RIAU . First Outlet..Hmm, Cik Myiesha tengok sama jer pakaiannya macam kat Malaysia. Tak de juga Cik Myiesha beli.. Then ke outlet seterusnya. Sama juga.. Outlet ke 3, berminat r kat satu seluar ni.. sekali Cik Myiesha test..huhuhu...tak ngam uols .. sedangkan saiz L.. Cik Myiesha ni tak re tinggi, cuma pakai seluar tu boleh hangging...Jadi Tips kat sini, uols kena pilih betul - betul baju dan seluar berjenama kat outlet - outlet kat sini, memang jenama mahal tapi awas Fake product pun ada dan saiz orang Indonesia dengan saiz orang Malaysia berbeda ya ... Mereka lebih kecil dari kita a.k.a petite..
Suasana di TOKO 3
Jadi pilihlah dengan Bijak..sebab semua barang memang murah. Kami mengakhirkan jejak membeli belah kami di TOKO 3.. I like this place.. sebab apa? sebab sini banyak jual jenama JEANS dan Paling best JENAMA LEVIS..yang ori o.k.e.y dan harga murah cikit dari Malaysia . Cuma, kat sini memang sesak dengan orang kita sebab ada yang beli jeans banyak - banyak. sebab murah dan kos menjahit seluar dalam 10k jer.. Tapi jangan lupa, uols akan dapat cenderahati percuma berupa Key Chain bila beli barang kat sini..Kat sini wifi free (minta password kat tauke kedai yer) dan ada ruang rehat tuk kita tunggu seluar kita yang kena jahit tu. Harga sehelai jeans levis perempuan yang ikut curve bernilai 345k dalam 88 ringgit gitu. murah kan. Rugi jika tak beli..Jadi kami pun shopping r kat sini. Lama juga menunggu jeans kami siap. Pak Yaya pula sudi membantu kami membeli sim kad baru supaya senang berhubung dengannya. Sim Kad Simpati 25k .
Sim Kad Baru..
Krating Daeng atau Livita
Selesai je dari Toko 3 kami balik ke Hotel.Sebelum balik kami minta tolong Pak Yaya belikan nasi goreng tapau dengan sup kaki kerbau sebab dah terlalu penat.Sampai hotel rehat dan TIDUR..
Esok sambung lagi explore BANDUNG...
4 comments:
wah bestnya ko dyg pegi Indon..aku blm pernah jejak ke sana.huhuhu
Baru first time ni Yanie ..nda pernah jalan jauh - jauh...Ada rezeki lebih nanti mo jua try p Seoul..ada jua ko..hehe....
dialu2kan klu ko bah ke Seoul tu.mcm kg halamanku suda kwn2 bilang!hehehe
In Shaa Allah, next time mau jelajah Indon plak!=)
dasatlah.. first time gi indon dah trans java..
Post a Comment