Sunday, October 27, 2013

Salad Buah - buahan.....




Aiii.....aku bosan hari ni... tak tau nak wat pa..bosan nak menghadap lappy je.. kerja belum lagi settle - settle...Alahai anak omak ni..bila dah bosan tahap gaban ni.. kena cari pengubatnya.. Hmm, hari ni nak wat salad.. Healthy Food ...luv it..Ok, makcik, pokcik,akak,abang, adik comei - comei tu meh sini.. senang jer resepi ni kalu nak cuba..Mai che nak habaq..




Bahan - bahan
1 biji epal hijau
1 biji epal merah
1/2 biji buah tembikai
1 biji buah oren
segugus anggur hijau
1 cawan Yogurt asli



Cara membuat
1. Potong dadu buah - buahan tadi.
2.Gaul rata yogurt dengan semua bahan.
3.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
4. Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan hidangkan. 

Selamat Mencuba..!!!!


Thursday, October 24, 2013

Homemade Kimbab By Myiesha..




Hari ni, cik Myiesha Cuti.. kira cuti merehatkan diri disebabkan terlalu sibuk ngan tugas dan kesihatan yang tak mengizinkan..Alhamdulilah..dapatlah rehat kat rumah...main ngan kucing, serta mencuba resepi baru.. For u info guys.. Cik Myiesha tak pandai wat sushi...tetapi akibat keminatan dengan makan tersebut.. Cik Myiesha try.. Jadi kali ni, cik Myiesha nak berkongsi resepi KIMBAB.. Korean Sushi.. Cik Myiesha baru try bulan lepas.. kira rasanya bole la masuk perut...So, let move to our ingredient for this dish...



Bahan - bahannya :

1 batang lobak
1 batang timun
2 biji telur
2 batang sosej
1 batang baby kailan
2 sudu Sos Cili
2 sudu besar Mayonise
1 sudu kecil lada sulah
1 paket kulit seaweed
3 senduk nasi sejuk yang telah dimasak. Guna beras biasa pun bole.. tak jadi masalah.
dan bahan perasa : Garam secukup rasa je..


Cara membuatnya :

  1. Potong bahan - bahan sayur  kecuali baby kailan dan sosej secara memanjang,.. Kira semua sayur tu potong memanjang.
  2. Goreng telur macam buat telur dadar gitu. Lepas masak angkat dan biarkan sejuk. Potong telur dadar ini secara memanjang.
  3. Rebus setengah masak baby kailan dengan sedikit garam dan lada sula.kemudia toskan dan angkat.
  4. Seterusnya, gaulkan nasi sejuk tadi bersama garam, lada sulah dan mayonise. Gaul sebati dan ketepikan.
  5. Seterusnya, goreng tanpa minyak, bahan - bahan sayuran yang dipotong tadi dan juga sosej. Goreng dalam 2 minit dan angkat.
  6. Sekarang aktiviti menyusun.. bentangkan seaweed di atas papan babu yang boleh didapati di Daiso. harga dalam rm 5 ringgit. 
  7. Kemudian, letakkan nasi di atas seaweed, dan tekan - tekan dan ratakan. Tak perlu banyak. 
  8. lepas tu susun, sayur - sayur , sosej , telur secara memanjang dan letakkan sos cili. Kemudian, gulung...
  9. tadaa..siap.. lepas tu potong ikut suka... macam style potongan kimbab uols..Siap untuk dihidang..











Sunday, October 20, 2013

Resepi Sup Ayam Sayur - sayuran



Simple dan Sihat...

Alhamdulilah, dah tiga hari demam.. Bersyukur sebab Allah tu sayang kat Cik Myiesha...Amin.. Semoga Cik Myiesha cepat sembuh... Insha Allah...dan diberikan kesihatan yang baik...Aminn..

Baiklah, malam ni Cik Myiesha nak berkongsi resepi lagi. Kali ni resepi Sup .. Bukan apa, semenjak demam ni tekak ni tak larat sangat nak makan yang pedas - pedas dan yang kering - kering gitew.. nak yang berkuah dan more to lembut - lembut...

 

Sup Ayam with biskut Oat ...dap dap dap.. Alhamdulilah

Oleh itu, dengan kudrat yang ada, Cik Myiesha wat Sup Ayam. Sesuai dimakan panas - panas..Nak kuarkan peluh gitew.

Bahan - bahannya :

2 Keping daging Sukuan Hadapan Ayam(dipotong dadu)
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
4 cawan air
2 inci halia (dihiris)
1 batang lobak
2 biji ubi kentang (dikupas kulit dan dipotong dadu)
1 kiub ayam
1 uncang herba sup adabi
1 paket perencah sup adabi
garam dan aginamoto secukup rasa

Cara memasak : 

1. Panaskan 4 cawan air di dalam periuk.
2. Kemudian, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, halia.
3. Masukkan perencah sup adabi, uncang perencah sup adabi dan kiub ayam.
4. Seterusnya, masukkan ayam, lobak dan ubi kentang .
5. Masukkan garam dan aginamoto secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih dan ayam  masak.
6. Setelah masak, hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng serta daun bawang.

Kalori SUP AYAM ni ialah 80 Kalori.

Jadi bagi yang menjaga kesihat ,..Bagaimana nak bakar 80 Kalori ????
Anda boleh lakukan salah satu aktiviti seperti berikut :
  • Berjalan Kaki selama 22 minit
  • Jogging selama 9 minit
  • Berenang selama 7 minit
  • Mengayuh basikal selama 12 minit 
Sumber dipetik daripada : Kalori Makanan

Selamat Mencuba !!!!!!




Saturday, October 19, 2013

Resepi Chicken Sausage Cheese Scramble Eggs with French Loaf dan Mushroom Soup



Assalamualaikum uols... Hari ni hari Sabtu..Cuti .. Jadi tengah - tengah rest - rest tu.. or sibuk online jom try resepi simple yang Cik Myiesha wat ni.. Janji mudah, ringkas dan mengenyangkan....  Jom kita start...




Pertama sekali sebelum mula memasak . Pastikan dulu semua bahan - bahan telah lengkap..paling penting roti tu kena ada..Beli kat Giant..tak pun pergi je kat kedai Bakery..memang ada...

Bahan - bahannya :

  • Sausage (ikut suka korang nak pakai berapa)
  • Kraft single cheese
  • Telur 2 biji 
  • 3 sudu butter




  • 1  buku roti french 
  • Campbell mushroom soup
  • mayonise (ikut citarasa anda)



  • Cara membuatnya ;
    1. Potong roti French Loaf secara mengiring.ikut ketebalan roti yang korang suka. Untuk pengetahuan uols. Roti ni keras sedikit.Jadi disyorkan pada semua yang nak buat resepi ni kena potong jangan terlalu tebal sangat.. takut yang tak biasa makan sakit gigi...hehehe..
    2. Selepas itu, sapukan roti dengan butter di kedua - dua bahagian. Ini supaya roti dibakar menjadi garing dan ranggup. tak la hangus.
    3. kemudian, potong sosej ikut potongann dadu dalam saiz yang kecil - kecil.
    4. Pecahkan dua biji telur dan goreng, buat scramble eggs yang telur hancur tu (uols  tambahkan perisa seperti garam , ajinamoto dan lada hitam secukup rasa)... lepas tu kita masukkan sosej yang telah dipotong tadi bersama. goreng dan goreng sehingga masak. tutup api.simpan dalam bekas.
    5. Lepas tu, sesudah sejuk, gaulkan sosej bersama scramble eggs dan mayonise. If suka, masukkan sos cili  secukup rasa.. lagi SEDAP..
    6. Gunakan sudu sederhana, letakkan inti tadi di atas roti french loaf yang disapu butter. Apabila selesai, susun roti di atas dulang pembakar, dan bubuh  cheese di atas roti tadi. Masak dalam 5 hingga 8 minit. sekejap ja. kalu guna oven mungkin 5 minit je.. Cik Myiesha guna kuali..jadi 8 minit. sehingga cheese cair. jangan masak terlalu lama.. Hangus nanti tak sedap..
     
     


     Ini lah hasilnya .......TADAAAAA

     Yang soup ni.. seperti biasa buka tin sup Campbell tu dan panaskan . Ikut arahan kat tin tu yer..dan kalu nak kreatif pandai - pandai la uols tambah untuk kasi sedap.. French Loaf ni sedap makan dengan Sup ni...
    Selamat Mencuba....!!!!!!!






                                                                                                                                     

    Thursday, October 17, 2013

    Lompat Si Katak Lompat



    Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.


    Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

    FROG BADGE


    MENGAPAKAH FROG VLE DIPILIH?
    Ia menjadikan hidup setiap orang, menjadi lebih mudah. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)