Hari ni, cik Myiesha Cuti.. kira cuti merehatkan diri disebabkan terlalu sibuk ngan tugas dan kesihatan yang tak mengizinkan..Alhamdulilah..dapatlah rehat kat rumah...main ngan kucing, serta mencuba resepi baru.. For u info guys.. Cik Myiesha tak pandai wat sushi...tetapi akibat keminatan dengan makan tersebut.. Cik Myiesha try.. Jadi kali ni, cik Myiesha nak berkongsi resepi KIMBAB.. Korean Sushi.. Cik Myiesha baru try bulan lepas.. kira rasanya bole la masuk perut...So, let move to our ingredient for this dish...
Bahan - bahannya :
1 batang lobak
1 batang timun
2 biji telur
2 batang sosej
1 batang baby kailan
2 sudu Sos Cili
2 sudu besar Mayonise
1 sudu kecil lada sulah
1 paket kulit seaweed
3 senduk nasi sejuk yang telah dimasak. Guna beras biasa pun bole.. tak jadi masalah.
dan bahan perasa : Garam secukup rasa je..
- Potong bahan - bahan sayur kecuali baby kailan dan sosej secara memanjang,.. Kira semua sayur tu potong memanjang.
- Goreng telur macam buat telur dadar gitu. Lepas masak angkat dan biarkan sejuk. Potong telur dadar ini secara memanjang.
- Rebus setengah masak baby kailan dengan sedikit garam dan lada sula.kemudia toskan dan angkat.
- Seterusnya, gaulkan nasi sejuk tadi bersama garam, lada sulah dan mayonise. Gaul sebati dan ketepikan.
- Seterusnya, goreng tanpa minyak, bahan - bahan sayuran yang dipotong tadi dan juga sosej. Goreng dalam 2 minit dan angkat.
- Sekarang aktiviti menyusun.. bentangkan seaweed di atas papan babu yang boleh didapati di Daiso. harga dalam rm 5 ringgit.
- Kemudian, letakkan nasi di atas seaweed, dan tekan - tekan dan ratakan. Tak perlu banyak.
- lepas tu susun, sayur - sayur , sosej , telur secara memanjang dan letakkan sos cili. Kemudian, gulung...
- tadaa..siap.. lepas tu potong ikut suka... macam style potongan kimbab uols..Siap untuk dihidang..
No comments:
Post a Comment