Sunday, October 20, 2013

Resepi Sup Ayam Sayur - sayuran



Simple dan Sihat...

Alhamdulilah, dah tiga hari demam.. Bersyukur sebab Allah tu sayang kat Cik Myiesha...Amin.. Semoga Cik Myiesha cepat sembuh... Insha Allah...dan diberikan kesihatan yang baik...Aminn..

Baiklah, malam ni Cik Myiesha nak berkongsi resepi lagi. Kali ni resepi Sup .. Bukan apa, semenjak demam ni tekak ni tak larat sangat nak makan yang pedas - pedas dan yang kering - kering gitew.. nak yang berkuah dan more to lembut - lembut...

 

Sup Ayam with biskut Oat ...dap dap dap.. Alhamdulilah

Oleh itu, dengan kudrat yang ada, Cik Myiesha wat Sup Ayam. Sesuai dimakan panas - panas..Nak kuarkan peluh gitew.

Bahan - bahannya :

2 Keping daging Sukuan Hadapan Ayam(dipotong dadu)
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
4 cawan air
2 inci halia (dihiris)
1 batang lobak
2 biji ubi kentang (dikupas kulit dan dipotong dadu)
1 kiub ayam
1 uncang herba sup adabi
1 paket perencah sup adabi
garam dan aginamoto secukup rasa

Cara memasak : 

1. Panaskan 4 cawan air di dalam periuk.
2. Kemudian, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, halia.
3. Masukkan perencah sup adabi, uncang perencah sup adabi dan kiub ayam.
4. Seterusnya, masukkan ayam, lobak dan ubi kentang .
5. Masukkan garam dan aginamoto secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih dan ayam  masak.
6. Setelah masak, hidangkan di dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng serta daun bawang.

Kalori SUP AYAM ni ialah 80 Kalori.

Jadi bagi yang menjaga kesihat ,..Bagaimana nak bakar 80 Kalori ????
Anda boleh lakukan salah satu aktiviti seperti berikut :
  • Berjalan Kaki selama 22 minit
  • Jogging selama 9 minit
  • Berenang selama 7 minit
  • Mengayuh basikal selama 12 minit 
Sumber dipetik daripada : Kalori Makanan

Selamat Mencuba !!!!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)