Assalamualaikum uols... Hari ni hari Sabtu..Cuti .. Jadi tengah - tengah rest - rest tu.. or sibuk online jom try resepi simple yang Cik Myiesha wat ni.. Janji mudah, ringkas dan mengenyangkan.... Jom kita start...
Pertama sekali sebelum mula memasak . Pastikan dulu semua bahan - bahan telah lengkap..paling penting roti tu kena ada..Beli kat Giant..tak pun pergi je kat kedai Bakery..memang ada...
Bahan - bahannya :
- Sausage (ikut suka korang nak pakai berapa)
- Kraft single cheese
- Telur 2 biji
- 3 sudu butter
Cara membuatnya ;
- Potong roti French Loaf secara mengiring.ikut ketebalan roti yang korang suka. Untuk pengetahuan uols. Roti ni keras sedikit.Jadi disyorkan pada semua yang nak buat resepi ni kena potong jangan terlalu tebal sangat.. takut yang tak biasa makan sakit gigi...hehehe..
- Selepas itu, sapukan roti dengan butter di kedua - dua bahagian. Ini supaya roti dibakar menjadi garing dan ranggup. tak la hangus.
- kemudian, potong sosej ikut potongann dadu dalam saiz yang kecil - kecil.
- Pecahkan dua biji telur dan goreng, buat scramble eggs yang telur hancur tu (uols tambahkan perisa seperti garam , ajinamoto dan lada hitam secukup rasa)... lepas tu kita masukkan sosej yang telah dipotong tadi bersama. goreng dan goreng sehingga masak. tutup api.simpan dalam bekas.
- Lepas tu, sesudah sejuk, gaulkan sosej bersama scramble eggs dan mayonise. If suka, masukkan sos cili secukup rasa.. lagi SEDAP..
- Gunakan sudu sederhana, letakkan inti tadi di atas roti french loaf yang disapu butter. Apabila selesai, susun roti di atas dulang pembakar, dan bubuh cheese di atas roti tadi. Masak dalam 5 hingga 8 minit. sekejap ja. kalu guna oven mungkin 5 minit je.. Cik Myiesha guna kuali..jadi 8 minit. sehingga cheese cair. jangan masak terlalu lama.. Hangus nanti tak sedap..
Ini lah hasilnya .......TADAAAAA
Yang soup ni.. seperti biasa buka tin sup Campbell tu dan panaskan . Ikut arahan kat tin tu yer..dan kalu nak kreatif pandai - pandai la uols tambah untuk kasi sedap.. French Loaf ni sedap makan dengan Sup ni...
Selamat Mencuba....!!!!!!!
No comments:
Post a Comment