Saturday, April 30, 2011

Layan Cheese Cake pun Jadilah...

Ngap Ko...Sapa Suru Ko Sedap Giler.

Winky --Winky uols..almaklumlah hari isnin cuti kan..hehehe.. Labour Day.. jadi sebelum pa pe..aku nak mengusik uols dengan makanan favorite aku ni..Cheese Cake..heheh..Home made punya yer..Mummy aku bussiness benda ni...jadi aku sebagai little daughter dia kena la tau membikin..kehekekeh..bukan membedal ja tau..hahahha. (^-^).. Resepi ni diturunkan dari family sebelah Mummy aku ka Nun Pulau Mutiara..Bukan Penang Yer..Labuan..Alah..aku rasa kat negeri uols pun ada jugak orang jual kek camne..but lagi sedap kali tau yang Full with Cheese..yang chill punya..cam Secret Recipe Punya Blueberry CheeseCake..waduh..air liurku meleleh dah ni..namun...ku makan juga cheese cake ni...
Kelebihan Cheese Cake yang aku makan ni, cream cheese dia memang moist..dan dia punya kek lembut..korang tak rase kan ..but yang dah jadi buyer tetap tu..fahem - fahem suda...hehehe..dorang rajin membeli..but, customer ni area sini - sini jer..lagipun kalu nak delivery seberang laut..ntah jadik apa suda kali tu tau..kek lagi ka...

Gini rupanya bila dah kesejukkan dalam peti ais 1 malam..

Akibat keazaban menanggung kerinduan pada cheese cake ni aku layan dulu..hehehe..selamat menghayati uols..

ni tuk customer yang order kek ni..full of creamy cheese..yummY

XOXO

Wednesday, April 27, 2011

Instinct .. Mainan Perasaan atau sebaliknya..

Bercerita pasal instinct atau sangkaan ni..memang selalu lagi suka difikirkan oleh cik pempuan atau En. lelaki..Ce Cite..hehehe..uols, kekadang sangkaan ni datang dari hati dan akal kita akan berfikir lalu kuar dari mulut kita...hmm..Kira bagus kan uols kalu sangkaan tu baik ...namun tak semestinya baik..kekadang uols mesti yang buruk dulu kita fikirkan ..yang baik tu terkemudian.Aku ambil satu kisah yang aku nak share ngan uols..

Seorang budak hingusan bernama Adam merupakan seorang yang baik, sopan santun dan rajin. Dia ni tinggal kat Kampung Tanjung Kapor.. kemudian dia telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Maka, pergila dia uols sambung study kat sana..Dalam masa setahun dia pun sendla beberapa pic dia kat sana tuk kekawan dia kat Malaysia..Alih - alih tengok dia bergambar dengan ramai pempuan dan fesyen dia pun stylo...kira hencem r dari dulu..

" Alamak, ko tengok si Adam ni , berubah suda r dia...ni mesti kena kejutan budaya..tengok siap bergambar ngan perempuan lagi tuh" Kata member c Adam ..

Hah, ni sudah bersangka buruk kan..bukan apa, baik sangat kita bersangka ni cuma kalu baik ok r kan uols kalu buruk..hmm..tak ok r jadinya.. jadi sebagai kesimpulannya ,janganlah kita menghukum orang tanpa sebarang bukti yang jelas dan kukuh. jangan terlalu instinct sangat yer uols..memang r kekadang tu betul..but tak elok juga percaya sangat.hehehe..(^-^) adios..

Sunday, April 24, 2011

Panasnya..Tips yang perlu dan tak perlu ?

Hmm..anugerah Allah S.W.T . Terdetik di hatiku. Sebelum ni hujan memanjang.semua orang bising, sekarang panas memanjang pun orang bising juga.. Rahmat Tuhan. Jadi sebagai hambanya kita patut bersyukur..Syukran..(^-^)..Jadi, dikala aku dan uols sibuk dengan aktiviti memasing, marilah kita jaga kesihatan sama - sama. Bukan apa, buli - buli juga penyakit timbul pabila cuaca panas ni..Jadi Benda yang perlu kita wat dan Tak Perlu..Aku bagi credit kat Lanun SePet..Bole jadi dr la Luuu..Thanks..

Sebelum tu kita cek dulu kesan haba ni pada tubuh.

Kesan Haba Pada Tubuh

  • 20 darjah celcius- selesa, denyutan nadi normal.
  • 25 darjah celcius- peluh biasa.
  • 30 darjah celcius- ketidakselesaan.
  • 40 darjah celcius- kepanasan melampau,denyutan nadi pantas, letih.
  • 45 darjag celcius- kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.
Tips Perlu Anda Buat

  • Minum air yang banyak.tanpa mengira aktiviti apa yang uols buat. jangan sampai tunggu uols dahaga baru nak minum air.
  • Minum minuman isotonik kerana minuman ini dapat mengantikan garam mineral yang hilang di badan akibat berpeluh.
  • Lepak kat rumah or dalam bangunan..sure tak kena panas.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Berehat dengan kerap.
  • Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.
  • Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang.. sejukla badan.
  • Jangan lupa pakai topi ato payung ketika keluar dari rumah.
  • Ubahsuai diet anda:.Masa cuaca begini, elakkan lah makan pedas - pedas ye, and makanan berat. Makan lah makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi terutamanya salad dan buah - buahan.

Yang Tidak Perlu anda Buat

  • Minum minuman yang berkafien, alkohol, berkarbonat, yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Benda ni membuatkan uols kehilangan lebih banyak cecair dalam badan.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup..Hehehe, ni mesti ada yang buatkan.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
  • Elakkan minum minuman berais.

Selamat Mencuba

Saturday, April 23, 2011

Sedap..Nyum..Nyum..(^-^)

Butter Prawn..Yummy..Vitamin ni..(^0^)

Alahai..uols..rugi kalu tak makan benda ni,.alih - alih Sea food..Sure, korang mesti suka..Aku ni memang suka makanan ni..Straight to da point..Ni la aktiviti di waktu lapang..Makan Time.Jadi kalu uols berkunjung ke sini..order menu ni yer..tak rugi..sodap..Nyum..Nyum..Mai Makan..Myiesha suapkan yer..(^-*)

Sayur Campur ..Ada cendawan butang..
Sweet and Sour Crab..

Friday, April 22, 2011

Public Holiday...Prince William and Kate Middleton

Hye ...korang mesti heran apsal entry aku kata gitu..alala..uols kat Sabah ni jer Public Holiday sebobnye Good Friday.(^0^)..so kamik cuti ler yer..Jangan Jeles...Semua mesti tak sabar - sabar kan nak tengok pasangan Diraja ni kawen.. Almaklumlah...Anak Raja...Sapa tak nak tengok majlis dorang yang Grand Billion or Silap Trilion dollar..Yela..Dorg kan Anak raja....(^-^)..Cam aku juga tak sabar - sabar nak tengok...

Mulai 25 April huhu..1 minggu uols kat Astro TLC tentang Keluarga Diraja ni ditayangkan..Channel 707 yer..kira Hot la minggu depan ni..Dari Isnin Sampai Jumaat...(29 April 2011)..

Bila aku fikir balik ..teringat mendiang Puteri Diana yang dah mangkat akibat accident suatu ketika dahulu..uols mesti tau kan..masa tu isu dia memang panas..alih 2..anak dia pun punya wedding cam Pisang Goreng Panas..Kira Wedding dorang ni nak la GaH seperti Mak Bapa dorang masa 1981 (Prince Charles and Princess Diana's)..

5 Sebab utama korang mesti terpacak kat TV mulai minggu Depan ni ialah :

1.Perkahwinan ni diadakan di Bangunan Bersejarah Westminster Abbey, Struktur bangunan yang ala - ala Gothic yang dibina lebih 1000 tahun dahulu dan pernah menjadi tempat banyak monarki..

2. Tetamu First Class.. Gred A ja .. sebabnya ada 3000 sit kat Abbey ni..So jangan haraplah orang biasa -biasa jer duduk kat sana k..Hanya orang - orang ternama bagi keluarga kerajaan dorang k. Kira bernasib baik la kalu PM kita dijemput..yer..(@-@)

3. Gaun Si Kate Paling Melatop..nasib baik tak da Firework hehehe..Kira dress pengantin wedding kerabat dorang ni memang jadi tatapan dunia. dari Princess Diana sampai la C Kate ni.. So tak heranla, tiara yang dia pakai tu pun dicadangkan oleh Ratu...Alahai bertuahnye badan.tinggal pakai ja...(*-*)

4. Perarakan Diraja..Heheh..Korang dah Tengok TV kan..memang dicek ngan teliti la jalan yang akan digunakan semasa perarakan tu . takut ada yang Pasang Boom Jangka..Huhuhu..Perarakan Diraja ini akan menaiki kereta Kuda bermula dari Westminster Abbey melalui White Hall dan Parliament Square dan berakhir di Istana Buckingham.

5. Hiburan First Class.. Alala, kalu ada kawen mesti ada hiburan.. Jadi dorang ni akan diraikan oleh artis - artis ternama.. So tengok tV tu yer..tuk mengikuti detik - detik bersejarah ni..

Monday, April 18, 2011

Guna Jari Pun Bole...

Wink 2...hmm..asyik cerita keperempuanan ja..memang pun..uols yang suka fesyen dan kecantikan cam aku ni mesti tercari - cari cara nak bermekap guna jari kan..hmm..Tutorial ni bantu uols bermekap ngan jari jemari uols yang halus gitu..

Tutorial dari Michelle Phan ni memang aku suka..sejak aku jumpa Youtube dia hmm..memang terus aku tak jemu - jemu tunggu the latest make up tutorial dari dia..Ehem..aku pun cuba juga..hehehe..yang penting make up dia ni mudah diaplikasi dan senang....make up ni sesuai tuk kulit gelap dan cerah yer...cubala..sure malaTOp..(^o^)...

Make up dia ni dari Promise Channel..tapi make up Silky girl , Maybeline ker or sewaktu dengan nya bole juga wat transformasi camni..Layanzz..

Enchanting Prom

Sunday, April 17, 2011

Hot...But...tak sakit kaki ke?

Heel...siapa tak suka pakai kasut tinggi a.k.a heel..ada yang kata pakai heels ni buat kaki kita sakit..memang betul..cuma bagi aku itu dari segi pemilihan kasut yang kita nak pakai..kasut rendah pun sakit kaki juga kan..(^-^)..so kita kena bijak memilih..yang penting benda tu sesuai dan selesa di kaki kita...(*-*)...kat sini uols aku nak berkongsi tip memilih The right Pumps aka Heels...

Let Check....

1.Ketika hendak cuba kasut tu, pastikan pakai sepasang..jangan sebelah kasut ja.gerenti uols tak rasa keselesaannya..

2. Ketika kita pakai kasut tu..kita tak rasa tegang..Meansnya uols macam rasa kebas la, kaku, keras, sendat dan sebagainya..kira kalu kita berjalan tu, tak rasa kelonggaran..ketat semacam ja..sure memang tak sesuai ngan korang..Yang penting cari yang selesa, bole bergerak bebas, tak kaku, keras dan sebagainya.

3. Perlu diingat , uols mengunakan kasut 4 - 8 jam sehari bergantung pada diri uols..atau pegi ke party dan sebagainya..jadi kena pilih kasut yang sesuai..yang selesa dan mampu menampung berat badan kita diwaktu mengunakannya..

4.Warna..Anda perlu mempelbagaikan warna..jangan asyik warna yang sama saja...Pilihan selamat..alahai yang bole mix and match..warna hitam la..but kalu nak elegant..apa kata try gold or coklat..atau gangsa..pasti havoc..nak seksi..heels merah la...

5.So, kalu rasa - rasa heels korang tu tak masuk ngan baju or dress senang ja..beli baju dulu baru beli kasut..senang dan sepadan..hehehe..(^-^)

Wednesday, April 13, 2011

Good Choice Vs Bad Choice...!

Alahai...canteknya c Marimar ni...But, cerita aku kali ni bukan pasal marimar..Tapi Choice,...Paham jugak korang kan tentang Choice ni..Macam juga cerita Marimar..dia pun mencari Pilihan yang betul untuk dirinya..Cerita ni aku suka..so sekarang aku cerita pasal aku pulak....

Hmm..Hati kecil ini sering berkata bahawa aku hidup didunia ini sudah lama...Semakin lama aku hidup semakin banyak ujian yang datang ,,...(T-T).Aku akui..aku sama seperti manusia yang lain, punya akal dan minda yang dikurniakan Allah untuk membuat keputusan.Namun, setiap kali ujian itu datang, kadangkala aku payah untuk memilih atau membuat pilihan.. Sudah pasti, uols pernah menghadapi situasi seperti aku..Lantaklah, korang hidup style camna, tapi gerenti kena uji punya...Dari kaya, miskin, hina dan dina...Aisyemen..berfalisifat pulak..Stop..!..

Ada kala hati ini kita ni berbelah bagi memilih satu antara dua..Hehehe..Uols mesti faham punya..mesti pernah dijadi dalam hidup uols sama ada lelaki mahupun pempuan .Tak kisahlah cerita nya tu bertemakan apa...LOVE STORY ka, NAK JADI KAYA ka, NAK PAKAI KETA BARU ka..dan sebagainya..memang diuji dalam membuat keputusan.Pada masa tu Uols mesti tersepit dan buntu untuk memikirkan jalan keluar. Tak tahu arah mana yang hendak dituju, apa yang harus dilakukan dan bagaimana caranya..Hmm..Jadi aku mo kasi tip la ni..Aku pun bukan juga selalu guna ni TIP..but bila dah terdesak guna jugak ni..Takkan nak biar kita terapung - apung sampai tak dapat satu keputusan yang MUKTAMAD dalam MENENTUKAN HALA TUJU HIDUP KITA..

  1. Fikir baik buruknya kita apabila kita membuat satu keputusan..Ni kira macam uols buat kajian la..mana uols nak pilih..yang ini ka atau keputusan lain..Uols mesti kaji baik buruknya jika uols buat pilihan ni dan keputusan uols ambil disamping menilai perasaan orang lain or melibatkan persekitaran uols..Example yang dipahami akal korang: kalu kita memilih Si A dan Si B, kita kaji dulu kebaikan dan kelemahan mereka berdua,.baru wat keputusan.

  2. Sudah yang step 1 kita buat, kita tanya pandangan orang lain..Mungkin uols tak berkenan ngan pandangan aku ni.but aku rasa patut juga tanya..Yelah, kita hanya punya mata , 1 akal dan 1 hati..Kalu kita berkongsi buat fikiran ngan orang lain sekurang -kurangnya kita dapat membuat keputusan yang tepat dan dapat meminimumkan keraguan kita dalam membuat keputusan tersebut...Takut tersalah pilih...Alamat dapat JERUNG nanti..Naya..Contohnya..Ibu Bapa kita, Kawan Rapat dan yang korang rasa percaya dan bole bagi buah fikiran ..bukan bagi idea jahaman..

  3. Kita minta tolong sama Tuhan..Hmm..Yang ni uols mesti faham..Dalam islam sendiri juga mengatakan jika semua benda ni berlegar - legar dalam diri uols dan benar - benar uols BUNTU...? Ya, Kepada dia kita mengadu.Allah SWT.Dia hanya memberikan petunjuk..Buat Solat Istikharah pada 2/3 malam untuk memohon petunjuk darinya..

Uols ,tu sajalah Tips dia ..sebarang penambahan dialu - alukan..semoga uols dan aku juga TIDAK salah DALAM MEMBUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN ..

Monday, April 11, 2011

Cuci Mata dikala Kelabu Asap

Hello..hmm..lama jugak aku tak bukak blog aku ni..hmm..biasolah...asyik sibuk je memanjang..hmm..kali ni uols aku nak gitau website shopping online yang kelas gitu untuk uols yang sukakan fesyen..cam aku ..hehehe(^-^)...em...website yang aku nak share ni..khusus tuk yang pakai tudung yer..kalu uols suka uols klik jer..trus ke blog or website tu...kira web yang aku bagi ni berpatutan la harga tudungnya dan sedap mata memandang..Bukan takat tu jer uols..fesyen nye latest..But,mungkin aku share ni sikit jer ko.yang lebih tu..uols pandai jugak cari sendiri kan..hehehe.. Ni lah linknye.klik jer..direct trus.takda coner 2 lagi..hehehe.. Link

Hmm..uols ni lah link - link yang selalu aku tengok..hope ur enjoy and happy shopping..

Friday, April 8, 2011

Lupa lagi...

Yu huuuu...selamat bertemu di entry kali ni...hehehe..Pelupa betul aku ni..Dipendekkan cerita bole - bole aku lupa kunci umah aku tadi..Huhuhu..Nasib baik la mummy aku balik..kalu tak..aduish...How come aku ni pelupa ni..banyak benda ka aku fikir ka?..Adedeh..Myiesha..lum tua lagi ko..still young..Nauzubillah aku terkena Peyakit Pelupa ni..Keep on Moving Baby..Istigfar banyak - banyak..Refresh Ur Mind..(^-^)..Jadi aku mulalah mencari , cari benda - benda yang patut supaya tak menjalarlah penyakit pelupa aku ni...Disini aku kongsikan tentang Penyakit Pelupa ni penyebab dan rahsia yang bole menguatkan daya ingatan korang dan termasuklah aku ni...sama - sama kita renungkan..credit too Bro Rick for this good Info.. Penyebab Penyakit Pelupa..
  • Melihat Pornografi..@ Lucah..sama ada gambar lucah, video lucah dans sewaktu dengannya..haihh(T-T)..
  • Makan Kepala Ikan..huish..sedap ni kepala ikan..
  • Makan organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
  • Makan makanan yang tercemar oleh cik semut kerana dipercayai cik semut ni bawa sejenis bahan kimia yang menyebabkan daya ingatan kita ni lemah.
  • Jangan makan berlebihan( makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang..Ni aku selalu buat..adui)
  • Jangan minum air antara suapan makan. Contohnya. Jangan minum sebelum korang selesai makan.
  • Elakkan sukan yang memberikan gegaran yang kuat kat Kepala korang seperti boxing, gusti, wrestling dan sebagainya.
  • Elakkan pergaduhan, berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala . Uols nak tau, gegaran yang kuat kat kepala dan juga kerap boleh akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipang! gil `dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.
Rahsia menguatkan DAYA INGATAN ..

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

  • - Buah anggur hitam
  • - Madu lebah
  • - Halia
  • - Buah badam
  • - Susu
  • - Air zam zam
  • - Kismis
  • - Jus karot & madu
  • - Epal
  • - Kurma
  • - Ikan tuna
  • - Tempe
  • - Air soya

Itu hanyalah sebahagian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaatpun kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.

2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah, jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

Link

Tuesday, April 5, 2011

Kenapa kah Dikau Pergi Meninggalkan Ku...

Syoknye tengok dia main sorok -sorok

Hmm...Myiesha sedih..(-__-).Myiesha rindu kucing myiesha..kucing Myiesha hilang kelmarin..Uols...Entahlah, putih kesayangan myiesha pi mana..Dah dua hari hilang..Myiesha dah jaga kucing ni almost 8 month..dah gebu pun..hehehe..Harap - harap dia balik umah yer..still hope.......semoga dia selamat...My Whitty..

My Whitty or Putih

Myiesha Hope..jika dia dah kena tapau ker, ada orang dah ambik..hope yang jaga dia tu..dapat jaga dia ngan baik, bagi makan n tempat tinggal yang elok dan menyayanginya seperti haiwan - haiwan peliharaan yang lain..Amin...

Sunday, April 3, 2011

Lelaki suka wanita yang begini ka?.

Hi uols..lama dah tak wat entry ala - ala journalist gitu..ehehek..kali ni aku nak share r kat uols tips.. Tips apa tu ah..? Bukan tips masakan ..Tips nak tackle hati si dia....(^-^)..mesti uols nak tau juga kan..lelaki tu suka spesies pempuan camna..Hmm..aku kasitau..aku dapat ni pun Linkdari koleksicinta.com.. credit to this web..(^-^)

LELAKI SUKA ...

  1. Wanita bersifat keibuan..Gaya lemah lembut, berpewatakan sederhana...ala cam emak dia pun ...hehehe
  2. Wanita Matang ..Hmm yang bole atur hidup sendiri, bijak dan pandai buat keputusan .Nak merimaskan..tau semua..lelaki memang suka.
  3. Wanita yang jadi dirinya sendiri..Nda hipokrit..Lelaki pun gitu la jugak..Lelaki suka perempuan yang tidak kekok jika berbicara,.gara - gara nak jaga hati si dia korang sanggup bersifat "Plastik" ..alahai...konfirm direject..
  4. Wanita Berterus Terang ..Pantang la si Jejaka ni bila kita sembunyi sesuatu dari dia..7 keturunan tak settle dek ooo..Dorang suka yang terbuka dan berterus terang..
  5. Wanita yang sederhana..Adeh..simple is nice..jangan la minta itu ini..Lelaki ni tak suka kan cabaran dan situasi yang sukar..dorang suka yang sederhana aje..
  6. Wanita berpotongan badan yang menarik..Ala - ala Kim Kardisian..Hmm..tu satu bonus la kalu si Jejaka dapat..But, dorang tak pentingkan sangat..Yang penting hati mau baik ma..Benda ni tak kekal lama..Bagi pempuan jaga kesihatan dan diet seharian korang..yakin pada diri sendiri yang korang mampu dan setanding wanita - wanita cantik tu..(* -*).
  7. Wanita Pandai Masak..Alahai..ni wajib..gerenti bukan Takat Si Jejaka Suka..Mak mertua pun suka..hehehe..bole kawin dah ni..kalu masakan Ala Hotel Five Star..So, Cik - cik semua..rajinkan diri ke dapur..(^-^)..
  8. Wanita Pandai Jaga Hati ..Keperibadian wanita yang lembut mudah didekati dan disayangi lelaki.Awas yer..jangan buat dia cemburu dan sakitkan hati dia..merana badan..(T-T).
  9. Wanita yang Manja..Manja ni bukan yang mengada - ngada ah..Korang tunjuk kat dia ja..jangan la pulak kat lelaki lain uols buat..tu sah - sah gatal tu...(#-#)
  10. Wanita yang menghormati dirinya...Hmm..korang dah tau lelaki ni suka menguasai dan punya ego tersendiri..so kenalah hormati dia sebagai ketua.

Saturday, April 2, 2011

Apa ni...? Cuba teka

Ni ape ek..aku jumpa kat pantai masa kami exercise ari tu..memang tunggul kayu..cuma yang pelikknya camne ada benda ni kat dalam kayu tu...explain..????..but pic ni memang beautiful....

Sebenarnya ni Entry dah lama dah aku nak bikin...tapi asyik sibuk jer..sampai terlupa..almaklumlah..banyak yang perlu disettlekan..hm.m..Senaman, memang baik tuk kesihatan ..sapa tak suka bersenam..mai sini..kita bersenam sama - sama..(^-^)..

Ni adalah aktiviti yang kitarorang buat kat sekolah untuk menguatkan stamina anak - anak ikan aku ni yang bakal mengikuti sukan daerah minggu lalu..Tak tau r dorang dapat no jugak ke..Actually sekolah aku ni dekat ngan pantai..Pantai Kimihang..Hmm..kat sini pun ada jugak jambatan gantung..Tak sangka..ni r aku terjah...nak juga rasa ..hehehe...

Guru - guru yang power ranger..Mis Sue and Mr Bowby
Cantik kan.. Haik ..(^-^) Nice,. Anak - anak ikan aku..
Ni Cik Siti Wan Kembang. Cik Sue..Comel.Asal Kelantan yer..(^-^)
Expedisi Merentas Desa

Friday, April 1, 2011

Jauhnye Jalan....(Part 2)

At China....

Hmm..tempat kedua yang aku p Taman Pertanian Tenom..Hmm..kat sini.. banyak sangat spesies tumbuhan terkini..hehehe..(^-^)..indahnya..hijau jer..macam duduk dalam hutan r pulak..So uols yang cintakan alam sekitar yang evergreen itu (^-^)...datang r kat sini...

Fuh luas jugak tempat ni..nak naik basikal pun bole..cume aku ni tak leh nak kayuh..almaklumlah baju aku ni baju kurung..kayuh nanti lain jadinye..(T-T) hehehe.Bulat mata orang nanti.

Gerenti korang akan jumpa pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan..cam aku ni r..tak sangka jumpa kupu - kupu yang baru kuar dari kepompongnnye..baru melihat dunia..Indahnya ciptaan Allah S.W.T..Subhanaallah

Kupu - kupu..

Cantiknye..n wangi lagik tu..uols tau tak nama bunga ni apa..?

Periuk kera...can i touch u..dont gigit my hand ah..oopss..

Amazing (*-*)

Hah..dalam trip kami ni..member aku bawa family dia..ni anak dia..comel kan..aku nak share jugak all myiesha punya pic dalam blog ni..but, uols faham r jugak kan..berat nanti..hehehe..so kasi masuk ja la dalam FB..hope uols like...wazawaza...(^-^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)