Friday, April 8, 2011

Lupa lagi...

Yu huuuu...selamat bertemu di entry kali ni...hehehe..Pelupa betul aku ni..Dipendekkan cerita bole - bole aku lupa kunci umah aku tadi..Huhuhu..Nasib baik la mummy aku balik..kalu tak..aduish...How come aku ni pelupa ni..banyak benda ka aku fikir ka?..Adedeh..Myiesha..lum tua lagi ko..still young..Nauzubillah aku terkena Peyakit Pelupa ni..Keep on Moving Baby..Istigfar banyak - banyak..Refresh Ur Mind..(^-^)..Jadi aku mulalah mencari , cari benda - benda yang patut supaya tak menjalarlah penyakit pelupa aku ni...Disini aku kongsikan tentang Penyakit Pelupa ni penyebab dan rahsia yang bole menguatkan daya ingatan korang dan termasuklah aku ni...sama - sama kita renungkan..credit too Bro Rick for this good Info.. Penyebab Penyakit Pelupa..
  • Melihat Pornografi..@ Lucah..sama ada gambar lucah, video lucah dans sewaktu dengannya..haihh(T-T)..
  • Makan Kepala Ikan..huish..sedap ni kepala ikan..
  • Makan organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
  • Makan makanan yang tercemar oleh cik semut kerana dipercayai cik semut ni bawa sejenis bahan kimia yang menyebabkan daya ingatan kita ni lemah.
  • Jangan makan berlebihan( makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang..Ni aku selalu buat..adui)
  • Jangan minum air antara suapan makan. Contohnya. Jangan minum sebelum korang selesai makan.
  • Elakkan sukan yang memberikan gegaran yang kuat kat Kepala korang seperti boxing, gusti, wrestling dan sebagainya.
  • Elakkan pergaduhan, berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala . Uols nak tau, gegaran yang kuat kat kepala dan juga kerap boleh akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipang! gil `dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.
Rahsia menguatkan DAYA INGATAN ..

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

  • - Buah anggur hitam
  • - Madu lebah
  • - Halia
  • - Buah badam
  • - Susu
  • - Air zam zam
  • - Kismis
  • - Jus karot & madu
  • - Epal
  • - Kurma
  • - Ikan tuna
  • - Tempe
  • - Air soya

Itu hanyalah sebahagian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaatpun kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.

2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah, jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

Link

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)