Saturday, August 27, 2011

Kumpulan Sepah dah Berpecah..(-_-)

Oh..noo...betul ka berita ni..jangan wat kenyataan gitu Jepp..Sedihnye peminat - peminat sepah..termasuk aku la uii..nak raya dah ni...kecewa cik Myiesha..Hmmm..kenyataan yang dinyatakan oleh ketua Kumpulan Sepah ,Jepp ni pada Berita Harian hari ini amat - amat mengecewakan semua pihak..Hmm..dah la uols baru je menang Maharaja Lawak..lepas tu berpecah,...hancus...kenapa ni Sepah...last - last jadi bersepah...

Punca utama perpecahan dorang ni kerana tiada sudah persefahaman dan masalah peribadi..Adus..bincang la elok - elok ba...hmm..sedohnye...minta tisu leh..(^-^)..kredit to Abang Nara yang membongkar kemelut yang melanda kumpulan dorang ni...

Berikut adalah kenyataan Jepp dan Shuib...

Jepp Kata : Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Keputusan yang diambil oleh ketua kumpulan sepah ni amat - amat mengejutkan Shuib..

Kata Shuib : Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Aku harap lah sangat - sangat semoga dorang berbincang balik dan cari jalan penyelesaian yang bagus..Tak pun tubuhkan kumpulan baru ker..jepp dan shuib..sodihnye..dah la pelawak kat Malaysia ni tak ramai...huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)