Wednesday, February 9, 2011

JANGAN JADI BODOH NAK BUNUH DIRI SENDIRI!

Semalam..Aku dok tengok buletin Utama ,TV3, punyalah banyak stori mori yang gempak dan menyayat hati..Aku tertarik sangat dengan isu bunuh diri yang membabitkan seorang ibu yang membuang anaknya dari rumah pangsa dan dia juga sendiri..bunuh diri dia dengan terjun dari bangunan yang sama..dan satu lagi isu pelajar sekolah menengah yang lari dari makmal dan terus terjun..dan berkesudahan mati di tempat kejadian. Huhuhuhu(- _ -)..hmmm..kenapa mereka nak bunuh diri.Why?????? Stress, Tension, Berpenyakit, Kemurungan dan banyak lagi..

Aku pun find da source yang menjadi penyumbang kepada Commit Suicide ni..Menurut WHO(Pertubuhan Kesihatan Dunia) menganggarkan lebih kurang satu juta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan. Kadar membunuh diri juga lebih tinggi di kalangan warga emas sahaja. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri di kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.

Kecian dorang ni kan.. bukan apa , kerana masalah, hilang arah tujuan dan sebagainya..sebagai jalan pintas nak bunuh diri..Jangan Jadi Bodoh Lah Wei..Banyak Benda Lain lagi Korang Ble Buat Dalam Dunia Ni..Sebagai seorang manusia, teman , sahabat, ahli keluarga ..kita haruslah membantu mereka – mereka ni..Jadi, bagaimana caranya..? Ni aku nak kasitau..please pay attention: aku kasi ringkas ja la..asal korang faham..cara mengaplikasikannya dari diri kita sendiri la camna..yang penting ada panduan..

8 Cara Membantu Seseorang Yang Ingin Membunuh Diri Sendiri

Ø Ambil berat/serius luahan/aduan

Ø Jangan mengkritik

Ø Jangan berjanji tentang kerahsiaan

Ø Dapatkan bantuan profesional

Ø Pelajari tanda-tanda awal

Ø Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri

Ø Berikan alternatif lain untuk mengatasi masalah

Ø Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.

Jika u all nak maklumat serta info lanjut, layari : http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/kesihatan_mental_content..mungkin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)