Wednesday, August 24, 2011

Kad Raya Tak Berharga

Hmm, dalam beberapa tahun kebelakangan ni, kad - kad raya semakin kurang mendapat sambutan.Pupus dah ka..Aisyemen, lambakan pilihan kat online ni mengatasi kad - kad raya yang ada kat pasaran..Mungkin akibat maklumat di hujung jari jeWWW..Jadi ramai la antara kita memang bijak dan menjimatkan masa just guna kad raya online ni nak sampaikan ucapan kat member - member kita...

Tak pun yang paling koman ada yang gunakan FB sebagai medan nak menyampaikan ucapan, edit pic yang kira paling tercantek dan tag member - member kemudian bermulalah aksi komen mengomen xoxo...(^-^)..huhuhu...

Tu, kira ok lagi..yang paling jimat dan kira dapat dihantar last minit pun ialah wish melalui SMS...ni antara pilihan terkini ramai antara kita uols..aku pun pakai juga..selain FB dan kad raya online ni..Hikhik..mesti uols pun akan raya jugak, masa malam takbir tu.berderet sms masuk kat inbox...tututut...(^-^)

Bila imbas balik masa aku kecik - kecik..kegilaan mengumpul kad raya ni satu trend..hmm, mesti nak kumpul..paling tak pun siap memaksa lagi minta beli kad raya yang bunyi - bunyi..hikhik..kira sapa yang dapat kad raya berbunyi ni..paling gempok la kat kampung..tu ja bebalik dibuka..sampai habis bateri..hahaha..

Paling aku ingat sangat kata - kata : " Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"..ni kes tak ikhlas r ni..nak sangat kumpul kad raya selain angpow raya

Jadi dikesempatan ni, aku nak wish "selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir batin " kat uols semua...aku nak wish awal - awal takut tak sempat...takut kredit tak cukup nak balas korang masa malam takbir hari raya..

Buat uols nak kirim kad raya, aku tak tau r masa sekarang ni sempat lagik ker nak kirim, mungkin lepas raya baru dapat uols, so , gunakan lah kemudahan yang ada, janji IKHLAS dan sampai cepat..malah kita tolong posmen jugak....(^-^) but, satu persoalan aku, Bila Kad Raya dah PUPUS, Posmen nak Hantar apa la masa Raya ?????????sila jawab

Bye..bye...xoxo

2 comments:

Rawlins GLAM said...

Saya dah kirim dan dah dapat balasan kad raya...
http://thrulinzlens.blogspot.com/2011/08/tradisi-yang-semakin-dilupakan.html

Myiesha said...

wah...bestnye..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)