Thursday, March 31, 2011

Jauhnye Jalan....(Part 1)

(T-T)..puteri mana juga ni..cerah sangat r...

Hehehe...cak...aku wak cak r pulak...lama dah tak update new entry..yela,..busy sikit minggu ni...pegi bengkel pengumpulan data negeri sabah kat Tenom..Hehehe..

KUDAT , KK, PENAMPANG, TAMBUNAN , KENINGAU...DAN TENOM...

hmm..ekspedisi aku start jam 9.30 malam, Sunday..bertolak dari Kudat..sampai kat Penampang jam 12.45 pagi, Monday, lepas tu rehat jap kat restoren India,..minum..terus pegi Tambunan, Keningau dan Tenom...Hmm..Jam 3.45 a.m gitu dah sampai r kat citu...Kitaorang menginap kat Hotel Orchid..Orchid ma..(T-T)..yang penting mata dah ngatuk..tido dulu sebab sesi bengkel berlangsung jam 8.00 pagi..

Banyaknye corak..(#-#)

Ni ape murid - murid (^-^)

hehehe...kat Tenom ni,...keja aku kat sini...sambil menyelam minum air.yela, aktiviti dilakukan selepas semua urusan kerja beres..kata orang....aku ni tak pernah jejak kaki kat Tenom ni..so ambik kesempatan..kira bos kitaorang memang sporting so dia yang bawa jalan..very besst...thanks jugak wat kak shida yang sudi layan karenah aku ni..hehehe..

Pose sikit...(*-*)
Luasnye...(&-&)

Antara tempat yang aku lawat kat Daerah ni ialah Pusat Kebudayaan Murut dan Taman Pertanian Tenom...Ala - alang ba lawat...kalau tak rugi...

Baca jangan tak baca yer..(^-^)

So diceritakan lah...Pusat Kebudayaan Murut ni terletak di Kg Pulong, 10 km dari Pekan Tenom.Pusat ni mula beroperasi pada 1 Januari 1998 dibawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan berfungsi sebagai pusat dan pentadiran, sejarah dan perkembangan budaya bangsa Murut, tempat pementasan kebudayaan dan tempat mensyuarat, bengkel atau seminar. kepada uols yang berminat nak pegi ke sini, boleh melalu jalan Kota Kinabalu - Tambunan - Keningau dan berhenti sebelum sampai di Pekan Tenom..Yang suka naik keretapi boleh juga berkunjung ke sini melalui jalan Tanjung Aru dan berakhir Stesen Keretapi Tenom. Anyway, perjalanan aku kali ni kiranya berbaloi sebab sambil keja sambil rehatkan diri..hmm..gambar aku ni pun uols pepaham r yer..kabur cikit sebab kamera Hp je..(^-^)..heheheh..

Pasu paling besar...ada lagi besar dari ni....tempat nak letak orang yang dah pergi..(-_-)

Sunday, March 27, 2011

Yum Yum Yummmy..Tofu Jepun..

Huhuhu...lama benar tak bukak blog ni...hehe..so aku kembali..ala - ala chip more..thanks for uols yang bagi komen kat entry - entry aku...i luv it..hmm..entry baru kali ni pasal makanan..Hmm..biasalah Jalan jalan cari makan with my Frens..Miss Norin..hehehe.(^-^)..so tempat yang aku nak introduce kat uols ni sebuah tempat permainan..hehehe..bukan tempat permainan kanak - kanak..tempat main golf...Kudat Golf Club Restaurant..masakan kat sini..memang sedap.Ada dua pilihan sama ada western or kita punya stail.Tapi tekak aku nak makan nasi..huhuhu..ramai juga dorang bawak family dorang kat sini...yela..sambil tengok orang lain main golf..sambil makan..makanan kat sini..harganya berpatutan dan yang penting..menjilat jari..Jom layanz...

my frens...tengah tunggu order dia ni...

jus carrot tetap jadi pilihan

nasi putih with tofu jepun sama chicken beef sauce..

Huhuhu..but dipendekkan cerita uols..myiesha kelam kabut mamam sama norin coz..raket badminton papa myiesha tertinggal dalam keta..so lepas mamam..balik umah...(*-*)

Tuesday, March 22, 2011

Mata Nampak Cantik Walaupun Berspek..Try This!

Entry simple jer...hmm..pasal make up...korang yang pakai spek reti ke nak pakai make up kalu dah pakai mr spek..hehehe..mesti tak reti kan..aku pun salah seorang pengemar make up ni but aku pakai spek..hehehe..tak caya ker aku pakai spek..(^-^) hehehe..bila jalan - jalan aku pakai lens r...tu pasal korang tak nampak aku pakai spek..hehehe..Miss Spekky ..(kahkahkah)..

So uols mesti nak try juga bermakeup walaupun pakai spek..ni tutorial MichellePhan...Very Nice..Mudah..dan senang nak wat sebab dia kasi terang satu persatu teknik makeup kat mata uols walaupun pakai spek tetap cantek..wa caya sama luu..

ENJOY

Monday, March 21, 2011

Kenapa Aku Masih Solo?

Hmm..di sekolah hari ni aku kena tanya soalan cepu emas la dari Guru Besar aku...

"Bila mo kawin cikgu..lama suda ko single ni..ko nda ada calon ka..saya kasi cari.."Guru Besar

"Ohh ,, cikgu..belum ketemu calon yang sesuai..."Aku kata.

"Bah, kalu gitu cepat - cepat la..jangan tunggu lama - lama" Guru Besar

"Yela Bos...kalu ada jodoh takkan kemana" Aku kata.

Terdetik di hatiku,..kenapa selalu orang di sekelilingku bertanyakan persoalan sedemikian..adakah dorang risau melihat keadaan ku..aku ok ba..masih waras lagi...namun..pada usia ku...hmm.mak bapa aku tak bising pun...kekadang terfikir kenapa la orang lain tak nak kat aku..hahaha..persoalan bodoh, pelbagai jenis benda dalam kepala otak ni,,aku ni tak cukup sifat ker..atau tak cantek,berharta or sebagainya..kenapa dorang takut kat aku..hahaha..takut..or aku jual mahal ka..cuma aku terfikir satu benda...

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan..aku percaya padanya kalu nak dipaksa pun kalu bukan jodoh camna juga..Jodoh ni kalu dikira bagaikan jambatan ..Kalu jambatan tu singkat..maka cepatlah jodohnya..kalu jambatan tu panjang makan lambatlah jodohnya...Semua orang mau yang terbaik dalam hidupnya..begitulah juga aku..Mo kata aku memilih..tidak.Aku nda memilih. semuanya terletak di tangan Allah S.W.T dan diterima oleh keluargaku...

Aku akui aku sebagai manusia biasa ni selalu tersilap mentafsir kehidupan ini..Aku selalu sangka akan bahagia bila mendapat yang ni..Namun , sangkaan aku meleset..

Hakikatnya bila keinginan aku itu tinggi mengunung untuk mendapatkannya , ia juga mendatangkan masalah buat diri ku...Aku faham..fitrah semula jadi ciptaan yang kata semua benda kat dunia pasti ada baik dan buruknya..seperti juga bahagia ada juga dukanya..terpulang pada kita menilai sama ada mahukannya atau sebaliknya..

Aku andaikan disini seperti kita punya keta besar...Aku pakai juga..Orang lihat cantik ja dari luar..wah..bergaya...ada class..Namun..bila dah rosak..maintainence tinggi..banding keta kancil..huhuhu..walaupun kebaikannya banyak seperti boleh jalan jauh.., bawa ke hutan, jalan balak..keburukkannya ongkos pun kena banyak bila dah rosak..so samalah juga dengan jodoh ni..korang faham jugalah.takkan aku nak paksakan..jika ada alhamdulilah..aku bersyukur padamu....

Aku bukan untuk menidakkan takdir..namun, jika jodoh dah sampai takkan kemana..Kata iluvislam, berkahwin itu adalah sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia - rahsianya.jika dah sampai, jemputlah ia dan bukalah lorong untuknya supaya mudah...kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya - tanya, kemana menghilangnya sinar, rupa - rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..huhuhu..(-_-)

So, kehadiran Mr.Right yang dinantikan tu sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak dari Alam Luh Mahfuz lagi, sesungguhnya dia mengatur bila kita bakal bertemu, bertunang dan diijabkabulkan..

yang penting aku positifkan diri..buat sesuatu yang memajukan diriku..chayok..lah tahzan..

Salam sayang dari Myiesha Miya wat uols yang support My Blog.. My Journey will never be stop..

Saturday, March 19, 2011

Sabar kalo gak, mo gimana lagi..

Sabar...selalu terdetik tiap kali melakukan sesuatu yang tergesa - gesa atau dalam keadaan marah..atau terdesak..Aku selalu berada dalam situasi ini..Bukan hanya aku tapi semua manusia di muka bumi ini..Namun, tidakkah kita dapat bayangkan jika ketiadaan sifat sabar dalam diri setiap manusia..Bayangkan.... Walhal, sabar itu perlu setiap masa.....Sifat ini boleh membantu menunjukkan arah yang betul dalam kehidupan..Kalau nak dikata, banyak sangat manafaatnya..
  • Dengan sifat Sabar seorang guru terus menjadi seorang guru..lihatlah para pendidik di sekolah memerlukan kesabaran memberikan pengajaran kepada murid - muridnya..padahal murid - murid mempunyai pelbagai ragam dan karenah..dengan sifat sabarnya ini mampu membentuk murid - murid itu menjadi orang yang berguna di masa hadapan.
  • Dengan sifat Sabar ibu bapa mampu membesarkan anak - anak, lihatlah para ibu bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah untuk membesarkan anak - anak mereka..Mereka gembira jika anak - anak mereka cukup pakaian, kelengkapan, makanan dan sebagainya..Jika dilihat pengorbanan mereka begitu besar menjadikan anak - anak berguna di masa hadapan, namun masih juga terdapat anak - anak yang tidak mendengar kata dan melawan ibu bapa.
  • Dengan sifat sabar mampu mengekalkan persahabatan sesama manusia..Sememangnya dalam persahabatan kita diuji ..jadi dengan sifat ini mampu membentuk persahabatan kita kekal abadi dan mampu mengelakkan kawan kita berkecik hati.
  • Dengan sifat sabar juga mampu menjadikan manusia hebat dan berjaya..Manusia mengalami pelbagai kesusahan hidup dalam mencapai ilmu untuk berjaya.
  • Dengan sifat sabar juga mampu mengekalkan hubungan suami isteri supaya tidak bercerai berai dan bahagia sehingga ke akhir hayat walaupun diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan..(sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri)
Sabar bukan pada waktu - waktu tertentu sahaja..tetapi dalam setiap kehidupan kita mesti ada sabar kerana kita akan diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian.Teruskan langkah ke hadapan dan jangan menoleh ke belakang ..Fahamilah diri dan bertolak ansur dengan orang lain supaya orang lain bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain supaya orang lain tidak mencari salah kita.Muhasabbah..nak info lanjut klik sini..aku sekadar berkongsi..ada kurang ker sila tambah yer...credit tu iluvislam.com.

Thursday, March 17, 2011

Cik Minat Bola jugak ker..?

Kunci Keta Datin
Minat bei..Aku memang minat...aku tengok juga walaupun tak berapa nak tengok.(T-T).hehehe.bila final aku tengok kalu tak ngatuk r..sebabnye dorg main pagi - pagi r..syok benar time tu dream- dream cam Alice in Wonderland.camne tu rupanye.alahai..Cik Myiesha oooi.cara aku menunjukkan keminatan pada MU ni bukan takat nak tengok game dorang, bukan takat Jersey dorang jer..key chain pun.jadilah jugak.hehehe...mungkin semalam mesti kaki bola tak tidur tengok bola kan..heheh..(^-^).....Aku selaku Fans Manchester United..teramat suka kerana kami pun pegi juga suku akhir ba...hehehe..walaupun aku tak tengok..hehehe. Jaringan yang dibuat oleh Javier Hernandez pada minit ke 5 dan 75 meranapkan impian Marseille untuk meneruskan saingan..hehe..But,hampa jugaklah sebab West Brown jaringan gol sendiri pada minit ke 82..jadi Marseille dapat la 1 gol..credit too UEFA.. Glory glory Manchester United..
Keputusan Terkini Liga Juara - Juara Eropah 16 Mac 2011
Walaupun aku tak reti nak tendang bola..minat pun jadilah..

Wednesday, March 16, 2011

Terkena Radiasi Sila Pakai Benda Ni..

Jangan TIRU Aksi ini... Uols ada terima sms gini tak...yang kata kununnya kita kat malaysia ni akan terkena radiasi berikutan letupan loji nuklear di Fukushima Jepun...Sms tu kata yang kita kalu kuar rumah mesti pakai payung or baju hujan bila hujan turun..Sebab hujan tu membawa debu radiasi yang bagi side effect membotakkan kepala, kalu terkena kulit..kulit akan terbakar..or bole terkena kanser..Aku dapat sms tu dari Beloved Cousin aku Risha...hehehe..tq darlink..ur take care me so mucchchhy.. But, semuanye tu tak benar kan..Buletin Utama kasitau..yang mesej tu tak benar...Hehehehe.. Kalaulah benda camtu kat malaysia ni terjadi ..nauzubilah..aku pun tak mo..tapi apa la korang buat yer kalu terjadi betul - betul kat tempat kita...kalu aku or mungkin uols mesti terfikir yang ni kan.macam gambar di atas..pakai benda ni...HAHAHAHA..
http://www.emocutez.com

Tuesday, March 15, 2011

Alamak..camne ni..

" Love doesn't need to be perfect. It just needs to be TRUE!"
http://www.emocutez.com
Apa yang korang faham dengan ayat di atas...hehehe..mesti uols faham punyer la..aku bukan apa..just ingin berkongsi.Ntahlah.Entry aku berkait ker ngan benda di atas ni atau tak aku wat - wat kasi kait ja la.Pasal C.I.N.T.A .cuma sekarang ni..ramai juga yang bercinta tapi kecundang di tengah jalan..Pelbagai kisah dan ragam terjadi akibat retaknya hubungan yang dianggap murni akibat curang dan salah faham..aisyemen..lumrah alam..Allah maha berkuasa mengatur perjalanan hidup kita.Aku bagi kredit kat Noor Hafizah Mohd Shah yang bagi pandangan tentang tajuk cinta ni..Ala...macam la jugak aku dan uols semua...Adakah kemungkinan kita ni bercinta dengan orang yang tidak sepatutnya..sebab aku dan uols sendiri pun bukan tahu jodoh kita siapa kan..tetapi kita boleh agak sama ada pasangan yang dipilih sesuai untuk kita ka tak..kan..Tepuk dada Tanya Selera.. Awas..jangan salah pilih orang ..bukan apa uols..kalu dah terlibat dalam konflik cinta ni..last storinya memang nda happy ending.. yang merana uols juga..balik - balik nagis..huhuhu..(T-T)..
AWAS, JANGAN SALAH PILIH ORANG!
  • Simpati = Janganlah kerana korang simpati dengan dia korang terus pilih dia sebagai pasangan hidup..Bukan apa..memang elok sifat simpati dan kecian ni dengan orang yang ok memang patut..but bila bersimpati ngan orang yang tak sepatutnya ..apa kehal nye..Awalnya kamu nda suka sama dia tetapi disebabkan kamu nda sampai hati melihat kesusahan keadaan dirinya uols "terpaksa" menerima juga..
  • Atas Dasar Kawan = ni lah yang selalu berlaku, elakkan la oooi bercinta dengan pasangan uols akibat pujukan member korang..bukan pa..kalulah sidia tu bertanggungjawab mungkin nda salah korang pilih dia namun jika si dia tu memang orang nya bermasalah padahal korang dah jadi pasangannye..jadi kes akhirnya..menyesal...
  • Masa Terlalu Singkat = Perkenalan untuk tempoh masa yang lama memang bagus..bukan apa uols..kita boleh kenal hati budinya camna..kalu masa yang singkat ni susah kita nak tafsir..malah hubungan yang terjalin dalam tempoh tu kiranya masih lum matang lagi..ala cam telur setangah masak gitu..but telur setengah masak aku suka makan..sodap..so fikir dulu..lagipun terdapat lagi kekurangan yang belum ditunjukan oleh pasangan korang tu kalu perkenalan tu terlalu singkat...
  • Testing atau Percubaan = ni kes yang paling aku nda suka..sebab sekarang ni aku tengok trend koleksi..ataupun test market..bukan apa, bercinta ni bukan perkara main - main..atau pun yang boleh dicuba - cuba..Kadangkala tabiat ni membuatkan uols suka dan jatuh cintan kat dia tanpa disangka - sangka sedangkan dari mula uols kenal dia memang tidak mahu menjalinkan apa - apa relationship pun...
Di akhirnya stori ni..side effect dia kat uols r dan termasuk akulah lah jugak...uols berada dalam DILEMA dan dapat tekanan..sebab bingung dengan perasaan korang sendiri..suka ka, simpati ka, last - last korang break..but pada mulanya uols ngan si dia ni merupakan kenalan baik tanpa sebarang masalah pun...
http://www.emocutez.com

Monday, March 14, 2011

Alang - alang ke Dapur...

Oopss..hehehe..nak masak aper hari ini..aku ni...time - time cuti ni nak try resepi baru r... Ehemm...aper r resepinye..ala..asal ada bahan ..kat peti ais jadi r tu...hehehe...selongkar jumpa r, UDANG.. Think....(hmm,..dapat idea..masak sos jer..) sedop juga...(^-^)..yummy..Tara,,..inilah hasilnye...sedap ker tak...
UDANG MASAK SOS..
"Yang ni buat Salad yer"..Mummy aku bersuara..Huhu..menatang aper ni..Rumpai Laut la.itu pun nda tau ka...buat salad..Kira gaul - gaul jer..Aku jarang makan benda ni..but this my mum n dad punya fav...inilah hasilnye...wink- wink...hehehe
SALAD RUMPAI LAUT
Perut aku pun dah lapar..jom makan....

Sunday, March 13, 2011

Cemburu....Sayang ka, Mengugat , Terjerat or Mengerat..?

Cemburu..mengerat ker atau menggugat..? Cemburu tandanya sayang...????sayang ka gitu...sehingga wat kita marah jer selalu..hahaha..ni adalah salah satu perkara yang uols kena ready bila dah berLUV..iyala..asyik pempoun jer yang dikata kuat cemburu..lelaki tak ker..But...bagi aku..kedua - duanya pun sama..manusia kan..mesti ada sifat cemburu tu...Jadi disini aku nak share ngan uols cara mengesan pasangan korang tu cemburu ker tidak..Kiranya jika pasangan uols mempunyai sikap berikut, so uols mainkan peranan r memastikan supaya dia sentiasa berfikiran positif...Awas...uols..jika dibiarkan boleh mengugat kebahagian relationship korang plus yang suda bina MasJID tu..lagik la bertambah paraH...so, sebelum Uols rasa TergugaT, terJerat dan Sewaktu dengannya...apa Kata Kita kenalpasti dulu Tanda - tandanya..

Tanda Cemburu..

    Dia sering kali menelefon korang tiap - tiap kali tanpa mengira masa korang sibuk ker apa ..lagi dia naik angin dan marah bila korang tak angkat call dia

    Dia ni memandai tuduh korang kuar dengan jantan or betina lain..alih - alih dia sengaja reka cerita sendiri..ibaratnye dia ni David Blame r konon Dia ni suka skodeng /mengintip dan mencari kesalahan korang... Dia mahu korang berkepit dengan dia ajer..dan marah kalu korang kuar ngan member korang / kawan - kawan lelaki or kawan - kawan pempuan korang Dia tak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang pempuan /lelaki lain terpikat kat korang.. Korang terpaksa melaporkan dimana korang selalu berada..walhal dalam tandas sekali pun dia nak tanya...ni kes bila korang kuar ngan member korang r...memang ianya sesuatu yang positif or take care but benda ni buat korang RIMAS... dia mengugut untuk bunuh diri sekirannya korang meninggalkannya. Dia tidak peduli dengan penjelasan korang Dia tak boleh terima hakikat yang korang ni ada outstation ka walaupun dah dibagitau yang korang ni balik lewat.. Dia akan bermasam muka jika korang balik lambat... Satu lagi korang tak perasan, dia ni suka cek hp korang, or buka dompet korang atau beg tangan korang...kira cam detective CONAN..
    Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Sedang Cemburu
  • Bagus korang diam diri jer..bila dia dah mula tanya macam polis..kalu korang menjawab tak de guna..sebab tambah marah ler dia..bagus lagi berdiam..kasi cool keadaan..
  • Terimalah hakikat yang sebenarnye dia ni bukan nak lukai hati korang sebenarnye sayang..almaklumlah mana tau sifat semulajadi dia ..ko jangan ambik hati sangat...
  • Binalah keyakinan diri dia dan korang.bawa dia jumpa kawan - kawan korang..sekurang-kurangnya dia kenal dan faham keadaan korang..selain tu..pujila dia dan kalu bole minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta korang kat dia..mesti dia suka punya..wa caya sama luu..
  • Janganlah berfoya - foya dengan perempuan or lelaki lain..Dia perlukan sokongan anda..kalu anda wat macam ni..tambah rusak hubungan korang..percayalah..
  • Berbincanglah selalu ngan pasangan korang tentang sikap cemburu masing - masing ..sama ada kamu or dia..muhasabah diri..kan namanya manusia...
  • Sentiasa bersikap positif. Elakanlah prasangka yang tidak masuk akal.. Berpada - pada..jangan cemburu buta..buruk jadinya...
  • Ni penting..Doa,..bertawakal..banyakkan berdoa..korang doakanlah pasangan korang untuk bersikap jujur dan tidak terjebak dengan kecurangan...
  • Jangan Lah Menipu..dah ko tau dia kuat cemburu ..ko tipu dia lagi..sah- sah hilang kepercayaan dia kat korang..
  • Wink-wink...(^-^)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)