Saturday, March 12, 2011

Dari Mata turun Ke Hati

Alhamdulilah..sungguh indah pagi ini.Hmm..aku ni pengguna kanta lekap . Almaklum r aku ni rabun jauh…hehehe..Penggunaan kanta lekap ni lama da sejak aku menuntut di UMS lagi..So, banyak juga kena jaga..lagipun ianya berkaitan dengan mata..Aku sayang mata aku..Jadi kali ni aku nak share petua menjaga kesihatan mata.Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya..Petua ni dari Lubuk Petua WarisanMai baca..

PETUA MENJAGA KESIHATAN MATA

1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata uols, sebaliknya kelip-kelipkan mata korang beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata korang. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi pengamalnye mengatakan mata dia ok je on9 depan komputer lama - lama.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata korang. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai uols naik bosan atau naik menyampah jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya uols ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he he dan mata uols juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya.

b. Gerakkan mata korang ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.(hehehe)

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, lawatlah blog aku ni selalu, ada banyak warna hijau dan pink colour di sini hahahaha terkena korang.

4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda korang hehe, faham-faham sendirilah ye.

Psst..nak mata cantik dan kulit muka berseri - seri..minumlah inner shine ..hehehe..aku pun dah try benda ni..hasilnye..wink..wink..2

Jadi peliharalah mata kita…mata anugerah yang tidak ternilai..dari mata lah kita melihat dunia..dari mata juga kita mengenal siapa kita..dari mata turun ke hati…(^-^)..sayangilah mata anda..termasuk aku …

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)