Tuesday, March 15, 2011

Alamak..camne ni..

" Love doesn't need to be perfect. It just needs to be TRUE!"
http://www.emocutez.com
Apa yang korang faham dengan ayat di atas...hehehe..mesti uols faham punyer la..aku bukan apa..just ingin berkongsi.Ntahlah.Entry aku berkait ker ngan benda di atas ni atau tak aku wat - wat kasi kait ja la.Pasal C.I.N.T.A .cuma sekarang ni..ramai juga yang bercinta tapi kecundang di tengah jalan..Pelbagai kisah dan ragam terjadi akibat retaknya hubungan yang dianggap murni akibat curang dan salah faham..aisyemen..lumrah alam..Allah maha berkuasa mengatur perjalanan hidup kita.Aku bagi kredit kat Noor Hafizah Mohd Shah yang bagi pandangan tentang tajuk cinta ni..Ala...macam la jugak aku dan uols semua...Adakah kemungkinan kita ni bercinta dengan orang yang tidak sepatutnya..sebab aku dan uols sendiri pun bukan tahu jodoh kita siapa kan..tetapi kita boleh agak sama ada pasangan yang dipilih sesuai untuk kita ka tak..kan..Tepuk dada Tanya Selera.. Awas..jangan salah pilih orang ..bukan apa uols..kalu dah terlibat dalam konflik cinta ni..last storinya memang nda happy ending.. yang merana uols juga..balik - balik nagis..huhuhu..(T-T)..
AWAS, JANGAN SALAH PILIH ORANG!
  • Simpati = Janganlah kerana korang simpati dengan dia korang terus pilih dia sebagai pasangan hidup..Bukan apa..memang elok sifat simpati dan kecian ni dengan orang yang ok memang patut..but bila bersimpati ngan orang yang tak sepatutnya ..apa kehal nye..Awalnya kamu nda suka sama dia tetapi disebabkan kamu nda sampai hati melihat kesusahan keadaan dirinya uols "terpaksa" menerima juga..
  • Atas Dasar Kawan = ni lah yang selalu berlaku, elakkan la oooi bercinta dengan pasangan uols akibat pujukan member korang..bukan pa..kalulah sidia tu bertanggungjawab mungkin nda salah korang pilih dia namun jika si dia tu memang orang nya bermasalah padahal korang dah jadi pasangannye..jadi kes akhirnya..menyesal...
  • Masa Terlalu Singkat = Perkenalan untuk tempoh masa yang lama memang bagus..bukan apa uols..kita boleh kenal hati budinya camna..kalu masa yang singkat ni susah kita nak tafsir..malah hubungan yang terjalin dalam tempoh tu kiranya masih lum matang lagi..ala cam telur setangah masak gitu..but telur setengah masak aku suka makan..sodap..so fikir dulu..lagipun terdapat lagi kekurangan yang belum ditunjukan oleh pasangan korang tu kalu perkenalan tu terlalu singkat...
  • Testing atau Percubaan = ni kes yang paling aku nda suka..sebab sekarang ni aku tengok trend koleksi..ataupun test market..bukan apa, bercinta ni bukan perkara main - main..atau pun yang boleh dicuba - cuba..Kadangkala tabiat ni membuatkan uols suka dan jatuh cintan kat dia tanpa disangka - sangka sedangkan dari mula uols kenal dia memang tidak mahu menjalinkan apa - apa relationship pun...
Di akhirnya stori ni..side effect dia kat uols r dan termasuk akulah lah jugak...uols berada dalam DILEMA dan dapat tekanan..sebab bingung dengan perasaan korang sendiri..suka ka, simpati ka, last - last korang break..but pada mulanya uols ngan si dia ni merupakan kenalan baik tanpa sebarang masalah pun...
http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)