Saturday, March 19, 2011

Sabar kalo gak, mo gimana lagi..

Sabar...selalu terdetik tiap kali melakukan sesuatu yang tergesa - gesa atau dalam keadaan marah..atau terdesak..Aku selalu berada dalam situasi ini..Bukan hanya aku tapi semua manusia di muka bumi ini..Namun, tidakkah kita dapat bayangkan jika ketiadaan sifat sabar dalam diri setiap manusia..Bayangkan.... Walhal, sabar itu perlu setiap masa.....Sifat ini boleh membantu menunjukkan arah yang betul dalam kehidupan..Kalau nak dikata, banyak sangat manafaatnya..
  • Dengan sifat Sabar seorang guru terus menjadi seorang guru..lihatlah para pendidik di sekolah memerlukan kesabaran memberikan pengajaran kepada murid - muridnya..padahal murid - murid mempunyai pelbagai ragam dan karenah..dengan sifat sabarnya ini mampu membentuk murid - murid itu menjadi orang yang berguna di masa hadapan.
  • Dengan sifat Sabar ibu bapa mampu membesarkan anak - anak, lihatlah para ibu bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah untuk membesarkan anak - anak mereka..Mereka gembira jika anak - anak mereka cukup pakaian, kelengkapan, makanan dan sebagainya..Jika dilihat pengorbanan mereka begitu besar menjadikan anak - anak berguna di masa hadapan, namun masih juga terdapat anak - anak yang tidak mendengar kata dan melawan ibu bapa.
  • Dengan sifat sabar mampu mengekalkan persahabatan sesama manusia..Sememangnya dalam persahabatan kita diuji ..jadi dengan sifat ini mampu membentuk persahabatan kita kekal abadi dan mampu mengelakkan kawan kita berkecik hati.
  • Dengan sifat sabar juga mampu menjadikan manusia hebat dan berjaya..Manusia mengalami pelbagai kesusahan hidup dalam mencapai ilmu untuk berjaya.
  • Dengan sifat sabar juga mampu mengekalkan hubungan suami isteri supaya tidak bercerai berai dan bahagia sehingga ke akhir hayat walaupun diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan..(sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri)
Sabar bukan pada waktu - waktu tertentu sahaja..tetapi dalam setiap kehidupan kita mesti ada sabar kerana kita akan diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian.Teruskan langkah ke hadapan dan jangan menoleh ke belakang ..Fahamilah diri dan bertolak ansur dengan orang lain supaya orang lain bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain supaya orang lain tidak mencari salah kita.Muhasabbah..nak info lanjut klik sini..aku sekadar berkongsi..ada kurang ker sila tambah yer...credit tu iluvislam.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua benda dalam Blog ini adalah Hak Milik azdemahwaty.blogspot.com (c)